VITAMIN MAMA DANISH: HILANGKAN PANAU DI MUKA DAN BADAN DENGAN MUDAH

22 Mei 2017

HILANGKAN PANAU DI MUKA DAN BADAN DENGAN MUDAH

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Entry kali ni, saya ingin berkongsi testimonial dari customer saya tentang masalah panau. Datangnya jauh dari Terengganu dan saya hanya berkenalan di facebook.




Orangnya masih muda remaja, baru saja menamatkan pengajian SPM 2016. Saya dihubungi oleh Husna 2 bulan lalu. Husna mempunyai masalah panau di muka dan rasa kurang keyakinan untuk berjumpa orang luar.

Husna berhajat untuk menghilangkan masalah panaunya sebelum melanjutkan pelajaran ke IPTA nanti.Kebetulan juga adik Husna mempunyai masalah sembelit yang teruk. Hinggakan pernah sebulan tak membuang.




3 bulan berlalu, saya follow up kembali. Alangkah gembiranya apabila Husna memberitahu panaunya telah hilang sama sekali. Adik Husna cuma makan seperti yang dicadangkan dan rajin membuat masker sebagai alternatif luaran.

Syukur tak terkata kerana dapat bantu adik Husna lebih yakin selepas ini.




Apa Itu Panau?

Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

Biasanya panau terjadi di bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka, kulit kepala, lengan dan leher. Pesakit mempunyai tompok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap (perang,hitam) dengan permukaan yang berdebu halus. Malah sesetengah pesakit akan berasa gatal pada bahagian yang terlibat.




Siapa yang Boleh Mendapat Panau?

★Panau boleh melibatkan semua peringkat umur. 
★Kerap berlaku di kalangan remaja dan belia. ★Pesakit yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik danimmunosuppressant kerap mendapat panau.★Pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan.

Panau Boleh Berjangkit?

Tidak. Ramai orang dewasa mempunyai kulat ini pada badan mereka tanpa mendatangkan apa-apa masalah.

Cara Mudah Hilangkan Panau di Badan dan Muka

Antara tips yang boleh anda lakukan untuk mencegah dan merawat panau ini seperti:

★Gunakan sabun pencuci muka semasa mencuci muka
★Pastikan badan telah dilap dengan kering sebelum memakai pakaian
★Elakkan memakai pakaian yang masih lembap
★Kerap menukar pakaian terutamanya jika pakaian sudah dibasahi peluh
★Mandi dengan kerap
★Pakai pakaian yang mudah menyerap peluh

Pengambilan nutrien makanan yang mencukupi amat penting dalam diet seharian kita. Kerana antara punca terjadinya panau adalah disebabkan kekurangan zat makanan.Bagi mengatasi masalah kulat panau dengan berkesan, anda seharusnya merawat dari dalaman juga selain menyapu krim yang dibekalkan oleh doktor.

Penjagaan Dalaman

Pengambilan vitamin membantu merawat panau supaya tidak berulang kembali.

Jadi, saya telah mencadangkan 3 produk Shaklee iaitu Garlic Complex, Vitamin C dan Alfafa Complex.

Jom tengok fungsi setiap Vitamin:

1) Garlic Complex: merupakan antibiotik semulajadi yang sangat berkesan dan dapat menghalang bakteria dan kulat dari tumbuh. Kiranya ia bersifat anti-fungus. In shaa Allah, panau segan nak datang kembali sekiranya anda ambil Garlic Complex ni.



2)Alfalfa Complex: bertindak sebagai anti kulat dan memperbaiki keadaan kulit dengan berkesan serta anti radang. Bagus sangat diambil untuk membuang segala macam toksin tidak elok pada badan. ia juga membantu melawan jangkitan yang mungkin akan merebak ke tempat lain. Kegatalan juga berkurang dengan pengambilan Alfalfa Complex ni.



3)Vitamin C Shaklee: membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan kulat.




Penjagaan Luaran

Manakala untuk luaran, saya sarankan anda untuk menggunakan krim herbal blend bagi membasmi masalah kulat panau tersebut.



Krim ini mempunyai rumusan khas dalam membaiki struktur kulit serta mengelakkan pembiakan kulat dan bakteria.Bagi anda yang sedang mengalami masalah penyakit kulit seperti panau ini, bolehlah dapatkan segera set vitamin ini bagi membantu dan merawat masalah tersebut agar cepat sembuh dan elakkan dari kembali berulang. 

Gunakan vitamin untuk merawat berbanding petua-petua tradisional yang lebih memeritkan dan menyakitkan kulit anda, contohnya penggunaan belerang dalam kaedah merawat panau ini. Dikhuatiri menyebabkan iritasi pada kulit.

Jadi pilihlah vitamin yang selamat, semulajadi dan berkesan ini.Hubungi saya untuk dapatkan set vitamin panau ini, 013-5074833 Whatsapp segera tau, sebelum masalah panau anda menjadi lebih teruk.
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign