Assalamualaikum..
15 Januari 2015
Testimonial ALFAFA 18sx...
Assalamualaikum..
1001 Khasiat Alfafa
Sebab apa? kesannya cepat sangat..boleh dirasai seawal yang mungkin taw.
lelaki boleh mkn tak??anak dara boleh makan tak? Untuk makluman dan pengetahuan korang Alfalfa ni Lelaki Pompuan boleh makan.. no problem takda masalah bagi jantina...
Saya pun share dengan suami..hihi
- Membantu dalam masalah penghadaman dan pencernaan
- Melegakan sembelitTerkenal sbg purifier utk hati dan darah daripada bahan kimia dan logam
- Cuci buah pinggang, cuci kencing kotor
-Membuang angin dalam badan
- Menghilangkan kelesuan, keletihan
- Melegakan alergi dan ekzema
- Meneutralkan asid dlm badan
- Melegakan masalah keputihan
- Membantu masalah wanita yang sering 'kering' ketika bersama
- Milk Booster
- Melegakan urat selepas bersalin
- Memberi kelegaan semasa haid
- Membesarkan dan menegangkan payudara
- Mengurangkan resdung
- Merawat ulser
- Merawat athma
- Mengurangkan migrain
- Mengelakkan gastrik
- Sumber vitamin K (Mengurangkan pendarahan gusi dan hidung)
- Mengurangkan pengekalan air berlebihan dlm pundi kencing
- Merendahkan tahap kolestrol
- Menstabilkan paras gula dalam darah
- Mengatasi kesan sampingan kimoterapi
Antara 22 Kebaikan lain Alfalfa:
2)Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
3) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
4) Membantu membuang angin dalam badan.
5)Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.
6)Melegakan sakit sendi dan belakang
7)Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
8)Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shakleemengandungi minyak Peppermint
9)Memberi kelegaan semasa haid
10)Merawat arthitis
11)Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema
12)Mencuci usus bagi membuang toksik
13)Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
14)Meneutralkan asid dalam badan
15)Merawat masalah keputihan pada wanita
16)Membesar dan menegangkan payudara serta punggung
17)Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
18)Memulihkan urat selepas bersalin
19)Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
20)Meningkatkan stamina seorang suami
21)Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!!
22)Dan banyak lagi untuk disenaraikan…
Ada kesan sampingan tak?
Seperti semua produk herba, kesederhanaan adalah kunci untuk mengelakkan reaksi buruk. Sebagai contoh, penggunaan berlebihan alfalfa boleh menyebabkan kerosakan sel-sel darah merah, yang amat serius.
-Orang yang mengalami anemia
-pesakit SLE
-Pesakit Hyperthyroid
Jom Layan Testimoni
9 Januari 2015
Kek Span "Ibu Mertuaku"
Assalamualaikum...
Pernah tak Kawan-kawan makan kek span tesco? Saya yakin mesti ramai pernah kan..
Sebab lembut sangat kek tu..macam kapas..Hihihi
Lepas ni Korang tak payah risau lagi sebabnya senang ya amat nak buat kek ni..pejam mata pun boleh..hihihi..yang penting...lembut macam tesco punya taw.ececeh..serius tak tipu!!
Dah 6 kali saya buat cuti sekolah baru ni..
Ok resepi ni mak mertua saya ajar taw. Since mak dah pencen so banyak la join aktiviti kat taman dengan geng tadarus dia..macam-macam resepi yang belajar. Kek ni pun salah 1 nya..
RESEPI KEK SPAN
--------------
Bahan-bahannya:
5 biji telur putih
1 tsp cream of tartar
Gula halus/gula castor 120gm
Tepung naik sendiri 120gm
Perisa(ikut cita rasa)
-3/4 sudu besar oren sunquick dibancuh dgn 4 sudu besar air
- air daun pandan(kalau susah beli je pandan paste)..untuk perisa ni wajib campur 1 sudu besar santan kotak taw
Caranya:
STEP 1
-----
Asingkan telur putih dan telur kuning dalam dua bekas yang berlainan.tak boleh termasuk sedikit pun kuning telur dalam putih..kalau tak kek span ni tak naik..(saya guna egg strainer, srnang asingkan)
STEP 2
------
Masukkan 60 gm gula ke dalam bekas telur putih dan 60gm lagi ke dalam bekas telur kuning
Masukkan juga cream of tartar ke dalam bekas telur putih
STEP 3
-----
Pukul adunan putih telur sehingga menjadi meringue..gunakan speed yang paling tinggi selama 5 minit tanpa henti.
Tadaaa...dah jadi. .cer terbalikkan adunan dan kira sampai 10..kalau adunan tak jatuh maksudnya meringue korang dah jadi. .Hihihi
Ketepikan sebentar..
STEP 4
-----
Pukul adunan kuning telur dan gula tadi menggunakan senduk..lebih kurang 5 minit.
Kemudian, masukkan bancuhan perisa korang (saya guna oren).Kacau sebentar.
STEP 5
-----
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati..
STEP 6
Kemudian masukkan pula 3 sudu besar minyak jagung ke dalam adunan. Kacau sehingga adunan menjadi sekata.
STEP 6
Sementara tu, panaskan oven dulu sebelum buat yang seterusnya. Suhu 165 selama 10 minit.
Last, masukkan adunan meringue tadi..kacau je hingga sekata...
Tuang ke dalam loyang..SIAP untuk dibakar! !
STEP 7
-----
After oven dah panas..bakar kek selama 30 minit.. masa dan suhu boleh adjust ikut kesesuaian oven masing-masing ye!!
Tips
Pastikan telur kuning tidak bercampur dengan telur putih
Telur yang digunakan mestilah pada suhu bilik..BUKAN telur daripada peti ais..
Means..bila korang beli telur letak kat luar ye..even korang keluar telur dari peti ais konon2 nak bagi sejuk..tetap tak jadi lembut..
So, ikut je la k..Hihihi. jangan degil taw!! Kikiki..
6 Januari 2015
Persiapan Untuk Menyusu Bayi...
mengandung? Selepas bayi dilahirkan? Seminggu sebelum cuti bersalin tamat? Ke tak payah prepare apa-apa, tunggu je dia lahir?
Jawapannya-----------------------seawal mungkin! Sekarang!
Perkara-perkara yang diperlukan untuk menyusu bayi:
1. Payudara.
Antara langkah-langkah persiapan untuk menyusu bayi:
1. Membina hubungan dengan ibu menyusu lain.
Berhubung dan mengadakan close contact dengan rakan-rakan dan ibu menyusu yang lain, terutama yang ‘sama kapal’ dengan kita. Contohnya kalau bekerja, hubungi rakan yang sama-sama bekerja, jika surirumah sama-sama surirumah, jika pelajar sama-sama pelajar, dan sebagainya.
Ingat, ibu menyusu pun manusia juga, kadang-kadang, orang yang dalam situasi berbeza akan memberi pendapat yang tak sesuai dengan kita. Ye lah, orang yang susu merudum semasa mengandung tak sama caranya dengan orang susu merudum masa period...
Untuk mendapatkan pendapat yang tak menyakitkan jiwa, dapatkan nasihat dari mereka yang mengalami situasi tersebut. Ye lah, kalau kita ada masalah supply sebab kes hormon, kadang-kadang konsep supply vs. demand tak boleh pakai.
antaranya:
Malaysia:
www.momslittleones.com
www.susuibu.com
www.momschoice.com.my/blog
www.mamalink.com.my
www.ibufamily.org/lll.html
www.mymomsbest.com/
Antarabangsa:
www.llli.ord
www.breastfeeding.com
www.kellymom.com
Buku-buku tentang panduan penyusuan pun boleh didapati di kedai-kedai buku
berdekatan. Kalau tak mampu beli, pegi saja ke mana-mana klinik atau hospital yang baby-friendly, kalau tak ada kat mana-mana, minta dengan misi senaskhah risalah pasal BF.
3. Mendapatkan maklumat lengkap tentang hospital yang anda pilih untuk melahirkan.
Pilihlah untuk bersalin di hospital baby friendly (rakan bayi), ataupun kurang-kurang yang menyokong penyusuan ibu sejurus selepas melahirkan. Kalau tak pasti, tanyalah pada doktor atau misi yang memeriksa anda tu, samada hoppital tu menyokong BF atau tak.
Bincang dengan doktor anda tentang keputusan untuk menyusui sejurus selepas bayi dilahirkan walaupun anda bersalin secara pembedahan. Dapatkan maklumat sekiranya terdapat komplikasi sewaktu kelahiran, contohnya kelahiran pramatang.
4. Menghadiri kelas-kelas penyusuan.
Tanya dan cari maklumat tentang kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di tempat anda. Anda boleh mendapatkan maklumat ini daripada LC (Lactation Consultant) ataupun hospital rakan bayi yang berhampiran.
5. Bertemu LC (Lactation Consultant ) untuk mendapatkan maklumat yang betul tentang penyusuan.
Jangan malu nak kontek LC untuk dapatkan pertolongan. Merekalah orang terbaik untuk membantu anda. Kalau gagal menghubungi LC, hubungilah rakan-rakan anda yang mempunyai maklumat yang tepat tentang penyusuan.
Siapa?
Sudah tentu mereka yang telah berjaya menyusukan anak!
JANGAN!!!
1. Bertanya dan meminta nasihat daripada mereka yang gagal menyusui anak, kecuali jika mereka telah mengambil pengajaran dan berazam untuk menyusukan anak seterusnya, atau memiliki sudah ilmu tentang penyusuan ibu.
2. Menganggap BF adalah mudah dan tidak perlu belajar.
3. Memandang rendah pada ibu yang memberi bayinya FM kerana setiap ibu mahukan yang terbaik untuk bayinya.