VITAMIN MAMA DANISH: Januari 2015

15 Januari 2015

Testimonial ALFAFA 18sx...

AMARAN: Entry kali ini untuk orang yang berkahwin saje tau..

Assalamualaikum..

Hari ni nak share tentang testimonial ALFAFA untuk hubungan suami isteri.. Masalah "longgar" adalah perkara biasa bagi wanita yang berkahwin dan ianya menjadi kririkal terutama sekali selepas melahirkan anak. Menjadi kewajipan seseorang wanita untuk menjaga kembali Miss "V" nya supaya cantik dan ketat seperti anak dara.

Cara saya ialah dengan amalkan ALFAFA setiap hari..memang confirm suami puas hati dan sentiasa puji..hihi.. 

Sebabnya?

ALFAFA ni macam KACIP FATIMAH taw..berfungsi sebagai perapat miss "v" kita.hihihi

Orang kata:

Cantik "LUARAN" menarik ramai mata-mata memandang anda

Cantik "DALAMAN" menarik suami anda tidak makan merata-rata

Bahaya kan? Orang lelaki ni suka pendam taw.. tup tup taw dah kahwin lain...uwarghhh..menangis tak berlagu la..huhuhu

Jom layan testimoni di bawah:

TESTIMONI 1

"Alfafa beri kuasa "GRIP" sampai suami tak boleh tahan"
"Buah dada dan punggung rasa berdenyut2"


TESTIMONI 2
"Tisu dalaman faraj "mengetat" 
" Suami tegur miss "v" ada kelainan dan berbeza dari sebelumnya "



TESTIMONI 3

 " Hubungan intim bertambah best"
" Alfafa boleh memekatkan air mani suami "
"Suami puji kalah anak dara"



TESTIMONI 4

'Hubby kata macam baru mula2 kawin"



TESTIMONI 5

"Walaupun dah bersalin, tapi masih macam anak dara"


Dah baca kan? Apa tunggu lagi?

Bulan ni ada OFFER taw..BELI 6 PERCUMA 1. Ni la masa terbaik nak cuba. semestinya harga lebih murah dari biasa.



Nak Cuba?

Hubungi saya untuk konsultansi PERCUMA.


COD Area: Kupang - Baling - Tawar 
Call/Whatsapp/Sms : 013-5074833
Facebook: Nisak Abu Hasan


1001 Khasiat Alfafa

Assalamualaikum...

Dalam banyak-banyak Vitamin Shaklee, yang paling saya suka adalah Alfafa dan Ostematrix..
Sebab apa? kesannya cepat sangat..boleh dirasai seawal yang mungkin taw.

Mula-mula saya ambil alfafa ni sebagai milkbooster. tapi tak sangka pulak banyak khasiat lain yang dapat terutama sekali untuk hubungan suami isteri(ehem ehem)...Dah hampir setahun 9 bulan rupanya saya consume alfafa. Ostematrix pulak saya ambil untuk gantikan susu.. sebab saya tak suka minum susu..ibu menyusu kan perlukan kalsium yang cukup.. 

Saya rasa ramai yang pernah ambil mesti tahu sebab apa kan? Tapi harini saya nak cerita pasal khasiat ALFAFA dulu.

Apa itu ALFAFA?


Tahukah korang yang Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. 

Ramai customer saya bertanya... alfalfa ni apa sis?.. ubat utk pompuan saje ker..
lelaki boleh mkn tak??anak dara boleh makan tak? Untuk makluman dan pengetahuan korang Alfalfa ni Lelaki Pompuan boleh makan.. no problem takda masalah bagi jantina...
Saya pun share dengan suami..hihi

KHASIAT ALFALFA COMPLEX YANG MENANTI!.


1) :AGEN DETOX
- Mencuci usus bagi membuang toksik
- Membantu dalam masalah penghadaman dan pencernaan
- Melegakan sembelitTerkenal sbg purifier utk hati dan darah daripada bahan kimia dan logam
- Cuci buah pinggang, cuci kencing kotor
-Membuang angin dalam badan
- Menghilangkan kelesuan, keletihan
- Melegakan alergi dan ekzema
- Meneutralkan asid dlm badan

2) WANITA
- Bertindak sebagai kacip fatimah (PERAPAT)
- Melegakan masalah keputihan
- Membantu masalah wanita yang sering 'kering' ketika bersama
- Milk Booster
- Melegakan urat selepas bersalin
- Memberi kelegaan semasa haid
- Membesarkan dan menegangkan payudara



3) SUAMI
Meningkatkan STAMINA LELAKI

4) UMUM
- Melegakan sendi dan urat
- Mengurangkan resdung
- Merawat ulser
- Merawat athma
- Mengurangkan migrain
- Mengelakkan gastrik
- Sumber vitamin K (Mengurangkan pendarahan gusi dan hidung)
- Mengurangkan pengekalan air berlebihan dlm pundi kencing
- Merendahkan tahap kolestrol
- Menstabilkan paras gula dalam darah
- Mengatasi kesan sampingan kimoterapi


Antara 22 Kebaikan lain Alfalfa:


1) Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2)Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
3) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
4) Membantu membuang angin dalam badan.
5)Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.
6)Melegakan sakit sendi dan belakang
7)Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
8)Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shakleemengandungi minyak Peppermint
9)Memberi kelegaan semasa haid
10)Merawat arthitis
11)Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema
12)Mencuci usus bagi membuang toksik
13)Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
14)Meneutralkan asid dalam badan
15)Merawat masalah keputihan pada wanita
16)Membesar dan menegangkan payudara serta punggung
17)Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
18)Memulihkan urat selepas bersalin
19)Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
20)Meningkatkan stamina seorang suami
21)Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!!
22) mengatasi masalah keguguran rambut dan botak jika diamalkan tiap2 hari
22)Dan banyak lagi untuk disenaraikan… 

Ada kesan sampingan tak?

 
Seperti semua produk herba, kesederhanaan adalah kunci untuk mengelakkan reaksi buruk. Sebagai contoh, penggunaan berlebihan alfalfa boleh menyebabkan kerosakan sel-sel darah merah, yang amat serius.

Oleh yang demikian, golongan berikut adalah dilarang sama sekali untuk mengambil Alfalfa:

-Wanita Hamil
-Orang yang mengalami anemia
-pesakit SLE
-Pesakit Hyperthyroid


Jom Layan Testimoni




Berminat Nak Cuba?

Hubunggi saya untuk konsultansi percuma.








COD Area: Kupang - Baling - Tawar 
Call/Whatsapp/Sms : 013-5074833
Facebook: Nisak Abu Hasan



sumber : shillbeauty

9 Januari 2015

Kek Span "Ibu Mertuaku"


Assalamualaikum...

Pernah tak Kawan-kawan makan kek span tesco? Saya yakin mesti ramai pernah kan..
Sebab lembut sangat kek tu..macam kapas..Hihihi

Lepas ni Korang tak payah risau lagi sebabnya senang ya amat nak buat kek ni..pejam mata pun boleh..hihihi..yang penting...lembut macam tesco punya taw.ececeh..serius tak tipu!!

Dah 6 kali saya buat cuti sekolah baru ni..

Ok resepi ni mak mertua saya ajar taw. Since mak dah pencen so banyak la join aktiviti kat taman dengan geng tadarus dia..macam-macam resepi yang belajar. Kek ni pun salah 1 nya..

RESEPI KEK SPAN
--------------

Bahan-bahannya:

5 biji telur putih
1 tsp cream of tartar
Gula halus/gula castor 120gm
Tepung naik sendiri 120gm
Perisa(ikut cita rasa)
-3/4 sudu besar oren sunquick dibancuh dgn 4 sudu besar air
- air daun pandan(kalau susah beli je pandan paste)..untuk perisa ni wajib campur 1 sudu besar santan kotak taw

Caranya:

STEP 1
-----

Asingkan telur putih dan telur kuning dalam dua bekas yang berlainan.tak boleh termasuk sedikit pun kuning telur dalam putih..kalau tak kek span ni tak naik..(saya guna egg strainer, srnang asingkan)

STEP 2
------

Masukkan 60 gm gula ke dalam bekas telur putih dan 60gm lagi ke dalam bekas telur kuning

Masukkan juga cream of tartar ke dalam bekas telur putih

STEP 3
-----

Pukul adunan putih telur sehingga menjadi meringue..gunakan speed yang paling tinggi selama 5 minit tanpa henti.

Tadaaa...dah jadi. .cer terbalikkan adunan dan kira sampai 10..kalau adunan tak jatuh maksudnya meringue korang dah jadi. .Hihihi

Ketepikan sebentar..

STEP 4
-----

Pukul adunan kuning telur dan gula tadi menggunakan senduk..lebih kurang 5 minit.

Kemudian,  masukkan bancuhan perisa korang (saya guna oren).Kacau sebentar.

STEP 5
-----
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati..

STEP 6

Kemudian masukkan  pula 3 sudu besar minyak jagung ke dalam adunan. Kacau sehingga adunan menjadi sekata.

STEP 6

Sementara tu, panaskan oven dulu sebelum buat yang seterusnya.  Suhu 165 selama 10 minit.

Last, masukkan adunan meringue tadi..kacau je hingga sekata...

Tuang ke dalam loyang..SIAP untuk dibakar! !

STEP 7
-----

After oven dah panas..bakar kek selama 30 minit.. masa dan suhu boleh adjust ikut kesesuaian oven masing-masing ye!!

Tips

Pastikan telur kuning tidak bercampur dengan telur putih

Telur yang digunakan mestilah pada suhu bilik..BUKAN telur daripada peti ais..

Means..bila korang beli telur letak kat luar ye..even korang keluar telur dari peti ais konon2 nak bagi sejuk..tetap tak jadi lembut..

So,  ikut je la k..Hihihi. jangan degil taw!! Kikiki..







 

6 Januari 2015

Persiapan Untuk Menyusu Bayi...

Bilakah kita patut bersiap untuk menyusu bayi? Sebaik saja mendapat khabar
mengandung? Selepas bayi dilahirkan? Seminggu sebelum cuti bersalin tamat? Ke tak payah prepare apa-apa, tunggu je dia lahir? 

Jawapannya-----------------------seawal mungkin! Sekarang!



Perkara-perkara yang diperlukan untuk menyusu bayi:


1. Payudara.






Mestilah kena ada. Kalau tak ada nak menyusu ikut mana?

Saiz? Bentuk puting? Saiz puting? Warna? Semua tu tak penting selagi anda ada
payudara. Sebab tu lah sesetengah orang memanggil penyusuan badan sebagai ‘menyusu dada’ bukan ‘menyusu payudara besar’ atau ‘menyusu puting’ dan dalam Bahasa Inggeris dipanggil ‘breastfeeding’ bukan ‘big-size-breast feeding’ ataupun ‘nipple feeding’.

Puting pendek ke, puting tenggelam ke, tak ada puting ke, semua tu boleh diatasi selagi anda ada payudara yang kembang meranum. Lelaki pun ada payudara jugak, tapi tak ada kaitan dengan perbincangan kita ni.


2. Azam dan keinginan.



Kalau tak ada keinginan, macamana nak ada perbuatan dan usaha kan. Dan anda telah menunjukkan keinginan itu semasa mula membaca entry ini. Syabas dan tahniah! Kalau anda tak ingin untuk BF pun tak apa, mana lah tahu
selepas membaca entry ni boleh terbuka pintu hati untuk BF kan. Kalau anda dah ada keinginan, sekarang, kuatkan keazaman untuk meneruskan semangat itu ya.


3. Keyakinan diri.



Mungkin anda pernah gagal, atau hilang bersemangat setelah melihat kegagalan
orang lain. Mungkin kakak anda tak ada susu, mungkin kawan baik anda kering susu lepas 3 bulan... Tapi ingatlah sekali gagal tak bermakna selamanya. Menyusukan anak sama macam benda lain juga, ada naik-turun, ada gagal-jaya. Kalau pernah gagal, kali ini anda mesti pupuk keyakinan untuk berjaya. Kalau anda tidak pernah berpengalaman, tak payah bazirkan sel otak, mencemarkan fikiran anda dengan perkara-perkara negatif! Malaysia boleh, anda boleh!

 Thomas Edison yang cipta mentol lamput tu pun pernah gagal juga, bukan 1 kali, bukan 10 kali, tapi 10,000 kali sebelum berjaya membuat sebiji mentol yang menerangi hidup anda tu. Memetik kata-kata beliau

 “Ramai orang yang gagal kerana tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan kejayaan di saat mereka menyerah”!

So, tolonglah jangan menyerah.



4. Ilmu.



Sesetengah orang berpendapat, kejayaan menyusukan anak bergantung kepada
nasib dan rezeki masing-masing. Betul, memang semuanya rezeki pemberian Tuhan Yang Maha Esa.

Tapikan, ingatlah yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang
melayang. Rezeki, memang betul. Tapi, rezeki adalah hasil dari kudrat dan usaha kita, bukannya turun mencurah-curah macam hujan kalau kita tak buat apa-apa. Kita nak makan hari-hari pun kena keluar bekerja cari duit, bukannya tiba-tiba datang sedulang makanan turun dari langit. Nabi pun kerja tau.


Sedangkan ibu angkat boleh menyusukan anak angkat, mengapa ibu yang
mengandung dan melahirkan anak tidak boleh?

Tapi anda kira bertuahlah sebab diberi ilham untuk mencari ilmu tentang penyusuan ibu. Gunakan ilmu ini sebaiknya untuk dicurahkan kepada yang lain pula ya.


5. Sokongan.




Ini merupakan faktor yang tak kurang pentingnya. Ada sesetengah orang, bila tiada atau kurang sokongan pun boleh menyebabkan mereka goyah dan akhirnya tak dapat teruskan penyusuan.

Sokongan ni bukan sahaja dari suami, keluarga dan rakan-rakan terdekat, malah dari ketua di pejabat, rakan-rakan sekerja dan masyarakat juga.



Antara langkah-langkah persiapan untuk menyusu bayi:


1. Membina hubungan dengan ibu menyusu lain.

Berhubung dan mengadakan close contact dengan rakan-rakan dan ibu menyusu yang lain, terutama yang ‘sama kapal’ dengan kita. Contohnya kalau bekerja, hubungi rakan yang sama-sama bekerja, jika surirumah sama-sama surirumah, jika pelajar sama-sama pelajar, dan sebagainya.

Ingat, ibu menyusu pun manusia juga, kadang-kadang, orang yang dalam situasi berbeza akan memberi pendapat yang tak sesuai dengan kita. Ye lah, orang yang  susu merudum semasa mengandung tak sama caranya dengan orang susu merudum masa period...
Untuk mendapatkan pendapat yang tak menyakitkan jiwa, dapatkan nasihat dari mereka yang mengalami situasi tersebut. Ye lah, kalau kita ada masalah supply sebab kes hormon, kadang-kadang konsep supply vs. demand tak boleh pakai.


2. Mengumpul maklumat dengan mengunjungi laman web, risalah, majalah, buku atau apa-apa sumber tentang penyusuan.

Sekarang ni banyak maklumat tentang BF boleh didapati di laman-laman web,
antaranya:

Malaysia:

www.momslittleones.com
www.susuibu.com
www.momschoice.com.my/blog
www.mamalink.com.my
www.ibufamily.org/lll.html
www.mymomsbest.com/

Antarabangsa:

www.llli.ord
www.breastfeeding.com
www.kellymom.com

Buku-buku tentang panduan penyusuan pun boleh didapati di kedai-kedai buku
berdekatan. Kalau tak mampu beli, pegi saja ke mana-mana klinik atau hospital yang baby-friendly, kalau tak ada kat mana-mana, minta dengan misi senaskhah risalah pasal BF.


3. Mendapatkan maklumat lengkap tentang hospital yang anda pilih untuk melahirkan.

Pilihlah untuk bersalin di hospital baby friendly (rakan bayi), ataupun kurang-kurang yang menyokong penyusuan ibu sejurus selepas melahirkan. Kalau tak pasti, tanyalah pada doktor atau misi yang memeriksa anda tu, samada hoppital tu menyokong BF atau tak.

Bincang dengan doktor anda tentang keputusan untuk menyusui sejurus selepas bayi dilahirkan walaupun anda bersalin secara pembedahan. Dapatkan maklumat sekiranya terdapat komplikasi sewaktu kelahiran, contohnya kelahiran pramatang.


4. Menghadiri kelas-kelas penyusuan.

Tanya dan cari maklumat tentang kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di tempat anda. Anda boleh mendapatkan maklumat ini daripada LC (Lactation Consultant) ataupun hospital rakan bayi yang berhampiran.


5. Bertemu LC (Lactation Consultant ) untuk mendapatkan maklumat yang betul tentang penyusuan.

Jangan malu nak kontek LC untuk dapatkan pertolongan. Merekalah orang terbaik untuk membantu anda. Kalau gagal menghubungi LC, hubungilah rakan-rakan anda yang mempunyai maklumat yang tepat tentang penyusuan. 

Siapa? 

Sudah tentu mereka yang telah berjaya menyusukan anak!


JANGAN!!!


1. Bertanya dan meminta nasihat daripada mereka yang gagal menyusui anak, kecuali jika mereka telah mengambil pengajaran dan berazam untuk menyusukan anak seterusnya, atau memiliki sudah ilmu tentang penyusuan ibu.

2. Menganggap BF adalah mudah dan tidak perlu belajar.

3. Memandang rendah pada ibu yang memberi bayinya FM kerana setiap ibu mahukan yang terbaik untuk bayinya.

2 Januari 2015

7 Faedah Penyusuan Kepada Ibu Menyusu


Kalau nak bercerita tentang faedah penyusuan memang banyak dan takkan habis-habis. Kebaikannya
bukan saja kepada anak, tapi juga ibu dan seluruh keluarga! 

Walaupun masyarakat kita kurang mengerti tentang kebaikan susu ibu ni, tapi bagi kita yang mengerti ni, tak ada lah benda lain yang lebih baik dari susu ibu kan.

Ia juga berfaedah dari segi bonding, mesra alam malah menjimatkan!


Faedah Penyusuan Kepada Ibu Menyusu.




  Mempercepatkan pengecutan rahim. Ibu menyusu menghasilkan hormon bagi mengecutkan rahim dan tindakan bayi menghisap susu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada keadaan asal, seperti sebelum mengandung. Semasa menyusu, anda akan rasa kontraksi di bahagian rahim, maknanya rahim anda sedang mengecutlah tu.


 Menurunkan berat badan. Penyusuan membakar kalori dalam badan ibu dan membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Kalau nak cepat kurus, susukan bayi anda!

 Mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti kanser buah dada,osteoporosis, artitis dan sebagainya. Penyusuan juga menyempurnakan ‘kitar hidup’ seorang ibu yang bermula dengan persenyawaan, kehamilan, kelahiran dan penyusuan. Macam tak lengkap pula kalau melahirkan, tapi tak menyusukan. Seperti mengandung tapi tak bersalin, tak best kan.

 Mengurangkan kerisauan pada ibu. Dalam keadaan krisis, samada kemarau ke, banjir ke, wabak taun ke, ibu tidak perlu bimbang tentang air yang tidak bersih, kesukaran mendapat FM dan sebagainya.

 Memudahkan. Bayi BF lebih mudah dibawa ke mana-mana. Tidak perlu menyediakan FM, botol, termos, dan sebagainya. BM juga tidak meninggalkan kesan pada pakaian, dan najis bayi BF berbau wangi!

 Mengurangkan stess. Kajian menunjukkan bayi menyusu badan kurang mendapat sakit. Jaga bayi yang sihat lebih menyeronokkan daripada menjaga bayi yang sakit, kan?

 Peluang menjadi ibu yang boleh memberi anaknya segala yang terbaik. Bayi baru lahir memerlukan kehangatan, makanan dan kasih sayang. Semuanya tersedia dalam pakej BF! Bila ibu yakin dapat memberi perlindungan terbaik pada bayi, ia boleh mengurangkan post-partum depression di kalangan ibu BF.


Happy Breastfeeding Mommy!!

All the best

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign