VITAMIN MAMA DANISH: Persiapan Untuk Menyusu Bayi...

6 Januari 2015

Persiapan Untuk Menyusu Bayi...

Bilakah kita patut bersiap untuk menyusu bayi? Sebaik saja mendapat khabar
mengandung? Selepas bayi dilahirkan? Seminggu sebelum cuti bersalin tamat? Ke tak payah prepare apa-apa, tunggu je dia lahir? 

Jawapannya-----------------------seawal mungkin! Sekarang!



Perkara-perkara yang diperlukan untuk menyusu bayi:


1. Payudara.






Mestilah kena ada. Kalau tak ada nak menyusu ikut mana?

Saiz? Bentuk puting? Saiz puting? Warna? Semua tu tak penting selagi anda ada
payudara. Sebab tu lah sesetengah orang memanggil penyusuan badan sebagai ‘menyusu dada’ bukan ‘menyusu payudara besar’ atau ‘menyusu puting’ dan dalam Bahasa Inggeris dipanggil ‘breastfeeding’ bukan ‘big-size-breast feeding’ ataupun ‘nipple feeding’.

Puting pendek ke, puting tenggelam ke, tak ada puting ke, semua tu boleh diatasi selagi anda ada payudara yang kembang meranum. Lelaki pun ada payudara jugak, tapi tak ada kaitan dengan perbincangan kita ni.


2. Azam dan keinginan.



Kalau tak ada keinginan, macamana nak ada perbuatan dan usaha kan. Dan anda telah menunjukkan keinginan itu semasa mula membaca entry ini. Syabas dan tahniah! Kalau anda tak ingin untuk BF pun tak apa, mana lah tahu
selepas membaca entry ni boleh terbuka pintu hati untuk BF kan. Kalau anda dah ada keinginan, sekarang, kuatkan keazaman untuk meneruskan semangat itu ya.


3. Keyakinan diri.



Mungkin anda pernah gagal, atau hilang bersemangat setelah melihat kegagalan
orang lain. Mungkin kakak anda tak ada susu, mungkin kawan baik anda kering susu lepas 3 bulan... Tapi ingatlah sekali gagal tak bermakna selamanya. Menyusukan anak sama macam benda lain juga, ada naik-turun, ada gagal-jaya. Kalau pernah gagal, kali ini anda mesti pupuk keyakinan untuk berjaya. Kalau anda tidak pernah berpengalaman, tak payah bazirkan sel otak, mencemarkan fikiran anda dengan perkara-perkara negatif! Malaysia boleh, anda boleh!

 Thomas Edison yang cipta mentol lamput tu pun pernah gagal juga, bukan 1 kali, bukan 10 kali, tapi 10,000 kali sebelum berjaya membuat sebiji mentol yang menerangi hidup anda tu. Memetik kata-kata beliau

 “Ramai orang yang gagal kerana tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan kejayaan di saat mereka menyerah”!

So, tolonglah jangan menyerah.



4. Ilmu.



Sesetengah orang berpendapat, kejayaan menyusukan anak bergantung kepada
nasib dan rezeki masing-masing. Betul, memang semuanya rezeki pemberian Tuhan Yang Maha Esa.

Tapikan, ingatlah yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang
melayang. Rezeki, memang betul. Tapi, rezeki adalah hasil dari kudrat dan usaha kita, bukannya turun mencurah-curah macam hujan kalau kita tak buat apa-apa. Kita nak makan hari-hari pun kena keluar bekerja cari duit, bukannya tiba-tiba datang sedulang makanan turun dari langit. Nabi pun kerja tau.


Sedangkan ibu angkat boleh menyusukan anak angkat, mengapa ibu yang
mengandung dan melahirkan anak tidak boleh?

Tapi anda kira bertuahlah sebab diberi ilham untuk mencari ilmu tentang penyusuan ibu. Gunakan ilmu ini sebaiknya untuk dicurahkan kepada yang lain pula ya.


5. Sokongan.




Ini merupakan faktor yang tak kurang pentingnya. Ada sesetengah orang, bila tiada atau kurang sokongan pun boleh menyebabkan mereka goyah dan akhirnya tak dapat teruskan penyusuan.

Sokongan ni bukan sahaja dari suami, keluarga dan rakan-rakan terdekat, malah dari ketua di pejabat, rakan-rakan sekerja dan masyarakat juga.



Antara langkah-langkah persiapan untuk menyusu bayi:


1. Membina hubungan dengan ibu menyusu lain.

Berhubung dan mengadakan close contact dengan rakan-rakan dan ibu menyusu yang lain, terutama yang ‘sama kapal’ dengan kita. Contohnya kalau bekerja, hubungi rakan yang sama-sama bekerja, jika surirumah sama-sama surirumah, jika pelajar sama-sama pelajar, dan sebagainya.

Ingat, ibu menyusu pun manusia juga, kadang-kadang, orang yang dalam situasi berbeza akan memberi pendapat yang tak sesuai dengan kita. Ye lah, orang yang  susu merudum semasa mengandung tak sama caranya dengan orang susu merudum masa period...
Untuk mendapatkan pendapat yang tak menyakitkan jiwa, dapatkan nasihat dari mereka yang mengalami situasi tersebut. Ye lah, kalau kita ada masalah supply sebab kes hormon, kadang-kadang konsep supply vs. demand tak boleh pakai.


2. Mengumpul maklumat dengan mengunjungi laman web, risalah, majalah, buku atau apa-apa sumber tentang penyusuan.

Sekarang ni banyak maklumat tentang BF boleh didapati di laman-laman web,
antaranya:

Malaysia:

www.momslittleones.com
www.susuibu.com
www.momschoice.com.my/blog
www.mamalink.com.my
www.ibufamily.org/lll.html
www.mymomsbest.com/

Antarabangsa:

www.llli.ord
www.breastfeeding.com
www.kellymom.com

Buku-buku tentang panduan penyusuan pun boleh didapati di kedai-kedai buku
berdekatan. Kalau tak mampu beli, pegi saja ke mana-mana klinik atau hospital yang baby-friendly, kalau tak ada kat mana-mana, minta dengan misi senaskhah risalah pasal BF.


3. Mendapatkan maklumat lengkap tentang hospital yang anda pilih untuk melahirkan.

Pilihlah untuk bersalin di hospital baby friendly (rakan bayi), ataupun kurang-kurang yang menyokong penyusuan ibu sejurus selepas melahirkan. Kalau tak pasti, tanyalah pada doktor atau misi yang memeriksa anda tu, samada hoppital tu menyokong BF atau tak.

Bincang dengan doktor anda tentang keputusan untuk menyusui sejurus selepas bayi dilahirkan walaupun anda bersalin secara pembedahan. Dapatkan maklumat sekiranya terdapat komplikasi sewaktu kelahiran, contohnya kelahiran pramatang.


4. Menghadiri kelas-kelas penyusuan.

Tanya dan cari maklumat tentang kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di tempat anda. Anda boleh mendapatkan maklumat ini daripada LC (Lactation Consultant) ataupun hospital rakan bayi yang berhampiran.


5. Bertemu LC (Lactation Consultant ) untuk mendapatkan maklumat yang betul tentang penyusuan.

Jangan malu nak kontek LC untuk dapatkan pertolongan. Merekalah orang terbaik untuk membantu anda. Kalau gagal menghubungi LC, hubungilah rakan-rakan anda yang mempunyai maklumat yang tepat tentang penyusuan. 

Siapa? 

Sudah tentu mereka yang telah berjaya menyusukan anak!


JANGAN!!!


1. Bertanya dan meminta nasihat daripada mereka yang gagal menyusui anak, kecuali jika mereka telah mengambil pengajaran dan berazam untuk menyusukan anak seterusnya, atau memiliki sudah ilmu tentang penyusuan ibu.

2. Menganggap BF adalah mudah dan tidak perlu belajar.

3. Memandang rendah pada ibu yang memberi bayinya FM kerana setiap ibu mahukan yang terbaik untuk bayinya.

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign