VITAMIN MAMA DANISH: Sakitnya Bengkak Susu

21 Disember 2014

Sakitnya Bengkak Susu


Bagi ibu-ibu yang bersalin mesti pernah alami kan? 

Sekurang-kurangnya sekali. Betul tak? 

Pertama kali saya kena bengkak susu selepas bersalin. Masa tu saya masih di hospital. Selepas saya dioperate, saya tak boleh bangun lagi sebab pening. Baby pula still kat nurse. so, tak dapat la bagi susu kat baby lagi.

kebetulan keesokkannya pagi2 lagi ada seorang makcik datang tanya, "Sapa nak urut susu?" Saya terus setuju. tak sangka lak ada service urut bergerak..hihi

Tengaharinya  selepas diurut,saya dapat rasakan breast saya dah mula berdenyut2 dan bengkak.Sakitnya, tuhan ja taw. Breast membengkak semacam ja. maklum la 1st time jadi mommy..hihi..petangnya baru la dapat jumpa baby. Terus saya ambil dan susukan baby.kekok rasanya dengan keadaan yang tak selesa dan sakit.alhamdulillah, rasa lega sikit sakit tu. breast dah kemek cikit..hahaha

Melalui apa yang saya baca semasa mengandung, kita kena kerapkan kosongkan payudara untuk elakkan bengkak susu. Sebab tu saya cuba praktikkan susukan baby sepenuhnya semasa berada 4 hari di hospital. langsung tak bagi susu formula(memang dah niat nak susukan sepenuhnya).tak beli pun wat stok.memang tawakal habis.

Mak saya ada pesan, bengkak susu tak boleh buat main. sebab ada yang sampai demam taw.Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak.Tetapi jangan risau. Walau seteruk manapun bunyinya, keadaan ini hanya sementara. 



Apa Itu Bengkak Susu

Bengkak Susu ialah keadaan payudara yang mengeras,tegang, membengkak, rasa panas dan sakit bila disentuh.


Punca Bengkak Susu
  • Bengkak Susu ialah pembengkakan payudara yang disebabkan oleh pengembangan dan tekanan yang berlaku dalam kelenjar susu. Selalunya ia berlaku pada minggu-minggu awal kelahiran tetapi ramai juga Ibu Menyusu yang mengalaminya walaupun bayi dah besar.

  • Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak. 

  • Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras

  • Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda.





Bagaimana Nak Rawat Payudara Bengkak dan Sakit?


Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu: 



  • Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.



  • Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!


  • Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.



  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.





  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.



  • Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

  • Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.



4 TIPS "MUDAH" DARI SAYA
  • Kerap kosongkan payudara samaada guna pam atau pun tangan (teknik marmet). Best buat marmet ni kadang2 guna pam susu masih ada lagi sisa yang tak keluar. so, marmet ni akan bantu tambahkan kuantiti susu yang dipam.
  • Tengok gambar baby comel anda supaya susu mudah keluar. ini semua ada kaitan dengan hormon kita ye. kalau kepala tengah stress, susah la susu nak keluar.
  • Urut/tuam dengan tuala panas sebelum urut.ini untuk lancarkan perjalanan darah dan urat-urat susu supaya tak bersimpul.
  • Telan 3 biji LECITHIN



Eh, macam mana plak LECITHIN boleh tolong masalah bengkak susu ni?
Menurut Kelly Bonyata yang merupakan IBCLC (International Board Certified Lactation Consultant);
“Lecithin has been recommended to combat recurrent plugged ducts. The usual recommended dosage for recurrent plugged ducts is 3600-4800 mg lecithin  per day, or 1 capsule (1200 milligram) 3-4 times per day. After a week or two with no blockage, mom can reduce the dosage by one capsule. If there is no blockage within another 2 weeks she can reduce it again by one. Mom may need to continue taking 1-2 capsules per day if stopping the lecithin leads to additional plugged ducts.”






Sebiji lecithin mengandungi 530mg lecithin. Sebab tulah saya makan 3 biji lecithin malam tu. Dan lepas ni..of course lecithin adalah first aid kit saya ;)
Tak rugi tau makan lecithin ni..







COD Area: Kupang - Baling - Tawar - Kuala Ketil
Call/Whatsapp/Sms : 013-5074833
Facebook: Nisak Abu Hasan


Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign