VITAMIN MAMA DANISH: BREASTFEEDING

BREASTFEEDING

Assalamualaikum


Blog ni merupakan perkongsian pengalaman saya sepanjang menyusukan anak saya sepenuhnya dengan susu ibu. ia juga diwujudkan bagi berkongsi kebaikan susu ibu kepada ibu-ibu di luar sana. Insha Allah dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ada dapat membantu ibu-ibu terutamanya ibu yang baru pertama kali menjadi seorang ibu. 

Saya percaya, menyusu bayi atau breastfeeding (BF) adalah impian semua ibu. Walaupun seorang ibu memberi anaknya susu formula, tapi saya percaya jauh di sudut hatinya, tentu dia inginkan anaknya mendapat susu ibu. Lebih-lebih lagi dengan kes susu yang mengandungi melamine berlebihan baru-baru ni. Ramai ibu yang berasa takut dengan melamine, sedangkan melamine merupakan salah satu bahan penting dalam susu formula!

Saya berjumpa dan mengenali ramai rakan ibu yang mahu, teringin, berazam, hendak menyusukan bayi, tetapi mungkin nasib tidak menyebelahi mereka.Mungkin mereka tidak mendapat maklumat yang betul atau tak ada sokongan yang padu. Paling saya ‘kesali’ ialah ada antara rakan ibu yang salah konsep BF dari awal lagi.

Disebabkan itu lah, saya terpanggil untuk berkongsi tip-tips penyusuan bersama.harapan saya semoga ianya bermanfaat untuk anda ibu-ibu yang hebat.


4) Urutan Payudara Untuk Ibu Menyusu
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign