VITAMIN MAMA DANISH: Sembelit Semasa Berpantang - Bagaimana Nak Atasinya?

6 Mac 2016

Sembelit Semasa Berpantang - Bagaimana Nak Atasinya?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Sembelit ibarat mimpi ngeri buat ibu-ibu yang baru melahirkan anak.  Terutamanya buat ibu-ibu yang bersalin secara normal. Risau jahitan bersalin terbuka menyebabkan ibu-ibu tidak berani meneran untuk membuang air besar.


Adakah Membuang Air Besar Lepas Bersalin Menyakitkan?

Lazimnya tidak. Anda mungkin mendapati bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas. Ini adalah disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran.Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi sangat di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.

Perasaan takut akan membuatkan anda rasa lebih tak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot apabila yang paling diperlukan adalah otot mengendur.

Kenapa Ibu Menghidapi Sembelit Selepas Melahirkan Bayi?

Adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru mengalami kelewatan ini. Anda mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospital. Dan tentulah anda akan bimbang jika terdapatjahitan dan lebam. Ini semua bermakna anda boleh menghidapi konstipasi (sembelit) dalam beberapa hari selepas melahirkan anak.

Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:

★Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.

★Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.

★Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.

Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:

♡anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;

♡anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;

♡anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;

♡anda mendapat jahitan.


Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Atasi Sembelit?

1)Kebiasaannya doktor mungkin mengesyorkan ubat julap. Julap adalah berguna dan selamat untuk mendapatkan kelegaan jangka pendek. Ia bertindak dengan merangsang ritma natural usus anda, tapi boleh menyebabkan kekejangan perut. Selalunya doktor anda akan mengesyorkan julap cecair untuk diminum sebagai langkah pertama.

Jika ini kurang berkesan menjelang tiga atau empat hari, supositori atau enema pakai buang yang kecil boleh membantu. Adalah penting bagi anda meminta doktor mempreskripsikan julap, dan tidak membelinya sendiri di kedai, sebab keperluan anda bergantung kepada samada anda mengambil ubat-ubat lain, atau jika anda menyusu badan.

2)Makan pada masa yang tetap dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan minumlah banyak cecair.

3) Anda juga boleh amalkan pil kalsium shaklee iaitu Ostematrix. Berpantang kali pertama (2013) dan kali kedua sekarang (2016) menggunakan ostematrix ternyata tiada sembelit seperti yang diceritakan oleh rakan-rakan. Masa ni lah saya tahu yang Ostematrix bagus untuk melembutkan najis, sekaligus buat kita langsung tak sembelit.





Ostematrix mengandungi Magnesium yang bertindak melembutkan najis. Bila najis lembut, senang lah nak membuang, kan?

4) Untuk kesan yang lebih optimum, boleh amalkan sekali Alfalfa.


Alfalfa ni bagus untuk melawas dan menyahtoksik tubuh kita.

Kedua jenis Vitamin ini boleh diambil oleh semua golongan termasuk ibu, lelaki dan warga emas.

Bonus untuk ibu menyusu, susu bertambah banyak sebab Ostematrix dan Alfalfa ni “milk booster”. Tapi kalau anda bukan ibu menyusu, jangan risau, susu tak datang. Susu hanya akan banyak kalau kita perah dengan kerap, “milk booster” hanya membantu dan bukan faktor utama.

Bukan saya sorang je tau yang berpengalaman gini. Meh saya kongsikan pengalaman kawan-kawan saya bersama Ostematrix.







Eksklusif hanya untuk yang buat belian dari saya, saya akan sertakan sekali cara makan Ostematrix yang betul dan berkesan untuk anda.

Hubungi saya untuk order sekarang!







Credit sumber: diaryofmuhammad, sihatcomelceria.com, babycenbabycenter.com
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign