Assalamualaikum..
Salah satu hot produk shaklee yang menjadi bualan pengguna-pengguna terutamanya dikalangan ibu-ibu adalah PENCUCI BASIC H2.
Saya sendiri dah jatuh cinta sejak menggunakannya. Ia banyak membantu saya selesaikan kerja2 mengelap dapur berkerak, mengemop lantai, cuci contengan dinding, cuci grill, mandikan anak bila demam, luka-luka kecil, sakit gigi, gatal-gatal badan dan banyak lagi.Biarpun botol nampak kecil, tapi sangat berbaloi kerana ia hanya perlu beberapa titik saja bagi mencuci segala kekotoran. Jadi sangat jimat dan praktikal.
APA ITU BASIC H?
★Basic H adalah pencuci biodegradable yang tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa pewangi dan tanpa klorin. Ia dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960.
★Istimewanya Basic H ni ianya dua kali ganda lebih pekat (16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air) untuk memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.
★Basic H ada 1001 kegunaan dan di belakang botolnya ada ditulis hanya 3 kegunaan sahaja ie cuci lantai, tingkap dan perkakas dapur. Lagi 997 kegunaan adalah hasil eksperimen lebih 700 000 ahli di seluruh dunia.
★Kandungan utama Basic H adalah minyak jagung dan minyak kelapa.
KENAPA BASIC H SELAMAT?
♡Organik
♡Tanpa toksin
♡Boleh terurai
♡Tanpa bahan kimia
♡Lebih pekat
♡Harga RM48.75 bersamaan dengan 181 liter produk lain
♡Pencuci semulajadi nombor 1
♡Tanpa toksin
♡Boleh terurai
♡Tanpa bahan kimia
♡Lebih pekat
♡Harga RM48.75 bersamaan dengan 181 liter produk lain
♡Pencuci semulajadi nombor 1
Jom tengok KEGUNAAN BASIC H SHAKLEE!!
Kegunaan Umum
------------------
------------------
1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.
Caranya: Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.
2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet.
Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.
3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet.
Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.
4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.
Caranya : Masukkan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak yang berminyak.
5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.
Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak di bersihkan kecuali tandas dan bilik air perlulah di berus.
6.Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran ,pijar lada, dakwat marker pen , minyak dan sebagainya.
Caranya: Basuhkan tangan dengan air, kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian di gosok-gosokkan kemudian di bilas.
7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan.
Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian cuci alat mainan, manakala bagi lantai pula tidak perlu di bilas selepas lantai di mop kerana ia mudah kering dan ia tidak melicinkan lantai.
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.
Caranya : Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian di gosok-gosok hingga tertanggal.
9. Mengasah Pisau
Caranya: Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa.
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya
Caranya: Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian di bilas.
Kegunaan Waktu Kecemasan
-----------------------------
-----------------------------
1. Menghapuskan kutu di atas kepala.
Caranya: Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15minit barulah di bilas.
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Caranya: Sapukan terus Basic h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan mengelembung atau melecur bahkan akan terasa sejuk.
3. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.
Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam botol semburan bunga yang di campur air kemudian semburkan pada serangga.
4. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)
Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit Gigi
Caranya : Masukkan 4-5 titik Basic H ke dalam cawan yang di campur air kemudian kumur .Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 titik Basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)
Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat yang gatal mengunakan span mandian kemudian bilas.
7. Ulser dan mulut berbau
Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur ( sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan pengembur tanah
Caranya: Air lebihan cucian Basic H boleh di siram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.
Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan sehingga 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.
BERKESAN KE BASIC H NI?
Jom layan testimonial.
TESTIMONIAL SENDIRI
TESTIMONIAL LAIN
Sumber: vitaminsuci, sinarcahayamata, vitaminsaya, ibuddd2010