VITAMIN MAMA DANISH: INFO PENYUSUAN : Euww. .Adik tak mahu susu disimpan!

11 Disember 2015

INFO PENYUSUAN : Euww. .Adik tak mahu susu disimpan!






"Resah seorang ibu apabila anaknya Amani berusia 3 bulan sudah tidak mahu susu perahan yang disimpan lama. Masakan tidak si ibu terpaksa membuang stok susu lama yang sudah tamat tempoh. Hanya susu yang diperah segar dan menyusu terus menjadi pilihan Amani."

Adakah situasi ini biasa berlaku kepada anda dan bagaimana mengatasinya?
Saya sendiri pernah mengalaminya.  Jom ikuti panduan yang disediakan.

Ada sesetengah bayi cerewet untuk meminum susu perahan yang disimpan dalam peti sejuk untuk tempoh masa yang lama. Ada yang mengatakan ia berbau lalu menjadikan si manja menolak. Apakah puncanya dan apakah yang boleh dilakukan?

Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, pakar laktasi IBCLC, susu yang masam dan berbau sabun perlulah dielakkkan daripada diberikan kepada bayi kerana ia sudah rosak dan dikhuatiri memudaratkan kesihatan si manja.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA OLEH IBU

1) Bekas Penyimpanan

★Pastikan susu disimpan dalam bekas   penyimpanan susu perahan yang sesuai.
★Material terbaik ialah bekas plastik gred makanan yang bebas bisphenol A.
★Plastik biasa tidak mampu mengekalkan nutrien dan bahan antibodi.
★Bertukarlah kepada plastik liner khas untuk susu perahan.


2) Cara Kendalian

★Jika anda pasti anda tidak akan menggunakan susu yang diperah dalam masa lima hingga lapan hari, maka terus bekukan selepas perah.
★Gunakan secepat mungkin selepas dicairkan dalam masa 24 jam
★Susu yang terdedah lama kepada suhu bilik yang panas memang lekas rosak
★Rasa dahulu susu sebelum memberikannya kepada si manja kerana ia boleh mengurangkan penolakan.
★Pastikan susu disimpan dalam beg pendingin yang cukup sejuk bagi mengelakkan susu mudah masam. Kuantiti pek ais perlulah seimbang dengan saiz beg pendingin supaya susu kekal sejuk sebelum dipindahkan ke peti sejuk di rumah.





3) Periksa Peti Sejuk

★Suhu peti sejuk memainkan peranan penting dan perlu mengekalkan suhu 3 darjah celcius hingga 7 darjah celcius supaya susu mampu bertahan selama lapan hari
★Periksa bahagian compressor kerana ia mungkin rosak dan menyebabkan suhu di dalam peti sejuk menjadi tinggi.
★Pastikan juga peti sejuk dan tempat pembeku anda tertutup rapat
★Pastikan botol susu penyimpanan atau plastik liner tertutup sempurna supaya susu tidak menyerap bau makanan di dalamnya.
★Simpan di bahagian belakang peti sejuk, bukan di depan atau pada pintu.
★Elakkkan daripada kerap membuka dengan lama kerana suhu dalamannya boleh meningkat.

4) Kebersihan

★Jika susu berbau sabun, besar kemungkinan botol atau perkakas tidak dibersihkan dengan bersih
★Anda juga disarankan menggunakan pencuci botol gred makanan untuk membersihkan botol, corong pam payudara, puting dan botol penyimpanan susu perahan.
★Bilas lebih lama untuk menghilangkan bau
★Jangan sesekali menggunakan sabun biasa kerana ia boleh menyebabkan botol menjadi berminyak.



5) Pemakanan Ibu

★Mama juga perlu meneliti gaya pemakanan dengan mengelakkan makanan tertentu, contohnya produk tenusu
★Elakkan makanan yang berbau seperti petai, durian atau cempedak kerana ia boleh mempengaruhi bau dan rasa susu yang diperah.





TIP KURANGKAN PENOLAKAN SUSU PERAHAN

☆Latih anak menyusu botol empat hari sebelum mula kerja
☆Pada hari pertama, hantar bayi bersama pengasuh selama 2 jam. Puratanya, dalam 2 jam, bayi akan minum 2.5 oz - 3.5 oz susu (bagi bayi berusia 2 bulan)
☆Dalam masa yang sama tingkatkan jumlah jam dan jumlah botol susu perahan yang ditinggalkan
☆Anda perlu mengelakkan memberi susu botol ketika di rumah bersama bayi kerana ini boleh membuatkan bayi menolak
☆Anda perlulah bertenang dan jauhi kerisauan kerana hal ini mungkin akan menyebabkan trauma kepada bayi.
 























Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign