Kenapa Makan Vitamin dan Supplement Tidak Berkesan?
Nak DETOKS Dengan Shaklee?
Klik SINI untuk tahu lebih lanjut.
Baca juga KENAPA PERLU DETOKS.
Credit sumber:
Kenapa saya makan vitamin untuk cantikkan kulit tak berkesan? Kenapa kawan saya yang baru makan sebotol vitamin C, kulitnya dah cantik?Itu antara persoalan yang pernah ditanya. Saya pun pernah bertanya soalan yang sama. Sehingga saya berjumpa dengan pakar nutrisi Shaklee dan menerangkan bagaimana nutrisi dari vitamin atau dari makanan itu diserap.
Sebelum menjawab soalan kenapa makan vitamin tidak berkesan, perlu difahami dahulu proses pencernaan dan penyerapan nutrisi di dalam badan.
Makanan, minuman, vitamin atau supplement akan masuk melalui Mulut dan melalui proses pencernaan secara fizikal dan akan melalui esofagus untuk ke perut. Daripada perut ia akan ke duodenum. Semasa melalui mulut, perut dan duodenum makanan akan melalui proses pencernaan.
Akhirnya, makanan termasuk vitamin dan supplement yang telah dicerna menjadi partikel kecil akan pergi ke usus kecil.
Semasa di usus kecil inilah segala nutrisi diserap ke dalam badan.
Gambar di atas ini menunjukkan keratan rentas bagi usus kecil. Perasan tak yang di sebelah atas kelihatan seperti bulu-bulu halus? Itu dinamakan villus atau villi. Ia berada di sebelah dalam usus. Nutrisi makanan yang telah dicerna tadi akan melalui villi dan masuk ke saluran darah untuk dibawa ke seluruh badan.
Di sinilah segala zat makanan diserap termasuk zat dari vitamin dan supplement.
Bayangkanlah kalau usus kecil kotor terutamanya lemak melekat di sebelah dalam usus kecil terutamanya pada villi.
Bagaimana nutrisi atau zat daripada makanan atau vitamin atau supplement akan sampai ke salur darah?
Disebabkan itu terdapat perbezaan kesan dari seorang individu dengan individu lain. Mungkin yang mempunyai kesan positif cepat seperti jerawat semakin baik dalam tempoh tak sampai 2 bulan kerana badannya memperolehi nutrisi yang diperlukan seperti dalam gambar di bawah ini.
Jadinya, jika sudah mengamalkan pemakanan sihat atau mengambil vitamin dan supplement namun tidak mendapat hasil yang diinginkan, mungkin DETOKS jawapan yang dicari.
Lagilah duduk di Malaysia yang amat kaya dengan makanan ini. Memang perlu detoks.
Nak DETOKS Dengan Shaklee?
Klik SINI untuk tahu lebih lanjut.
Baca juga KENAPA PERLU DETOKS.
Credit sumber:
http://emalinmohd.blogspot.my