VITAMIN MAMA DANISH: 6 Tips Hilangkan Bintik Hitam, Bintik Putih

1 Jun 2015

6 Tips Hilangkan Bintik Hitam, Bintik Putih

http://wanisak.blogspot.com/2015/06/make-up-remover-shaklee-hilangkan.html?m=0Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Hari ni dah 1 Jun 2015..pejam celik pejam celik 17 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Kemudian, kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri pula.. Sudah lumrah semua  wanita di luar sana ingin tampil dengan wajah yang licin berseri di pagi raya. Betul tak? yela, baju dah cantik, tapi kulit muka pulak buat hal..penuh dengan bintik hitam dan putih..hihi..sudah pasti kehadiran cela ini mencacatkan penampilan kita.OMG!! 

 Bagi yang tiada masa ke spa merawat wajah, saya berkongsi tip alami mengatasi masalah tersebut. Sudah pasti cara ini lebih murah dan jimat masa. Tak gitu?hihi


1. Putih Telur Buang Kotoran



sumber : google


  • Cara ini sudah lama dipraktikkan oleh nenek moyang kita. Sapukan wajah dengan putih telur, kemudian tekapkan dengan tisu atau kapas. Biarkan sehingga putih telur kering, kemudian tarik perlahan-lahan tisu atau kapas. Wajah akan kelihatan bersih dan licin jika diamalkan selalu.

2. Kentang Hilangkan Bintik Hitam


sumber : google

  • Kupas sebiji kentang, kemudian basuh sehingga bersih. Parut kentang dan sapukan pada wajah bermasalah seperti dagu. Biarkan selama 15 hingga 20 minit,kemudian bilas wajah sehingga bersih dengan air suam.

3. Skrub Lemon & Gula

sumber : google

  • Campurkan perahan lemon dan sedikit gula kasar,jadikan sebagi skrub. Gosok wajah secara perlahan-lahan. Amalkan seminggu 2 kali, skrub istimewa ini dapat membantu menanggalkan bintik-bintik hitam di samping membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit bersih serta bersinar.

4. Manfaat Yogurt Asli


sumber : google

  • Gunakan yogurt asli sebagai ramuan utama,boleh juga dicampurkan dengan perahan lemon. Gaul sebati, sapukan bahan ini pada wajah secara nipis. Biarkan ia kering antara 15 hingga 20 minit, kemudian bilas bersih. Lemon membuang kotoran secara mendalam dan menjadikan kulit lebih cerah. Manakala yogurt pula membantu memudarkan parut dan menghilangkan cela pada wajah.

5. Wap Wajah


sumber :google

  • Liang roma yang tersumbat adalah punca berlakunya bintik hitam dan bintik putih. Bagi mengatasinya, anda disarankan mengewapkan wajah sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Letakkan air panas di dalam mangkuk besar, kemudian tutup kepala dengan tuala. Wap wajah selama 15 minit, lakukan secara konsisten. Anda pasti gembira dengan hasilnya.


6. Bawang Merah Licinkan Kulit


sumber : google

  • Bagi yang mahukan kulit licin dan bersih daripada cela terutama bintik hitam, gosok wajah dengan bawang merah secara perlahan-lahan. Jangan terlalu kuat kerana dikhuatiri melecet. Belah bawang merah kepada 2 bahagian, kemudian gosok pada bahagian bermasalah. Lakukan setiap malam sehingga wajah licin.

Nak Cuba Cara Lebih  Mudah?

Sumber : Mingguan Wanita, Jun 2015

Selamat Mencuba Semua!!
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign