Sekarang ni dah jadi fenomena brownies kedut ni. So, tak mau ketinggalan nak buat jugak.hihi. Tengok bahan mcm senang ja. Makanya kita try n error nah.
Ni kali ke 2 buat. Kali ni guna resepi dari kak ita blog masammanis. Seriously menjadi elok. Sebelum ni guna resepi lain x bp best.
Ok, jom tgk resepi
BAHAN - BAHAN :
*400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
*150 gm unsalted butter
*100 gm gula perang
*100 gm gula kastor
*4 biji telur ~ gred A
*1 sudu kecil esen vanilla100 gm tepung naik sendiri
*30 gm serbuk koko
*150 gm unsalted butter
*100 gm gula perang
*100 gm gula kastor
*4 biji telur ~ gred A
*1 sudu kecil esen vanilla100 gm tepung naik sendiri
*30 gm serbuk koko
#Saya guna buttercup je. tak guna pun yang unsalted.
#Buat separuh adunan je sebab baru nak try.kalau tak hadi tak la rugi sangat.hihu
#Buat separuh adunan je sebab baru nak try.kalau tak hadi tak la rugi sangat.hihu
LANGKAH-LANGKAH
1- Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
2- Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
3-Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak.
4- Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
5- Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
6- Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
7- Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
8- Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dan pintu oven direnggangkan sedikit selama 15 minit.
Selamat Mencuba!!
Credit sumber:http://azlitamasammanis.blogspot.com