Assalamualaikum..
Lately,Iolls terpaksa suka makan kambing. Untuk naikkan HB yang tiba-tiba drop. Actually tak suka makan kambing. Jadi kena la buat gini baru ada selera nak telan. Bila buat lamb chop ni tak terasa sangat baunya sebab ianya diperap dengan rempah ratus.
Bahan-bahan :
- Kepingan lamb ( beli di kedai frozen )
- Bawang putih dan halia (tumbuk)
- Sos Tiram
- Kicap Pekat ABC
- Sos BBQ Knorr
- Serbuk lada hitam, lada putih
- Serbuk lada hitam, lada putih
- Jintan manis dan jintan putih ( tumbuk kasar)
- Minyak zaitun (elakkan lamb kering semasa panggang)
- Minyak zaitun (elakkan lamb kering semasa panggang)
Langkah - langkah :
1) Perapkan lamb tersebut dengan semua bahan-bahan di atas selama 3 - 4 jam. Lagi bagus semalaman.
2) Boleh panggang guna pemanggang ajaib atau pan.
3) Saya guna periuk serbaguna noxxa. Bagi yang ada periuk ajaib ni, memang cepat dan mudah.guna function HIGH PRESSURE selama 12 minit. Kalau Selepas bunyi bip, lepaskan tombol dan buka tudung. Offkan. Tukar kepada function STIR FRY untuk keringkan air perapan. Masa ni boleh balik balikkan lamb tersebut. Boleh angkat bila nampak air dah kering dan lamb tersalut cantik je.
SIAP!!! Boleh la ngap. Hidangkan bersama sos lada hitam, coleslaw, fries, mash potato. Saya malas dah nak buat sos. Guna sos botol ja. itu pun menjilat jari.kikiki
Selamat Mencuba Uolls!!