VITAMIN MAMA DANISH: MINYAK IKAN BANTU KURANGKAN ASMA

17 Mei 2017

MINYAK IKAN BANTU KURANGKAN ASMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Anak anda ASMA?



Entry kali ni saya ingin berkongsi tentang satu penyakit yang biasa dialami oleh kanak-kanak. Hati ibu mana yang tak tersentuh bila melihat anak tak sihat. Lumrah seorang ibu, kalau boleh biarlah dia yang merasai dan menanggung kesakitan tersebut. Atas sebab itu juga, saya tak jemu berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan semua.

Ikuti Testimonial dari customer saya sendiri. Seorang ibu gembira dengan perubahan anaknya yang menghidap asma.



Okay, bagi mengenali dengan lebih jelas mari kita berkenalan serba sedikit tentang penyakit Asma.

Apa Itu ASMA



Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia.Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.

Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.“

Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.“

Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,” katanya.

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.



Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.“

Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).“Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,” jelasnya.

Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

Apa Saranan Doktor?

Antara ubatan yg biasa dicadangkan oleh doktor utk merawat asma/ asthma adalah steroid. Tapi kita tahu steroid memberi kesan sampingan dlm jangka masa panjang. Kandungan omega 3 mampu bertindak seperti steroid tapi ianya tidak akan memberikan kesan sampingan seperti mana steroid. Bonus kepada ibu mnyusu kerana kandungan DHA dalam Omega Guard akan disalurkan kepada anak.

Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.

Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.


Terdapat pelbagai sumber minyak ikan atau Omega-3 di pasaran. Yang mana satukah pilihan yang terbaik?



- Omega Guard Shaklee adalah Omega-3 paling selamat kerana menjalani proses penyulingan proprietari 3 molekul yang mengekstrak Omega-3 yang tulen dan juga menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

-Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

-Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

- Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.





-1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.


Antara khasiat Omega Guard Shaklee untuk kanak-kanak:



★Membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas.

★Dapat merawat penyakit eczema dari dalam, biasanya ibu-ibu mengambil alternatif untuk menyapu ubat luaran sahaja tapi beberapa lama kemudian akan muncul kembali tetapi dengan pengambilan omega 3 dapat mengelakkan masalah eczema timbul kembali

★Meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi bila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan

★Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan utk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler.

★Dengan pengambilan Omega 3 juga didapati kanak-kanak lebih cergas dan aktif serta lebih fokus semasa belajar

Banyak kan kelebihan Omega ni? Bukan saja untuk kanak-kanak, malah ia sesuai untuk semua peringkat termasuk ibu hamil, ibu menyusu dan warga tua.



Jadi, dapatkan segera dari pengedar sah Shaklee. Jika berminat, konsultansi percuma disediakan. Hubungi saya di nombor tertera di bawah.

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign