Lamanya tak update blog lepas bersalin ritu. Dah penuh bersawang..jenuh nak cuci..huhuhu
Baby pun nak masuk 7 bulan dah. Mama excited bila baby dah start makan. Lagi excited bila baby tak menolak langsung sebarang makanan yang diberi.hihihi
Ni masa mula-mula bagi try puri apple. sampai masuk dagu dalam mangkuk kecik tu.hihihi |
Mama start perkenalkan baby makan masa nak masuk 6 bulan. sebabnya asyik berlaku cubaan merampas makanan ja dari baby.hahaha
Semua baby tau kan, perut baby masih kecil. Pemberian puri buah-buahan adalah yang terbaik untuk memperkenalkan makanan pejal yang pertama kepada baby. Mama pun tak mau ketinggalan dalam memberikan nutrisi yang terbaik kepada baby. Tambahan pula mama dah berpengalaman semasa anak pertama dulu.
Di bawah ni adalah carta pemakanan mengikut umur bayi anda :
Buat ibu-ibu yang pertama kali nak memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, tentu tertanya-tanya bagaimana cara nak sediakan puri buah-buahan atau sayur-sayuran
Semestinya puree tersebut adalah makanan yang bertekstur halus. Terpulang nak blender atau lenyek bergantung kepada jenis buah-buahan atau sayur-sayuran. Sekiranya buah-buahan atau sayur-sayuran yang agak keras, seeloknya ia distimkan atau direbus terlebih dahulu untuk melembutkannya. Mama lebih suka stim untuk mengekalkan khasiat dan nutriennya.
Antara puri yang mama buat...
-Epal
-Pisang
-Kurma
-Kurma
-Kentang
-Pir
-Keledek
-Kiwi
-Avocado
Ini gambar yang sempat snap.hihihi
Ini gambar yang sempat snap.hihihi
Puri Avocado |
Puri Keledek.. yang sebelah tu bento abang Danish..hihi |
Puri Kiwi |
Puri Pisang |
Since baby dah start nak masuk 7 bulan, mama nak start nak bagi bubur nasi pulak.
Untuk permulaan ni, mama start dengan bubur nasi + carrot +kurma.
Carrot dan kurma tu mama buat stok frozen siap-siap. Letak dalam ice kiub camni. Nanti senang bila nak guna, just amik 1/kiub dan campurkan dengan bubur nasi.
Next entry, mama share lagi ye cara nak sediakan stok puri frozen.
Salam Sayang,
Mama Nisak
Pengedar Shaklee Baling
013-5074833