VITAMIN MAMA DANISH: SAMBAL PASTE FROZEN

9 Disember 2015

SAMBAL PASTE FROZEN

Assalamualaikum..


Uolls suka makan Nasi Lemak? Malas nak buat sambal? Apa kata uolls cuba buat sambal paste frozen. Iolls pun 1st time buat taw. Dapat resepi ni dari group Masak Apa Hari Ni (MAHN)kat Facebook.  Senang la nak makan nasi lemak nanti.hihi.Sambal paste ni nak guna untuk buat sambal ikan ke, ayam ke pun boleh. 


Bahan-bahan:


- Cabai kering (rebus dahulu)
- Bawang besar
- Bawang putih
- Belacan
- Ikan Bilis

Semuanya diblender sampai hancur. Bawang besar dan ikan bilis lebihkan untuk maniskan sambal kita.


Langkah-langkah :


1) Panaskan minyak. 
2) Masukkan Cabai yang diblend.


Saya guna periuk noxxa. Set pada stir fry. Sama macam goreng dalam kuali cuma lebih cepat guna periuk ni. Paling best, tak kotoq dapur sebab tak merecik.hihi
3) Masak hingga pecah minyak
4) Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
5) Boleh masukkan jugak sos tomato dan sos cili.
6) Siap!!



7) Boleh disimpan dalam bekas yang kecil. Mudah nak gunakan nanti. 
8) Pastikan sejuk sebelum dibekukan. 



9) Bila nak makan nanti, keluarkan dari peti ais dan biarkan sebentar. Panaskan dalam microwave atau dalam kuali.


Selamat Mencuba Uolls!!






Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign