VITAMIN MAMA DANISH: Baby Asyik Menyusu Je 24 Jam...Susu Tak Cukup Ke?

7 Mac 2016

Baby Asyik Menyusu Je 24 Jam...Susu Tak Cukup Ke?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kerap kali saya menerima persoalan seperti di atas dari ibu-ibu menyusu.

KES:

Biasanya ibu yang baru bersalin dan sedang berpantang, baby terlalu kerap menyusu, asyik nak melekap saja..sepanjang masa! Sampaikan si ibu ni dah letih dan mula berfikir " susu aku ni tak cukup ke? " atau " baby tak cukup kenyang ke" ..yelah, asyik nak menyusu saja. Banyak persoalan seperti susu tidak keluar, susu tiada kerana bayi asyik menangis dan mahu menyusu sepanjang masa! Akhirnya, jalan pintas ialah bancuh SUSU FORMULA dan legaaa..barulah baby tidur lena kekenyangan.

Betul ke macam tu ?

Jawapannya

1) Baby baru lahir memang macam tu, memang nak melekap sahaja dengan ibu, bukan sahaja untuk menyusu, tapi dia selesa dipeluk, kerana apa yang dia tahu hanya menangis dan menghisap. Sebab dulu dalam rahim kan sempit dan sunyi je, so dia baru nak belajar sesuaikan diri di alam dunia yang luas seluasnya ni..jadi menyusu dan berada di dada ibu memberi ketenangan pada bayi.

2) Normal untuk bayi menyusu dengan kerap 8-12 kali sehari. Susu ibu ni lebih cepat hadam, saiz molekul susu ibu yang kecil dan halus memudahkan penyerapan kerana usus dan perut bayi yang belum matang, jadinya baby cepat lapar balik. Bayi sememangnya MENYUSU DENGAN KERAP kerana saiz perut bayi yang kecil dan susu ibu terhasil pula cukup-cukup saiz perut bayi itu. Malah, ketika ini, bayi baru lahir saiz perutnya sebesar guli, kapasiti 5-7 ml muat muat je dengan kolostrum yang terhasil pula 5-7ml juga dan bayi pula perlukan lebih kurang 25 minit untuk menghisap kolostrum sebanyak 1 sudu teh itu !!

3)Cara nak tau baby kenyang / susu ibu cukup ke tak?

Tengok pada najis baby, kalau baby poo poo 5-6 hari sekali dan warnanya kekuningan terang tu, maksudnya baby memang dah cukup kenyang la tu.Juga tengok pada pertambahan berat. Kalau berat baby bertambah, oklah.

4)Juga, kenapa baby yang minum susu formula tidur lena?

Sebab susu formula susah dihadam. Ini sebab usus baby masih belum matang dan penghadaman baby terpaksa "bekerja keras " untuk hadamkan susu formula tersebut.Atas sebab itu baby jadi letih dan tidur lama.Susu formula bagi bayi tidur lena?

Boleh rujuk sini:-

http://kellymom.com/nutrition/starting-solids/solids-sleep

Cara nak pastikan baby kenyang dengan susu ibu

https://www.breastfeeding.asn.au/bfinfo/my-baby-getting-enough-milk

Simbolik saiz perut bayi dan susu yang dihasilkan





Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Happy Breastfeeding!

Credit sumber: aisyah-alyahya.blogspot.com



Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign