VITAMIN MAMA DANISH: Disember 2015

22 Disember 2015

BROWNIES KEDUT


Assalamualaikum..

Sila abaikan deco tu ye! Maklumlah tangankeras.hihihi

Sekarang ni dah jadi fenomena brownies kedut ni. So, tak mau ketinggalan nak buat jugak.hihi. Tengok bahan mcm senang ja. Makanya kita try n error nah.

Ni kali ke 2 buat. Kali ni guna resepi dari kak ita blog masammanis. Seriously menjadi elok. Sebelum ni guna resepi lain x bp best. 

Ok, jom tgk resepi

BAHAN - BAHAN :

*400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
*150 gm unsalted butter
*100 gm gula perang
*100 gm gula kastor
*4 biji telur ~ gred A
*1 sudu kecil esen vanilla100 gm tepung naik sendiri
*30 gm serbuk koko

#Saya guna buttercup je. tak guna pun yang unsalted.
#Buat separuh adunan je sebab baru nak try.kalau tak hadi tak la rugi sangat.hihu

LANGKAH-LANGKAH

1- Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.

2- Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

3-Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak.

4- Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.

5- Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.

6- Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

7- Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu  160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

8- Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dan pintu oven direnggangkan sedikit selama 15 minit.

Selamat Mencuba!!

Credit sumber:http://azlitamasammanis.blogspot.com


















21 Disember 2015

KENAPA MAKAN VITAMIN DAN SUPPLEMENT TIDAK BERKESAN?

Kenapa Makan Vitamin dan Supplement Tidak Berkesan?

Kenapa saya makan vitamin untuk cantikkan kulit tak berkesan? Kenapa kawan saya yang baru makan sebotol vitamin C, kulitnya dah cantik?Itu antara persoalan yang pernah ditanya. Saya pun pernah bertanya soalan yang sama. Sehingga saya berjumpa dengan pakar nutrisi Shaklee dan menerangkan bagaimana nutrisi dari vitamin atau dari makanan itu diserap.

Sebelum menjawab soalan kenapa makan vitamin tidak berkesan, perlu difahami dahulu proses pencernaan dan penyerapan nutrisi di dalam badan.

Makanan, minuman, vitamin atau supplement akan masuk melalui Mulut dan melalui proses pencernaan secara fizikal dan akan melalui esofagus untuk ke perut. Daripada perut ia akan ke duodenum. Semasa melalui mulut, perut dan duodenum makanan akan melalui proses pencernaan.





Akhirnya, makanan termasuk vitamin dan supplement yang telah dicerna menjadi partikel kecil akan pergi ke usus kecil.

Semasa di usus kecil inilah segala nutrisi diserap ke dalam badan.



Gambar di atas ini menunjukkan keratan rentas bagi usus kecil. Perasan tak yang di sebelah atas kelihatan seperti bulu-bulu halus? Itu dinamakan villus atau villi. Ia berada di sebelah dalam usus. Nutrisi makanan yang telah dicerna tadi akan melalui villi dan masuk ke saluran darah untuk dibawa ke seluruh badan.

Di sinilah segala zat makanan diserap termasuk zat dari vitamin dan supplement.
Bayangkanlah kalau usus kecil kotor terutamanya lemak melekat di sebelah dalam usus kecil terutamanya pada villi.



Bagaimana nutrisi atau zat daripada makanan atau vitamin atau supplement akan sampai ke salur darah?





Disebabkan itu terdapat perbezaan kesan dari seorang individu dengan individu lain. Mungkin yang mempunyai kesan positif cepat seperti jerawat semakin baik dalam tempoh tak sampai 2 bulan kerana badannya memperolehi nutrisi yang diperlukan seperti dalam gambar di bawah ini.



Jadinya, jika sudah mengamalkan pemakanan sihat atau mengambil vitamin dan supplement namun tidak mendapat hasil yang diinginkan, mungkin DETOKS jawapan yang dicari.

Lagilah duduk di Malaysia yang amat kaya dengan makanan ini. Memang perlu detoks.


Nak DETOKS Dengan Shaklee?

Klik SINI untuk tahu lebih lanjut.

Baca juga  KENAPA PERLU DETOKS.


Credit sumber:
http://emalinmohd.blogspot.my
















12 Disember 2015

Kenapa Susu Saya Kejap Cair, Kejap Nampak Pekat.


Dulu selalu tertanya-tanya..

Kadang-kadang bila perah susu, dapat susu pekat.Tapi kadang macam cair je walaupun dah pam dekat setengah jam. Kenapa tak pekat macam selalu? Rupa-rupanya susu ibu ada 2 peringkat iaitu foremilk dan hindmilk.

APA ITU FOREMILK DAN HINDMILK?




Foremilk adalah susu yang keluar dalam jangka masa 10 minit terawal, ianya kelihatan lebih cair sebab kandungannya terdiri dari air

Lepas tu, Hindmilk pulak akan keluar, Hindmilk lebih pekat sebab ia mengandungi protein dan lemak.

Kedua-dua jenis susu ni penting untuk baby.Untuk pastikan baby dapat foremilk dan hindmilk, pastikan baby menyusu sampai breast betul-betul kosong.

FAKTOR MEMPENGARUHI KEPEKATAN SUSU IBU

1)SUHU

Tahap kepekatan susu juga bergantung mengikut suasana persekitaran kita.Kalau suhu persekitaran ibu adalah panas, maka susu yang tubuh ibu hasilkan adalah cair sebab bertujuan nak sejukkan badan baby.Kalau suhu persekitaran ibu adalah sejuk, maka susu yang dihasilkan adalah lebih pekat sebab nak panaskan tubuh baby.

2)PROTEIN

Untuk dapatkan susu yang pekat, ibu perlukan pemakanan yang kaya dengan protein seperti ayam, ikan dan daging. Ibu juga digalakkan untuk amalkan minuman kesihatan seperti ESP Shaklee.



KENAPA ESP SHAKLEE?




ESP (Energising Soy Protein) adalah protein soya yang berkualiti tinggi.

Protein kacang soya adalah bebas dari lemak dan kolesterol, tidak seperti protein haiwan

Berdasarkan pengalaman sendiri, ternyata ESP bukan sahaja membantu menghasilkan susu yang lebih pekat, tapi juga bantu ibu untuk rasa lebih bertenaga dan cergas di samping mengawal rasa lapar ibu.

Ibu berpantang sangat kerap rasa lapar. Jadi, sangat berpuashati dan berbaloi minum ESP. Terbukti susu saya menjadi lebih pekat dan lemak berkrim. Baby juga lebih cepat kenyang.hihi


Perasan tak stok EBM saya yang kuning2 tu? Hasilnya selepas minum ESP.


Malah pengambilan ESP juga mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihat. Kesannya berat badan bayi mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran.



















1001 KEGUNAAN BASIC H


Assalamualaikum..





Salah satu hot produk shaklee yang menjadi bualan pengguna-pengguna terutamanya dikalangan ibu-ibu  adalah PENCUCI BASIC H2.


Saya sendiri dah jatuh cinta sejak menggunakannya. Ia banyak membantu saya selesaikan kerja2 mengelap dapur berkerak, mengemop lantai, cuci contengan dinding, cuci grill, mandikan anak bila demam, luka-luka kecil, sakit gigi, gatal-gatal badan dan banyak lagi.Biarpun botol nampak kecil, tapi sangat berbaloi kerana ia hanya perlu beberapa titik saja bagi mencuci segala kekotoran. Jadi sangat jimat dan praktikal.


APA ITU BASIC H?



★Basic H adalah pencuci biodegradable yang tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa pewangi dan tanpa klorin. Ia dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. 

★Istimewanya Basic H ni ianya dua kali ganda lebih pekat (16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air)  untuk memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. 

★Basic H ada 1001 kegunaan dan di belakang botolnya ada ditulis hanya 3 kegunaan sahaja ie cuci lantai, tingkap dan perkakas dapur. Lagi 997 kegunaan adalah hasil eksperimen lebih 700 000 ahli di seluruh dunia.

★Kandungan utama Basic H adalah minyak jagung dan minyak kelapa.

KENAPA BASIC H SELAMAT?



♡Organik
♡Tanpa toksin
♡Boleh terurai
♡Tanpa bahan kimia
♡Lebih pekat
♡Harga RM48.75 bersamaan dengan 181 liter produk lain
♡Pencuci semulajadi nombor 1


Jom tengok KEGUNAAN BASIC H SHAKLEE!!


Kegunaan Umum
------------------

1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.
Caranya: Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet.
Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet.
Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.
Caranya : Masukkan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak yang berminyak.

5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.
Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak di bersihkan kecuali tandas dan bilik air perlulah di berus.

6.Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran ,pijar lada, dakwat marker pen , minyak dan sebagainya.
Caranya: Basuhkan tangan dengan air, kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian di gosok-gosokkan kemudian di bilas.

7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan.
Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian cuci alat mainan, manakala bagi lantai pula tidak perlu di bilas selepas lantai di mop kerana ia mudah kering dan ia tidak melicinkan lantai.

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.
Caranya : Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian di gosok-gosok hingga tertanggal.

9. Mengasah Pisau
Caranya: Titikkan 4-5 titik pada pisau  dan asah pisau seperti biasa.

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya
Caranya: Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian  di bilas.

Kegunaan Waktu Kecemasan
-----------------------------

1. Menghapuskan kutu di atas kepala.
Caranya: Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15minit barulah di bilas.

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Caranya: Sapukan terus Basic h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan mengelembung atau melecur bahkan akan terasa sejuk.

3. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.
Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam botol semburan bunga yang di campur air kemudian semburkan pada serangga.

4. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)
Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit Gigi
Caranya : Masukkan 4-5 titik Basic H ke dalam cawan yang di campur air kemudian kumur .Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 titik Basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)
Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat yang gatal mengunakan span mandian kemudian bilas.

7. Ulser dan mulut berbau
Caranya: Tuangkan  4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur ( sekerap mungkin)

8. Penyubur tanaman dan pengembur tanah
Caranya: Air lebihan cucian Basic H boleh di siram  pada pokok bunga dan tanaman lain untuk kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.
Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan sehingga 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

BERKESAN KE BASIC H NI?

Jom layan testimonial. 

TESTIMONIAL SENDIRI






TESTIMONIAL LAIN











Sumber: vitaminsuci, sinarcahayamata, vitaminsaya, ibuddd2010



11 Disember 2015

INFO PENYUSUAN : Euww. .Adik tak mahu susu disimpan!






"Resah seorang ibu apabila anaknya Amani berusia 3 bulan sudah tidak mahu susu perahan yang disimpan lama. Masakan tidak si ibu terpaksa membuang stok susu lama yang sudah tamat tempoh. Hanya susu yang diperah segar dan menyusu terus menjadi pilihan Amani."

Adakah situasi ini biasa berlaku kepada anda dan bagaimana mengatasinya?
Saya sendiri pernah mengalaminya.  Jom ikuti panduan yang disediakan.

Ada sesetengah bayi cerewet untuk meminum susu perahan yang disimpan dalam peti sejuk untuk tempoh masa yang lama. Ada yang mengatakan ia berbau lalu menjadikan si manja menolak. Apakah puncanya dan apakah yang boleh dilakukan?

Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, pakar laktasi IBCLC, susu yang masam dan berbau sabun perlulah dielakkkan daripada diberikan kepada bayi kerana ia sudah rosak dan dikhuatiri memudaratkan kesihatan si manja.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA OLEH IBU

1) Bekas Penyimpanan

★Pastikan susu disimpan dalam bekas   penyimpanan susu perahan yang sesuai.
★Material terbaik ialah bekas plastik gred makanan yang bebas bisphenol A.
★Plastik biasa tidak mampu mengekalkan nutrien dan bahan antibodi.
★Bertukarlah kepada plastik liner khas untuk susu perahan.


2) Cara Kendalian

★Jika anda pasti anda tidak akan menggunakan susu yang diperah dalam masa lima hingga lapan hari, maka terus bekukan selepas perah.
★Gunakan secepat mungkin selepas dicairkan dalam masa 24 jam
★Susu yang terdedah lama kepada suhu bilik yang panas memang lekas rosak
★Rasa dahulu susu sebelum memberikannya kepada si manja kerana ia boleh mengurangkan penolakan.
★Pastikan susu disimpan dalam beg pendingin yang cukup sejuk bagi mengelakkan susu mudah masam. Kuantiti pek ais perlulah seimbang dengan saiz beg pendingin supaya susu kekal sejuk sebelum dipindahkan ke peti sejuk di rumah.





3) Periksa Peti Sejuk

★Suhu peti sejuk memainkan peranan penting dan perlu mengekalkan suhu 3 darjah celcius hingga 7 darjah celcius supaya susu mampu bertahan selama lapan hari
★Periksa bahagian compressor kerana ia mungkin rosak dan menyebabkan suhu di dalam peti sejuk menjadi tinggi.
★Pastikan juga peti sejuk dan tempat pembeku anda tertutup rapat
★Pastikan botol susu penyimpanan atau plastik liner tertutup sempurna supaya susu tidak menyerap bau makanan di dalamnya.
★Simpan di bahagian belakang peti sejuk, bukan di depan atau pada pintu.
★Elakkkan daripada kerap membuka dengan lama kerana suhu dalamannya boleh meningkat.

4) Kebersihan

★Jika susu berbau sabun, besar kemungkinan botol atau perkakas tidak dibersihkan dengan bersih
★Anda juga disarankan menggunakan pencuci botol gred makanan untuk membersihkan botol, corong pam payudara, puting dan botol penyimpanan susu perahan.
★Bilas lebih lama untuk menghilangkan bau
★Jangan sesekali menggunakan sabun biasa kerana ia boleh menyebabkan botol menjadi berminyak.



5) Pemakanan Ibu

★Mama juga perlu meneliti gaya pemakanan dengan mengelakkan makanan tertentu, contohnya produk tenusu
★Elakkan makanan yang berbau seperti petai, durian atau cempedak kerana ia boleh mempengaruhi bau dan rasa susu yang diperah.





TIP KURANGKAN PENOLAKAN SUSU PERAHAN

☆Latih anak menyusu botol empat hari sebelum mula kerja
☆Pada hari pertama, hantar bayi bersama pengasuh selama 2 jam. Puratanya, dalam 2 jam, bayi akan minum 2.5 oz - 3.5 oz susu (bagi bayi berusia 2 bulan)
☆Dalam masa yang sama tingkatkan jumlah jam dan jumlah botol susu perahan yang ditinggalkan
☆Anda perlu mengelakkan memberi susu botol ketika di rumah bersama bayi kerana ini boleh membuatkan bayi menolak
☆Anda perlulah bertenang dan jauhi kerisauan kerana hal ini mungkin akan menyebabkan trauma kepada bayi.
 























10 Disember 2015

LECITHIN PEMBAKAR LEMAK SELAMAT UNTUK IBU BERPANTANG

Assalamualaikum uolls...



Kali ni nak share 1 lagi produk Shaklee yang saya jatuh cinta semasa berpantang dulu. Memang dah jadi lumrah setiap ibu berpantang mesti nak kembalikan bentuk badan yang asal sebelum mengandung. 

Dalam masa yang sama, ramai jugak ibu menyusu yang nak kurus tetapi  ragu-ragu nak cuba takut ada effect pada bayi.Saya sendiri ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Ternyata LECITHIN adalah pilihan yang tepat dan selamat untuk ibu berpantang dan ibu menyusu.





Lepas ja ambil lecithin ni, badan akan rasa panas dan berpeluh-peluh tau. Best kan? Rasa macam lepas joging pulak. hihi. 


Ok, jom mama danish nak cerita pasal KEBAIKAN LECITHIN KEPADA IBU BERPANTANG DAN MENYUSU.

  • berfungsi untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan memerlukan medium pengangkutan untuk bawa keluar dari badan.
  • biasanya penggunaan lecithin selepas sebulan boleh turunkan dan kembalikan paras kolesterol dalam keadaan normal 
  • boleh mengelakkan masalh clog duct atau bengkak susu yang biasa dialami oleh ibu menyusumembantu mengatasi masalah short term memory lost yang biasa dialami oleh ibu selepas bersalin. (klik sini untuk ketahui bagaimana lecithin legakan bengkak susu)
  • membantu menyalurkan inositol dan kolin dalam susu ibu untuk membantu meningkatkan perkembangan otak bayi.

Ternyata lecitihin sangat membantu saya menurunkan berat badan saya tanpa menjejaskan pengeluaran susu ibu. Sebotol ada 180 biji dan harga pula sangat berbaloi. Saya gabungkan dengan Alfafa dan Omega Guard untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan.





Testimonial Ibu-ibu Yang Mengambil  Lecithin










So, ibu-ibu yang nak kurus dan seksi selepas berpantang WAJIB cuba tau. Mesti ambil lecithin setiap hari. Kurus dan seksi untuk jaga  kesihatan dan juga untuk suami tersayang.Tak gitu ? Malah ianya sesuai untuk semua tak kira laki atau pompuan.




Hari ke 8 berpantang. perut buncit dan muka pucat.kiki


opss!!terlebih kurus pulak. bonus kulit pun lebih fresh dan cerah berbanding masa pregnant agak kusam






Nak tau lebih lanjut? Hubungi saya untuk rundingan PERCUMA.




Puan Khairunnisak
Pengedar Shaklee Baling/ 1Malaysia 
COD Area Baling, Kupa
Call / wasap di 013-5074833
FB : NISAK ABU HASAN










9 Disember 2015

LAMB CHOP HOMEMADE

Assalamualaikum..


Lately,Iolls terpaksa suka makan kambing. Untuk naikkan HB yang tiba-tiba drop. Actually tak suka makan kambing. Jadi kena la buat gini baru ada selera nak telan. Bila buat lamb chop ni tak terasa sangat baunya sebab ianya diperap dengan rempah ratus.





Bahan-bahan :


- Kepingan lamb ( beli di kedai frozen )
- Bawang putih dan halia  (tumbuk)
- Sos Tiram
- Kicap Pekat ABC
- Sos BBQ Knorr
- Serbuk lada hitam, lada putih
- Jintan manis dan jintan putih ( tumbuk kasar)
- Minyak zaitun (elakkan lamb kering semasa panggang)


Langkah - langkah :



1) Perapkan lamb tersebut dengan semua bahan-bahan di atas selama 3 - 4 jam. Lagi bagus semalaman.


2) Boleh panggang guna pemanggang ajaib atau pan.


3) 
Saya guna periuk serbaguna noxxa.  Bagi yang ada periuk ajaib ni, memang cepat dan mudah.guna function  HIGH PRESSURE selama 12 minit. Kalau Selepas bunyi bip, lepaskan tombol dan buka tudung. Offkan. Tukar kepada function STIR FRY untuk keringkan air perapan. Masa ni boleh balik balikkan lamb tersebut. Boleh angkat bila nampak air dah kering dan lamb tersalut cantik je.

SIAP!!! Boleh la ngap. Hidangkan bersama sos lada hitam, coleslaw, fries, mash potato. Saya malas dah nak buat sos. Guna sos botol ja. itu pun menjilat jari.kikiki



Selamat Mencuba Uolls!!


AYAM PANGGANG MAYONIS

Assalamualaikum..

Uolls suka makan ayam? Buntu nak masak menu apa? Apa kata Uolls cuba resepi ni. Seriously memang senang gila lah. Paaaaaaling penting...sedap ya amat.hihi.



Saya buat makan dengan nasi kuning + taugeh celur sos tiram + sup kosong + sambal cicah



Bahan-bahan :


- Ayam (siap dicuci bersih-bersih)

- Bawang putih dan halia  (tumbuk)
- Gula perang
- Madu
- Sos Tiram
- Kicap Pekat ABC
- Kiub Ayam
- Mayonis
- Minyak zaitun (elakkan ayam kering semasa panggang)




Langkah - langkah :


1) Perapkan ayam tersebut dengan semua bahan-bahan di atas selama 3 - 4 jam. Lagi bagus semalaman.


2) Boleh panggang guna oven, pemanggang ajaib atau pan.


3) Sekiranya guna oven, lapik bekas dengan aluminium foil.Guna suhu 160 c selama 45minit - 1 jam ataupun sehingga masak.


4) Saya guna periuk serbaguna noxxa.  Bagi yang ada periuk ajaib ni, memang cepat dan mudah.guna function  HIGH PRESSURE selama 8 minit. Kalau Selepas bunyi bip, lepaskan tombol dan buka tudung. Offkan. Tukar kepada function STIR FRY untuk keringkan air perapan. Masa ni boleh balik balikkan ayam tersebut. Boleh angkat bila nampak air dah kering dan ayam tersalut cantik je.


SIAP!!! Boleh la ngap. nak makan dengan sos pun boleh atau buat sambal cicah versi iollss. Sambal tu just guna cabai besar + cuka + gula + garam + sos tomato.




Selamat Mencuba Uolls!!




SAMBAL PASTE FROZEN

Assalamualaikum..


Uolls suka makan Nasi Lemak? Malas nak buat sambal? Apa kata uolls cuba buat sambal paste frozen. Iolls pun 1st time buat taw. Dapat resepi ni dari group Masak Apa Hari Ni (MAHN)kat Facebook.  Senang la nak makan nasi lemak nanti.hihi.Sambal paste ni nak guna untuk buat sambal ikan ke, ayam ke pun boleh. 


Bahan-bahan:


- Cabai kering (rebus dahulu)
- Bawang besar
- Bawang putih
- Belacan
- Ikan Bilis

Semuanya diblender sampai hancur. Bawang besar dan ikan bilis lebihkan untuk maniskan sambal kita.


Langkah-langkah :


1) Panaskan minyak. 
2) Masukkan Cabai yang diblend.


Saya guna periuk noxxa. Set pada stir fry. Sama macam goreng dalam kuali cuma lebih cepat guna periuk ni. Paling best, tak kotoq dapur sebab tak merecik.hihi
3) Masak hingga pecah minyak
4) Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
5) Boleh masukkan jugak sos tomato dan sos cili.
6) Siap!!



7) Boleh disimpan dalam bekas yang kecil. Mudah nak gunakan nanti. 
8) Pastikan sejuk sebelum dibekukan. 



9) Bila nak makan nanti, keluarkan dari peti ais dan biarkan sebentar. Panaskan dalam microwave atau dalam kuali.


Selamat Mencuba Uolls!!




KOLEKSI BENTO DANISH

Assalamualaikum uolls!!


Nak habaq kat hangpa ni.. dulu dengaq bento tak tau apa kebenda ni. Idea berbento ni dapat lepas tengok kawan post bekal anak dia setiap hari. Nampak comel dan menarik ja. hihi. Bukan tak masak kat anak hari-hari, tapi xda la nak hias bagai.So, bermula dari itu kawan saya add dalam Group Bekal/Bento Malaysia saya banyak belajar.


Mula-mula rasa susah. Tapi tengok mommy kat group tu jadi bersemangat ja nak buat. Banyak tips yang dikongsi memudahkan kerja saya. Orang buat bento, kita pun nak berbento jugak.kikiki. Hati bertambah seronok sebab my little prince excited nak makan. sebelum tu, meh kita kenali serba sikit sejarah BENTO.




Apakah Itu BENTO?


BENTO atau  O-BENTO adalah istilah BAHASA JEPUN iaitu bekalan berupa masi yang boleh dibawa kemana jua. Boleh dijadikan makanan tengah hari, makan malam atau bekalan perkelahan.


Jom layan koleksi bento danish. Ni koleksi sebelum cuti sekolah ritu. Now cuti sekolah rehat jap. Menu simple saja ikut selera my son. 



Kuih Cara + Nasi putih + Telur Dadar + Ikan Masak Sos


Roti Poket + Nasi Goreng + Telur Goreng + Sosej
                        


Nasi Putih + Kobis Goreng Telur + Ikan Masak Sos


Macaroni + Meatball Carbonara + Nasi Putih + Sup Bebola + Ayam Kicap
                      


Roti Telur + Nasi Goreng + Telur Hancur + Puding Milo
                         

Roti Peanut Butter + Nasi Ayam + Snack + Air Kotak Dutch Lady



Spagetti + Kuah Carbonara Meatball


Bihun Singapore + Fish Fillet + Sosej + Snack


Bihun Singapore + Nasi Putih + Sup Bebola + Kek Coklat Moist
                       



Baked Beans + Sosej + Telur Hancur + Nasi Putih + Ikan Goreng +Kobis  Masak Lemak


Roti Telur Cheese + Nasi Putih + Ikan Goreng + Sup Bebola + Kurna
                                   



Roti Nutella + Cereal + Susu + Nasi Putih + Kobis Goreng Telur + Ikan Masak Sos


Roti Telur Cheese + Kek Span + Snack + Susu
                          



Hashbrown + Cookies + Kek Coklat Moist + Nasi Putih + Ikan Masak Asam


Koetiaw goreng + Laksa + Nasi Putih + Ayam Kicap + Telur Dadar
                                     


Nasi Ayam + Spagetti Goreng + Anggur

Nasi Putih + Gulai Ikan + Tauhu Telur 
                                     


Fish and  Chip + Nasi Putih + Udang Goreng + Labu Masak Lemak


Mee Goreng + Nasi Putih + Telur Mata + Sotong Masak Asam + Puding Jagung
                              


Puding Roti Sos Kastard + Nasi Goreng + Telur + Fries
                                         




That's all. Ada banyak lagi tapi dah tak larat upload.hihi.Lagipun 

Mama Danish
Cook With All Your Heart














VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign