VITAMIN MAMA DANISH: Januari 2016

8 Januari 2016

ROTI BUNGA TELUR + CHEESE


Assalamualaikum

Dah lama teringin nak buat baru tercapai hajat. Resepi ni sesuai dijadikan breakfast atau minum petang. Ringkas, sedap dan mengenyangkan.

Bahan-bahan:

★Roti butterscotch/putih gardenia
★Sosej
★Telur 2 biji
★Freshmilk
★Mozzarella cheese

Langkah-langkah:

1) Gelekkan roti dan tekap dengan cawan/gelas
**saya guna roti putih sbb nak habiskan Stok. So sapu butter sikit kat roti




2) Masukkan dalam acuan




3) Masukkan sosej yang direbus terlebih dahulu dan dipotong






4) Masukkan bancuhan telur dan Susu.  *sukatan 2 biji telur dan 6 sudu susu dikacau rata.






5) Taburkan cheese. *saya letak banyak lagi sedap.hihi


6) Preheat oven dulu. Suhu 140 selama 10 minit. Kemudian bakar selama 10 minit

7) Siap!! Ready to Ngap.


Selamat Mencuba!!














5 Januari 2016

6 CARA MENCEGAH KUNING.BILA BARU LAHIR, TIADA JAUNDICE

Cara Mencegah Bayi Kuning

Seringkali kita terdengar bayi yang baru lahir menghidap jaundice atau demam kuning. Kadangkala kasihan melihat bayi yang baru lahir terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ditambah pula dengan keadaan ibu yang masih belum sihat sepenuhnya.Lebih teruk apabila ibu dan bayi terpaksa di tahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi.

Jaundice terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan.BILIRUBIN ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadangkala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.

Jaundice tidak merbahaya kepada bayi tetapi akan menjadi bahaya jika tidak dikawal lebih awal. Mungkin petua dan amalan yang akan kami kongsikan ini dapat membantu para ibu untuk mngelak dan mengubati jaundice.

Saya sendiri mengamalkannnya semasa hamil anak pertama. Sekarang masih mengamalkannnya untuk kehamilan yang kedua.

Antara amalan ibu mengandung yang boleh mengelakkan jaundice :



Pastikan ia adalah madu lebah asli 

1. Makan 3 sudu madu tanpa air atau meminum air madu 5 sudu setiap hari.



Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu 

2. Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari. Seelok-eloknya semasa sarapan dan sebelum tidur.



Pati delima juga terdapat dalam bentuk yang sudah diproses 

3. Mengamalkan minum pati delima paling kurang 500ml sehari.



3 biji buah kurma dapat mengeyangkan perut sehingga waktu tengahari 

4. Mengamalkan makan buah kurma sebagai sarapan





Air kelapa lebih mujarab jika tak letak gula 

5. Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Di samping baik untuk bayi, air kelapa juga dapat mengelakkan jaundice.





Mengusap perut isteri oleh suami amat digalakkan 

6. Suami digalakkan mengusap perut isteri sambil berselawat sebanyak mungkin.Amalan di atas sesuai jika ibu sedang mengandung.


Semoga bermanfaat!!


Sumber : siraplimau.com


VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign