VITAMIN MAMA DANISH: 7 Item Asas Penyusuan Yang Wajib Dimiliki

24 Mac 2016

7 Item Asas Penyusuan Yang Wajib Dimiliki


Susu ibu adalah makanan terbaik buat si manja kerana mengandungi pelbagai khasiat.Penyusuan susu ibu secara eksklusif amat digalakkan tanpa mencampurkan bahan lain seperti air kosong atau susu formula.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia sekurang-kurangnya 2 tahun, beberapa kelengkapan asas dan peralatan sokongan diperlukan.

Boleh beli mengikut bajet ibu ya kerana banyak pilihan yang ada dan ini merupakan pelaburan untuk masa depan memandangkan kos yang dikeluarkan hanya sekali seumur hidup. 

Ibu juga boleh baca 13 Perkara Ibu Perlu Tahu Tentang Penyusuan Susu Ibu Eksklusif


1. Pam payudara

Terdapat dua jenis pam payudara, manual dan elektrik. 




Kebanyakan pakar laktasi menyarankan agar ibu-ibu menyusu menggunakan pam payudara yang boleh mengendalikan dua buah corong payudara {double pumping} bagi membolehkan ibu melakukan pengepaman berganda pada satu masa.Jenama pam bergantung kepada keperluan dan bajet disamping, keperluan pemerahan ibu. 

Jika waktu memerah sangat singkat, ibu bolehlah memilih pam elektrik berganda. Jika ibu sering keluar pejabat, pam jenis bateri, USB atau manual lebih sesuai kerana boleh beroperasi tanpa punca elektrik.

Ibu perlu membuat pembelian bijak dengan mengambil kira harga bersesuaian dengan spesifikasi rekaan, mudah digunakan atau dibawa dan mempunyai jaminan daripada syarikat pengeluar.


2.Coli menyusu



Of course, coli menyusu penting untuk daya sokongan yang baik.Pilih coli yang diperbuat daripada kain lembut seperti kain kapas.Elakkan membeli coli berdawai kerana ia boleh menyebabkan saluran susu tersumbat.


3. Pelapik payudara




Pelapik payudara {breast pad} juga perlu untuk menyerap lelehan susu ibu dan mengelakkan pakaian basah atau kotor disebabkan oleh kesan tompokan lelehan susu ibu.


4. Botol dan liner plastik untuk penyimpanan





Pilih botol yang bebas bahan Bisphenol A {BPA }
Mempunyai saiz 5 0z, berleher lebar dan tidak terlalu kecil.Ini supaya ibu mudah untuk memegang botol ketika mengepam.Ibu juga perlu pilih liner plastik yang bebas BPA. Penggunaan liner akan mengurangkan penggunaan ruang kerana boleh dileperkan atau ditindan ketika dibekukan di dalam freezer.

5. Beg pendingin dan pek ais



Pek ais yang baik boleh sejukkan beg pendingin selama 12 jam.Beli 3 pek ais yang boleh dimuatkan dalam beg pendingin bersaiz sederhana. Jika beg bersaiz besar, ibu mungkin memerlukan lebih 3 pek ais.Pek ais ini membantu untuk menjamin suhu dalam beg menjadi sejuk dan susu juga tidak rosak.Bekukan ais selepas pulang ke rumah supaya ia beku dan ready untuk digunakan pada esoknya.


6. Poncho menyusu aka nursing cover



Ibu memerlukan poncho menyusu ketika mengepam di pejabat.Selain itu, poncho boleh digunakan ketika penyusuan di kawasan awam seperti shopping kompleks, taman dan sebagainya


7. Pakaian penyusuan



Pakaian penyusuan yang sesuai memudahkan proses penyusuan dan pemerahan.Dapatkan koleksi pakaian menyusu yang mempunyai ruangan bukaan tertentu bagi membolehkan si kecil menyusu atau mengepam dengan selesa.

Untuk ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif perlu dapatkan items ini. Mudah-mudahan si baby mendapat khasiat susu ibu dan terus membesar sebagai champion!


Semoga Bermanfaat.
Happy Breastfeeding Mommy!









Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign