VITAMIN MAMA DANISH: Oktober 2014

24 Oktober 2014

10 SOALAN POPULAR MENGENAI ESP






Kenapa ESP?

Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee! No wonder la beribu-ribu tong ESP terjual dalam sehari.

Jom kita semak kupasannya di bawah..


1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?

Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang  tinggi.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?

Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan. 

3. Berapa harga satu canister ESP?

Harga ESP bagi Semenanjung dan Sabah Sarawak ialah RM150. 

4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?

Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.Sesuai untuk semua lapisan:

  •  Ibu-ibu yang sibuk:

           ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan                kekal cergas.


  • Wanita yang ingin menguruskan badan:

           Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi,                  memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang                  berat-berat!


  • Ibu-ibu yang menyusu anak:

          Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply)               susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya             serta proses pengepaman susu yang konsisten.


  • Pesakit kencing manis:

         Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan                  glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.


  • Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka:

         Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka          halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang.          
          DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit               diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang,             yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan             dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

 6. Apa rasa ESP sebenarnya? ESP Shaklee berperasa mild soya.

Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba: 

 7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?

Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

 8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?

Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda. 

9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?

Membantu pembentukan sel-sel baru.Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.


ESP SEBAGAI SUMBER PROTEIN YANG LEBIH BERKUALITI.


25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN. Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL —— TISU ——–ORGAN —— SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Ingin tahu mengapa? 

Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU.

Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi! 

10. Bagaimana nak order ESP?

Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera.

Ingin dapatkan ESP Shaklee dengan HARGA AHLI dengan penjimatan sehingga 30 peratus? Daftar sebagai ahli Shaklee sekarang!

Kajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan! 
Jangan berlengah lagi untuk melaburkan wang bagi mengekalkan kesihatan anda di tahap optimum!



Hubungi saya untuk sebarang konsultansi percuma!





COD Area: Kupang - Baling - Tawar 
Call/Whatsapp/Sms : 013-5074833
Facebook: Nisak Abu Hasan


23 Oktober 2014

ESP TAK SELAMAT???

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)









  •  1 TIN ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya.
  • Mengandungi non GMO (non genetically modified organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah
  •  merupakan satu-satunya produk dlm pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • sesuai utk semua peringkat umur
  • kandungan indeks Glisemik (G.I) yg rendah menjadikan ia amat sesuai untuk pengidap kencing manis.
  • 1 hidangan ESP shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kaliganda susu rendah lemak, tiada kolesterol. tiada asid urik malah mudah diserap oleh tubuh manusia.






Antara Manfaat Utama 

  • Awet muda - kandungan asid amino membina otot, kuku, rambut, darah. organ, kulit dll. 
  • baik untuk hormon - kacang soya adalah satu satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones yang berfungsi sama dengan hormon wanita. 
  • membantu merendahkan paras kolesterol.
  • mencegah risiko osteoporosis
  • mencegah risiko sakit jantung
  • baik utk prostat - genisten dlm soya berkeupayaan  mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser
  • memusnahkan radikal bebas dlm sel badan sebelum menukarkan sel DNA kpd sel kanser
  • sgt baik untuk pemulihan uterus, menapos dan pembesaran prostat
  • merangsang pembentukan semula kulit dan otot
  • mengurangkan kedutan
  • agen anti penuaan
  • mengembalikan radian kulit
  • memejalkan otot
  • mempercepatkan penyembuhan luka
  • mengurangkan kesan parut
  • membekal tenaga dengan segera
  • meningkatkan sistem imun
  • mencegah migrain, insomnia dan stress
  • membaiki daya ingatan, vitaliti dan dorongan seksual

  • Orang barat sering mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar kacang soya terbesar didunia),namun sebenarnya soya dapat mengurangkan tahap kesuburan lelaki dan wanita.Selain itu soya boleh meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat serta melemahkan otak dan tulang kerana soya mengandungi hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada orang perempuan.

    BETULKAH????

    MARI KITA SEMAK DI BAWAH NI!! BETULKAH SOYA TAK SELAMAT DIGUNAKAN? AISH, BAHAYA NI.

     Rasulullah SAW bersabda: "Apa yang dihalalkan oleh Allah dalam Kitab-Nya adalah halal dan apa yang diharamkan Allah di dalam Kitab-Nya adalah haram, dan apa yang didiamkan (tidak diterangkan), maka barang itu termasuk yang dimaafkan". (riwayat Ibnu Majah dan al-Tarmidzi).

    Ada tak dalam Al Quran menerangkan bahawa soya tidak selamat? Mcm Allah larang kita makan daging khinzir, minum arak? Takde kan..  Bak meh nas , hadis or dalil kate soya tak bagus.. Ckp soya tak bagus..sama macam menghina kejadian Allah juga.. mencipta sesuatu yg sempurna ;) pandai2 kan kitabuat hukum sendiri. Sepatutnya kita kaji dulu kenapa org ckp soya tu tak bagus. Bukannya melatah tanpa bukti-bukti yang tak sahih.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   

    7 KRITERIA PEMILIHAN SOYA YANG SELAMAT UNTUK DIGUNAKAN


                                                                                  
    • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.

    • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan

    • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

    • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang

    • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

    •  Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

    • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsurkalsium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

     So, macam mana? Itu dia 7 checklist soya yang selamat. Bagaimana dengan ESP?  Masih ragu2? Sudah tentu la QC Passed. Saya dah cuba bermacam-macam dan inilah yang terbaik.Semua peringkat umur bermula dari 1 tahun boleh ambil ESP mengikut sukatan yang ditetapkan oleh pihak Shaklee. Bukan men hentam ja nah. hihi.. ESP banyak memberi kesan sampingan yang menempel kat badan saya..hihi. Tak Caya? No Wonder la ESP terjual beribu-ribu tong sebulan.
    Tak rugi rasanya laburkan sedikit wang untuk kesihatan anda dan keluarga. Anda berhak untuk memilih yang terbaik. 



                                                                                                                                                                                        
    Kalau rasa info ni bermanfaat, share la dengan kawan2 ye. dapat gak pahala free.hihi
                                                                                                                                                                                                                                        Jika berminat untuk mencuba produk ini, boleh hubungi saya melalui:

    Sms/whatsapp : 013-5074833
    Facebook : NISAK ABU HASAN
    Facebook page : Kedai Vitamin Saya



    Sumber : cerdascergas



DOA SETIAP HARI

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua.

Mari kita sama-sama baca dan meng"amin"kan doa ini :

-Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkan segala dosa-dosa ku, dosa kedua Ibu-Bapa ku dan semua dosa-dosa mereka yang lain sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada Mu Ya Allah. Kurniakan keberkatan dalam semua usaha ku, limpah, taufik dan perkenan Mu Ya Allah. Kau permudahkan segala urusan ku pada hari ini. Kau berikan rezeki yang melimpah ruah dalam apa jua bentuk yang Engkau suka supaya aku boleh menambah nilai hidup orang lain yang lebih memerlukan Ya Allah. Kau lapangkan dadaku untuk beribadah dengan lebih banyak dari semalam, berikan ku lebih banyak pelanggan, lebih banyak transaksi dan lebih banyak keuntungan dalam perniagaanku supaya dengan itu sahaja cara ku untuk membantu orang ramai.

Ku mohon padaMu Ya Allah

Amin Ya Rabbal Alamin

15 Oktober 2014

KENAPA SAYA JATUH HATI DENGAN SHAKLEE? ?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. .



Perkenalan saya bersama shaklee bermula semasa pencarian set berpantang..masa tu nak cari produk yang tak banyak n x susah nk maka
.xmaw la style jamu2 ni..tekak xleh nk masuk..huhu.


TAPI dlm hati ni dok pkiaq nk kurus balik.dgn berat yg nek smp 16kg masa pregnant. 

Bayangkan dari 42 kg (b4) - 58 kg (preggy) 

     
42kg
.


"Eh, boleh ke nk kurus balik ni?"
Risau aih..hihi

Ada baca pasal Shaklee kt gugel..n kebetulan ad kwn yg jd pengedar Shaklee kt sekolah.  terus tny dia harga n sbgnya.. ish, mahai la plak? Kna pkiaq blik la..tgk bajet dulu.

Ntah mcmna kwan ni suggest utk cuba trial pack (sekarang dah x boleh buat). Ok jgk tu!! Lagi pun masa gugel ad baca Shaklee ni dpt bantu banyakkan susu ibu dan boleh digunakan walaupun anak kuning..ibu2 yang czer pun boleh.. wah!! Bagus tu..

Tak pikiaq lagi la..terus order trial pack shaklee(ada 4 produk) iaitu Vitalea,  B complex, ostematrix, zinc + ESP..Sekarang dah xda trial pack ni..boleh tunjuk yang ni je la.


Tinggai
 yg ni ja..Hihihi

Maka bermulanya perjalanan saya bersama Shaklee.. saya selamat dioperate pada jam 6.15 petang..sebab ap? Kepala baby not engage dlm tulang pelvik..



baby comel saya..3.2kg


Selepas 6 jam operate, saya terus consume vitamin shaklee..mmg dh standby siap2 dlm pillbox sblm p hospital. Semangat nk cepat shat. .Hihihi

Hari ke 2 selepas bersalin..pucat gila..hihi


Yang bestnya, produk shaklee boleh digunakan seawal 2 jam selepas bersalin.even anak kuning pun boleh consume taw.kecuali alfafa ja x boleh. Nanti baby panas n cirit birit plak..
Sepanjang berpantang,  saya dah mula pam susu hari ke 5 . alhamdulillah dapat 3 ounce.. macam x percaya..

Tgk kt bawah ye.



hasil tuaian pertama..

Ada yang kata..dah mcm x berpantang dah ang ni.. yela..mana taknya, pantang pun dok pegang penyapu, mandikan baby sendiri,  basuh baju baby sendiri.. saya tak penat buat semua tu..kesian dekat mak nk masak lagi..nak uruskan abg oku lagi.. so, xleh nk manja2 la..

Cergas ja sentiasa.mood swinging mmg xda walaupun baby berjaga malam. Sebabnya? Saya amik b complex. Yg ni mmg bagus untuk kawal stress.
Sebaliknya,  husband plak yang darah naik..huhu..akibat rotate jaga baby..


Apa yang buat saya setia lagi bersama shaklee?

Tengok sendiri la gmbaq kt bawah..itulah shaklee effect saya. .amazing! Apa yang saya risaukan(perut buncit/gemuk) terhapus.

now 36kg





Nak jadi macam saya?

Anda patut cuba sendiri dan rasai perbezaan yang ketara.

Sekarang?

Saya dah jadi ahli berdaftar produk Shaklee. Saya dah mula2 berjinak dengan bisnes shaklee. Nak taw kenapa saya suka bisnes shaklee? Next story ye!! Hihi

Saya akan terus berkongsi untuk bantu lebih ramai ibu2 jayakan penyusuan penuh susu ibu..sebabnya? SUSU IBU TITISAN EMAS YANG MAHAL HARGANYA.

Haa..tu mesti berminat tu? Hihihi

Boleh hubungi saya melalui:
Fb:Nisak Abu Hasan
Fb page: Kedai Vitamin Saya
Sms/wasap :0135074833








10 Oktober 2014

MENGAPA SUSU IBU?

gambar : ihsan google


Susu ibu bukan hanya susu, tapi makanan yang lengkap dengan segala keperluan yang
diperlukan oleh seorang anak.

Sekian lama, kebanyakan ibu-ibu di kalangan kita atau generasi sebelum kita (mak-mak kita
lah) , telah dibutakan dengan ‘kebaikan’ susu formula yang mengandungi pelbagai khasiat
dan zat untuk tumbesaran bayi. Ye lah, kalau tengok iklan pun, susu formula kan ada DHA
lah, AA lah, SA la, prebiotik lah, pelindungan itu ini, dsb.

Malah susu ibu dikatakan pilihan orang miskin yang tidak mampu membeli susu. Ramai anggota masyarakat ragu-ragu dengan khasiat susu ibu. Malah susu ibu pernah dipinggirkan, dan ibu yang menyusukan anaknya juga dipandang dengan pandangan yang tidak menyenangkan.

Syukur kepada Tuhan, masyarakat hari ni telah kembali kepada fitrah ini, sedikit demi
sedikit. Semakin ramai ibu-ibu moden menyusukan bayinya. Maklumat tentang penyusuan
kini telah tersebar dengan meluas. Malah kerajaan telah menabalkan hospital-hospital awam sebagai ‘rakan bayi’ yang menggalakkan penyusuan ibu dan ‘melarang’ pemberian susu formula terutama kepada bayi baru lahir.


gambar : ihsan google


Sekarang pun ramai orang popular menyusukan anak, contohnya Wardina, Lis Dawati dan Nurul Izzah Anwar. Selebriti Hollywood yang seksi-seksi tu pun menyusukan anak mereka tau! Jessica Alba, Salma Hayek, Angelina Jolie pun BF anak mereka sampai 2 tahun lebih!

menyusu pun vouge aih..hihi
gambar : ihsan google




Keutamaan memberi susu ibu kepada bayi telah dinyatakan di dalam Al-Quran, 



Surah Al- Baqarah ayat 233 : 

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.

Maknanya, tempoh penyusuan yang disyorkan sekurang-kurangnya 2 tahun.

Malah di zaman Rasulullah SAW, bayi-bayi kota dihantar ke desa-desa untuk disusukan,
bukan diberi susu kambing yang amat banyak ketika itu.



TIPS MEMILIH PAM SUSU BAGI IBU BEKERJA

Assalamualaikum semua. .

Ok, hari ni saya nak share tips untuk memilih pam susu yang sesuai.lately ramai ibu2 yang sedar tentang penyusuan susu ibu dan berniat untuk menjayakan penyusuan eksklusif susu ibu..
alhamdulillah anda adalah ibu yang hebat dan terpilih kerana anda dah buat keputusan yang terbaik.
Salah satu komponen yang penting dalam menjayakannya adalah Pam Susu/breastpump.
Ni especially utk ibu2 yang bekerja la..sebab perlu buat stok apabila kembali bekerja selepas berpantang. .




TIPS MEMILIH BREASTPUMP
(Sumber:http://soleh.net)


Oleh itu, saya nak share tips untuk memilih pam susu/breastpump.ini berdasarkan pengalaman sendiri yang masih lagi menyusukan sepenuhnya anak yang berusia 1 tahun 5 bulan 19 hari..hihi.. insyaallah masih kuat untuk teruskan misi sehingga 2 tahun..doa2kan ye!!

1. Mengapa Ibu Perlukan Pam Menyusu

.✓ Pam menyusu memudahkan ibu membuat simpanan susu untuk anaknya apabila berjauhan.Bagi ibu bekerja, cuti berpantang adalah suatu tempoh masa yang baik untuk penuhkan stok susu menggunakan pam menyusu.
✓ Dalam sesetengah keadaan, ada juga bayi tak cukup bulan atau bayi sakit yang tidak dapat menghisap susu dada, hanya mengharapkan pam menyusu untuk merasa susu ibunya. Dalam keadaan ini, ibu disyorkan untuk menggunakan pam elektrik dengan double-pumping yang kerap untuk meningkatkan penghasilan susu.
✓ Ada sesetengah kes, pam elektrik digunakan untuk mendorong laktasi untuk anak angkat.Bengkak susu juga boleh diatasi dengan mengepam susu sedikit, dengan tujuan melembutkan areola bagi memastikan lekapan bayi yang sempurna semasa menyusu.
✓ Apa pun, berapa kerap ibu memilih untuk mengepam susu untuk anaknya akan menentukan jenis pam yang mana paling sesuai untuknya.


2. Keperluan Ibu & Ciri-Ciri Pam

✓ Berapa kerap ibu bercadang mengepam susu adalah faktor utama pemilihan pam menyusu.
✓ Kemudian, pastikan harga pam adalah berada di dalam bajet ibu, biarlah berpatutan dengan kemampuan.
✓ Ibu yang bercadang untuk mengepam kerap pastinya memerlukan pam elektrik, walaupun harganya lebih mahal berbanding pam manual.
✓ Ibu yang bercadang untuk mengepam secara berkala boleh dapatkan pam manual untuk mudahkan pergerakan.
✓  Bagaimanapun kini dengan adanya pam yang menggunakan bateri atau powerbank, kadangkala ibu perlu memilih untuk selesa daripada lenguh tangan sewaktu mengepam.
✓ Faktor mudah dicuci dan dikeringkan juga perlu dititikberatkan bagi ibu yang mempunyai masa yang terhad. Mujurlah majoriti pam di pasaran sekarang mudah untuk dicuci dan dikeringkan.

Bagi ibu bekerja, faktor yang penting dalam memilih pam ialah:

      * berat pam
      * tahap kebisingan pam
      * capaian punca elektrik di tempat      kerja
      * kebolehan double pumping

✓ Double pumping sangat penting bagi ibu bekerja yang mempunyai masa yang terhad.
✓ Selepas membuat pembelian, untuk mengetahui ibu memilih pam yang betul atau tidak, amaun susu yang berjaya dipam adalah tali pengukur kepada tahap kesesuaian pam terhadap si ibu.


3. Ikut Bajet


✓ Jangan ingat pam yang paling mahal adalah pam yang paling baik untuk anda.
✓ Jika bajet anda kurang, anda boleh membeli pam jenis manual dahulu.Usah risau, ramai jer ibu-ibu yang berjaya menyusui anaknya sehingga 2 tahun dengan hanya menggunakan pam jenis manual.
✓Saya syorkan anda guna Unimom Mezzo. Harganya berpatutan dan tidak membebankan. Sedutannya lembut menyamai jenama Avent.
✓ Selain Unimom Mezzo, ibu-ibu boleh mencuba pam manual jenis Medela Harmony, Autumnz Joy, Rumble tuff dan Avent. 




4. Jenis Pam (Elektrik Single/Double)

✓ Dengan bajet yang ada, pilih pam paling meniru gaya hisapan bayi.Cuba dapatkan pam yang sedutan awalnya pendek dan cepat, diikuti kemudian disusuli hisapan yang dalam dan perlahan.
✓ Antaranya Medela Freestyle, Maxi Swing dan Swing, Eve Love, Unimom Allegro, Rumble Tuff Duo, Autumnz Bliss, Snow Bear, Spectra 3, Spectra M1, Spectra Dew 300 dan sebagainya.   
✓ Pam yang baik ialah pam yang dikelaskan sebagai hospital grade, iaitu yang diiktiraf sebagai selamat, kukuh, lasak serta berkesan, sepertimana yang terdapat di Moms Basic.


5.  Situasi kerja

✓ Ibu-ibu juga perlu tahu keperluan jenis pam mana yang diperlukan, sesuai dengan situasi kerja anda.
✓ Contohnya, ibu selalu kerja di luar iaitu selalu memandu dan tiada punca elektrik atau tempat sesuai untuk ibu pam susu.Ibu boleh mengempam di dalam kereta dengan menggunakan car adapter.
✓ Jika ibu bekerja ofis, ibu boleh mengempam di tempat duduk ibu itu sendiri sambil melakukan kerja dengan menggunakan blaser untuk menutup aurat sewaktu aktiviti mengempam dijalankan, selain ‘bersembunyi’ sebagai tanda low profile, elak dari pandangan umum. Mudah kan?


6. Keselesaan


✓ Pam yang dipilih mestilah selesa dengan payudara ibu. Setiap ibu mempunyai puting  dan saiz payudara yang berbeza-beza.
✓ Ada ibu yang mempunyai jenis puting sensitif, maka ibu memerlukan sedutan pam yang lembut.


Bagi ibu2 yang baru lepas bersalin,  jangan berharap susu anda akan mengalir macam air ye! Penyusuan menjadi mudah sekiranya anda faham konsep supply vs demand..

Kerapkan menyusu baby/kosongkan breast sekiranya baby tidak menyusu..ini untuk merangsang penghasilan susu ibu yang lebih banyak..

Kunci utama adalah KONSISTEN!!!

Saya harapkan entry ini berguna untuk ibu2 dalam memilih pam susu yang sesuai dengan anda..

Doa saya semoga impian ibu2 untuk menyusukan sepenuhnya dipermudahkan oleh Allah amin..


Salam sayang,
Nisak
Pengguna dan pengedar Shaklee Baling


Sebarang pertanyaan/konsultansi boleh hubungi saya melalui:


Sms/whatssap :013-5074833.


5 Oktober 2014

ADAKAH BENAR IBU TIADA SUSU IBU?

Betulke betul?

Ramai ibu yang menyangka susu ibu akan terus keluar dengan banyak setelah melahirkan sehingga mereka panik apabila payudara tidak menghasilkan susu seperti dibayangkan. Pelbagai tanggapan mengenai penyusuan menghantui semua ibu da bakal ibu. 

Persoalannya, adakah benar susu tidak keluar, susu sedikit atau teknik digunakan tidak betul sehingga menyebabkan proses menyusukan anak menjadi sukar?Oleh itu, wahai ibu-ibu dan bakal ibu adalah penting untuk mendapatkan ilmu mengenai penyusuan.

Susu ibu adalah susu terbaik di dunia. Saya pasti ramai ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi mereka sehingga tempoh 2 tahun. Ramai juga ibu-ibu yang kecewa apabila tidak dapat menyusukan bayi kerana pengeluaran susu yang tidak banyak.

Saya pasti ramai yang mengalami masalah yang sama terutamanya wanita yang pertama kali melahirkan anak.Mendengar dan berimpian untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun kedengarannya begitu mudah, namun tidak ramai ibu-ibu terutamanya ibu bekerjaya yang mampu mengharungi dengan jayanya.

Tidak kurang ramai berhenti separuh jalan lantaran cabaran yang terpaksa dilalui dan kekangan masa sehingga lama-kelamaan penghasilan susu semakin sedikit dan tiada langsung.


Jawapannya,  tepuk dada tanya diri!!
Nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Jom sama2 menambah ilmu penyusuan.
Give the best to your child.

Salam sayang
Nisak
Pengguna dan Pengedar Shaklee Baling
0135074833

Sumber: Metro
March 12, 2014

MUDAHNYA PENYUSUAN


Pernah tak masa pregnant terlintas gini?


"Eh,boleh ke aku nak menyusu nanti?"
"Eh, ada ka susu aku nanti? "
"Eh, macam susah ja."
"Eh, buat ap susah2. .susu formula kan banyak. Beli lg senang.siap duit..pilih nak hat mana? "
"Eh, cam kolot lak nak nyusu bdn ni..aku kan keja..ap plak orang kata..org2 kg surirumah boleh la."


Banyak betul ehnya..hihi..

Itula antara yang terlintas kt fikiran saya masa awal pregnant dulu..ceteknya fikiran saya ketika itu.. bayangkan betapa ruginya kalau saya masih berfikir gitu.. nasib baik saya cepat tersedar..alhamdulillah

Niat untuk menyusukan anak sepenuhnya..mula tercetus kembali setelah pergi checkup d klinik setiap bulan..

Apabila nurse yg checkup bagi taw khasiat susu ibu yang tiada tandingannya.dan nurse tu juga menyusukan anak dis sepenuhnya..wah!! Kagumnya..kalau nurse yang selalu kerja x tentu masa pun boleh xkan aku yang cikgu ni x boleh? Hmm..dari situ persepsi saya terus berubah.

Yes!!aku kena ubah persepsi.."aku mesti menyusukan anak aku sepenuhnya"
Then, start dari tu selalu niat nak susukan anak sendiri.. bermulanya pencarian ilmu penyusuan dekat mr gugel..huhu

Lagi membara semangat bila tgk stok2 susu ibu yang bekerja..penuh freezer tu..cmn la depa leh buat..I"m so impressed with them.so, berangan jgk la klu stok susu aku jgk cmtu..klu depa boleh,  aku pun boleh. .nak ka tak nak? Tu ja mslhnya..


Setiap hr asal ad ms terluang mst cr gali info pasal penyusuan. .masa ni la terbuka minda. .byk betul yg aku x taw.kt gugel ni semua ada info2..tinggai nk praktis ja..bolehke boleh? ? Hihihi

So, kt sini nk bg tips cmn nk jayakan penyusuan penuh susu ibu..

1) niat.
   ✓dari pregnant dh kena set mind kita.cakap hari2.."aku nak susukan anak sepenuhnya dengan susu badan". Klu dh niat, ap ja halangan yg datang niat mengatasi segalanya.

2) ilmu..
    ✓hat ni penting..niat sj tak cukup..kna ad ilmu penyusuan yg betul..cara nak simpan ebm cmn, bila waktu sesuai utk pam, ap pam yang sesuai, pemakanan cmn dan mcm2 info lagi..bila ad ilmu, hat rasa susah akn jadi senang..x gitu? Wink..wink


3) persediaan diri

Semasa berpantang

-Haa waktu ni byk berjaga malam sebab baby xnak tdo..esoknya mesti ngantuk dan badan letih. .ibu2 kna pandai2 curi masa utk pam ye..wlupun baby direct feeding,  still kna pam..klu saya wktu tu saya akan tendum pumping (later saya story pasal ni k.hihi)

Kembali bekerja

-ini lg mencabar..dh stat keja, bermakna masa pun dah kurang..waktu pam pun kna schedule ikut waktu bekerja..pandai2 la ibu2 nak curi waktu pam ye..waktu rehat ka..cari tempat yg sunyi n sesuai.. saya? Usung ja spectra 3 saya ke sekolah setiap hari..hihi..


4) supplement

  - ad yg kata x penting.. taapi bg saya sangat penting. .yela waktu pantang berkepit ja dgn bby..lain bila bekerja byk kna setel..dgn stress, badan penat, makan x tentu sure give up nak pam..
X salah nk amik supplement utk bantu kekalkan energy, susu byk x stress..ingat!! Bila stress,  susu x akan keluaq nah!! ! hahaha. Boleh cuba set menyusu shaklee. .ini supplement pilihan saya..dr pantang smp sekarang..


4) Pemilihan pam
   - penting sangat..x semestinya mahal..cari yang mudah nak guna..x sakit tapi hasil awesome. .hihi..ni beli mahal2 tapi hampeh..hahaha. .x salah laburkan sedikit wang utk beli pam yang elok..saya guna spectra 3 mula2 dulu..elektrik tapi berat ckit..lpas tu sy bei snowbear lak sbb ringan..murah ja. Buh dlm hbag pun boleh.. ( later saya story psal breastpump ye)



5) Doa
  - penting sebab susu juga rezeki dari Allah..kalau rasa susu xmaw keluaq tu byk2 la berdoa. .mintak dipermudahkan urusan kita..kalau x, sejam dok pam 1 ounce pn payah nk dpt..




Lenguh dah aih menulis..hihi
Nanti sambung lagi ye utk next episode. .semoga tips2 ini dapat meniupkan sedikit semangat ibu2 yg nak fully breastfeeding..

Jom sama2 perjuangkan breastfeeding. .say No to susu formula..Hihihi
Bye2..








Pengguna dan Pengedar Shaklee Baling
0135074833







3 Oktober 2014

"KULIT MUKA BEBAS JERAWAT IDAMAN SUAMI"

Good morning Everyone!!


Semoga hari ni memberi kehidupan yang lebih baik dari semalam. InsyaAllah...Walaupun harga petrol dah naik 20 sen..hihi..Mesti ramai yang beratur panjang kan semalam? Saya?? tak pun..selalunya hubby yang kalut2 p isi minyak.. oleh kerana my hubby tak sihat, so dia  just melepek kat rumah tengok tv..huhu..kot mana pun esok-esok  kena bayar gak 20 sen tu..


So, nak buat camna dah naik? Hidup perlu diteruskan juga.. cuma apa yang dikesalkan ialah "janji tidak ditepati".hihi..faham2 la noh.. Cer tgk pic di bawah..


keratan akhbar semalam


ok la, membebel panjang lak pagi2 ni..hihi.. Sebenarnya nak share 1 resepi ni..



*********MASKER ESP+VIVIX+YOGURT*********


resepi ni saya ambil dari blog http://www.mamafaiz.com/. 

Chewah, sejak bershaklee ni dah tak beli dah masker2 lain . just guna apa yang ada.. Untung kan? bukan takat minum ja, boleh jaga kulit lagi..Bestnya..

ok, cara2 nak buat masker ni senang ja..

jom layan gambar ni dulu..hew hew..



Bahan-bahan:

1) 1 sudu ESP
2) 1 sudu Yogurt
3) beberapa titik Vivix





Purple color, sayang nak tepek..hihi



Siap!! Mudah kan? Best time waktu pagi la selepas mandi.. pakai dalam 2 jam pastu bilas la. Then cuba suh hubby pegang muka. mesti kena puji punya.. "Eh, lembutnya kulit sayang". Seronok tak? suami pun happy. dah dapat pahala sebab buat suami happy..hihi.. 

lagi BEST.. cuba tepek kat muka hubby sekali.. CONFIRM bertambah sayang..kahkahkah...


Selamat Mencuba Guys!!!


Salam sayang,
Nisak


Pengguna dan Pengedar Shaklee Baling

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign