VITAMIN MAMA DANISH: 10 SEBAB KENAPA PERLU DETOKS?

25 Disember 2014

10 SEBAB KENAPA PERLU DETOKS?

Anda pernah detoks??? Tahu tak apa yang di maksudkan dengan detoks? 

Detoksifikasi merupakan satu proses secara psikologi dan perubatan untruk mencuci toksid dalam mikroorganisma hidup, termasuklah tubuh badan manusia.
Dari segi perubatan, ia bermakna proses mengeluarkan bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan perubahan tidak baik yang berlaku pada tubuh seseorang. 
Proses detoksifikasi membantu mengeluarkan toxin, memberikan khasiat dan nutrisi untuk tubuh, dan membantu mengelakkan dari jangkitan kuman serta meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan. 




Kenapa perlu Detox?

1 . Keluarkan toxin

Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toxin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toxin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK!.. errkkk. Patutlah kulit makin kusam & kasar.. 

2. Mengelakkan penyakit kronik

Toxin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toxin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit..

3. Menguatkan sistem imun

Semakin banyak pencemaran dan toxin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.

4. Mengurangkan berat badan

Toxin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toxin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.



5. Melambatkan kesan penuaan

Detoksifikasi akan menghalang radical bebas dan berbagai logam  dan toxin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.

6. Meningkatkan kualiti hidup

Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toxin dan pencemaran yang . Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.

7. Tingkatkan tenaga

Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga..  

8. Membaiki tahap kesihatan kulit

Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut..



9. Menyihatkan minda dan emosi

Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.

10. Memperbetulkan semula sistem tubuh

Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toxin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.
Credit :  sihatgojes 
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign