VITAMIN MAMA DANISH: penyusuan susu ibu

Memaparkan catatan dengan label penyusuan susu ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyusuan susu ibu. Papar semua catatan

19 Februari 2017

1000++ ounce STOK EBM SEMASA BERPANTANG

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Waktu berpantang adalah waktu terbaik bagi ibu bekerja mengumpul stok EBM. Ini memudahkan ibu apabila naik bekerja selepas tamat tempoh berpantang.

Tak semua ibu dikurniakan rezeki susu yang banyak dan mencurah-curah. Tetapi ibu perlu berusaha untuk merangsang penghasilan susu seawal selepas bersalin.

Pengalaman menyusukan anak pertama memudahkan saya mengumpul stok EBM bagi anak kedua. Segala ilmu diaplikasikan sepenuhnya dan hasilnya cukup lumayan buat anak.

Saya berjaya mengumpul stok EBM 1000++ounce buat anak syurga saya. Berkat saya berjaga siang malam mengepam tanpa jemu. Sebabnya itu saja tips yang berkesan untuk banyakkan susu selain dari mengambil supplement dan berurut.

Nak tau apa kaedah yang saya gunakan?

Saya gunakan kaedah tendum nursing untuk mengumpul stok EBM.

APA ITU TENDUM NURSING?



Tandem Nursing adalah salah satu kaedah atau teknik untuk membanyakkan susu ibu. Ia dilakukan secara sebelah payudara bayi menyusu dan sebelah lagi mengepam atau menyusukan 2 anak atau lebih yang bukan kembar dalam satu masa. Teknik ini juga boleh diaplikasikan jika bersalin kembar.

Tapi bagaimana pula jika bayi yang baru lahir terpaksa berkongsi susu badan bersama kakak/abang yang sudah pun menginjak umur dua tahun atau lebih.Sebenarnya tiada salah langsung menyusu anak-anak secara tandem.

Malahan lebih banyak manfaat serta kebaikan yang diperolehi. Antaranya:

★Berkongsi kebaikan/nutrisi susu badan 
★Melatih anak yang lebih tua untuk bersabar dan beralah kerana ibu perlu utamakan si adik
★Anak yang lebih tua tidak merasa tersisih dengan kehadiran ahli keluarga baru
★Hubungan antara adik-ibu-abang/kakak lebih rapat
★Kedua-dua anak yang tandem mempunyai antibodi yang tinggi dan sukar dijangkiti penyakit
★Lebih banyak susu yang akan terhasil dapat mengelakkan masalah bengkak susu
★Mengelakkan bayi tersedak akibat fast flow kerana laluan di payudara sudah pun ada ketika menyusukan anak

Bagi ibu ibu bekerjaya, teknik ini paling sesuai dimulakan sejak dalam tempoh berpantang kerana ketika tempoh tersebut, saat mengepam adalah limited disebabkan kita seharian bersama bayi yang menyusu kan. Namun, Tandem Pumping ini harus diteruskan setelah masuk kerja dimana kita lakukan setelah berada di rumah pada waktu malam.

Memang Tandem Pumping ini agak sukar buat pertama kali kerana kita perlu  handle dua payudara serentak antara bayi dan breastpum. Tapi saya ada tips menarik dan mudah untuk ibu ibu laksanakan Tandem Pumping ini. Saya namakan Tips Manis bertandem pumping.. Manis ke? hihi.. yg dah buat selami dia tahu.. semanisss kurma gitu! ;)


Tips MANIS bertandem pumping ;)




1.       Ibu duduk bersandar dalam keadaan selesa

2.      Lunjurkan kaki kedepan

3.      Letak bantal untuk support baby (pilih samada anda selesa baby disebelah tangan kanan atau kiri)

4.      Jika anda memilih baby menyusu sebelah kanan, pegang pam di sebelah tangan kiri anda dan begitu sebaliknya

5.      Sambil baby menyusu dan mengepam tu, tenung wajah baby anda (method ini dipanggil grooming) lihatla betapa COMEL nya baby anda. Cara ini secara tidak langsung akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu..senyumlah sambil mengusap2 ubun kepalanya sambil berzikir Nama Allah, Ya Mattinn.

6. Seronoknya teknik ini apabila anda dapat melihat mana satu yg berhenti/selesai dahulu samada baby anda kenyang (berhenti menyusu) atau botol pum yg penuh dulu.

7.      Rilex dan berfikiran positif


Amalkan selalu kaedah ini, insyaallah lama lama tandem pumping anda akan menjadi mudah..& ianya membantu penghasilan susu yg banyak! Alah bisa tegal biasakan ;)

Pastikan badan ibu ibu sihat makan makanan penuh nutrisi untuk hasilkan susu ibu ISTIMEWA BERNUTRISI untuk si comel anda hokey!

Teruskan Penyusuan kerana Penyusuan itu Sunnah..

Penyusuan memang memenatkan. Boleh dapatkan supplement Shaklee dari saya sebagai ikhtiar membantu ibu sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang menjayakan penyusuan susu ibu.

Dapatkan konsultansi PERCUMA dari saya.

24 Mac 2016

7 Item Asas Penyusuan Yang Wajib Dimiliki


Susu ibu adalah makanan terbaik buat si manja kerana mengandungi pelbagai khasiat.Penyusuan susu ibu secara eksklusif amat digalakkan tanpa mencampurkan bahan lain seperti air kosong atau susu formula.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia sekurang-kurangnya 2 tahun, beberapa kelengkapan asas dan peralatan sokongan diperlukan.

Boleh beli mengikut bajet ibu ya kerana banyak pilihan yang ada dan ini merupakan pelaburan untuk masa depan memandangkan kos yang dikeluarkan hanya sekali seumur hidup. 

Ibu juga boleh baca 13 Perkara Ibu Perlu Tahu Tentang Penyusuan Susu Ibu Eksklusif


1. Pam payudara

Terdapat dua jenis pam payudara, manual dan elektrik. 




Kebanyakan pakar laktasi menyarankan agar ibu-ibu menyusu menggunakan pam payudara yang boleh mengendalikan dua buah corong payudara {double pumping} bagi membolehkan ibu melakukan pengepaman berganda pada satu masa.Jenama pam bergantung kepada keperluan dan bajet disamping, keperluan pemerahan ibu. 

Jika waktu memerah sangat singkat, ibu bolehlah memilih pam elektrik berganda. Jika ibu sering keluar pejabat, pam jenis bateri, USB atau manual lebih sesuai kerana boleh beroperasi tanpa punca elektrik.

Ibu perlu membuat pembelian bijak dengan mengambil kira harga bersesuaian dengan spesifikasi rekaan, mudah digunakan atau dibawa dan mempunyai jaminan daripada syarikat pengeluar.


2.Coli menyusu



Of course, coli menyusu penting untuk daya sokongan yang baik.Pilih coli yang diperbuat daripada kain lembut seperti kain kapas.Elakkan membeli coli berdawai kerana ia boleh menyebabkan saluran susu tersumbat.


3. Pelapik payudara




Pelapik payudara {breast pad} juga perlu untuk menyerap lelehan susu ibu dan mengelakkan pakaian basah atau kotor disebabkan oleh kesan tompokan lelehan susu ibu.


4. Botol dan liner plastik untuk penyimpanan





Pilih botol yang bebas bahan Bisphenol A {BPA }
Mempunyai saiz 5 0z, berleher lebar dan tidak terlalu kecil.Ini supaya ibu mudah untuk memegang botol ketika mengepam.Ibu juga perlu pilih liner plastik yang bebas BPA. Penggunaan liner akan mengurangkan penggunaan ruang kerana boleh dileperkan atau ditindan ketika dibekukan di dalam freezer.

5. Beg pendingin dan pek ais



Pek ais yang baik boleh sejukkan beg pendingin selama 12 jam.Beli 3 pek ais yang boleh dimuatkan dalam beg pendingin bersaiz sederhana. Jika beg bersaiz besar, ibu mungkin memerlukan lebih 3 pek ais.Pek ais ini membantu untuk menjamin suhu dalam beg menjadi sejuk dan susu juga tidak rosak.Bekukan ais selepas pulang ke rumah supaya ia beku dan ready untuk digunakan pada esoknya.


6. Poncho menyusu aka nursing cover



Ibu memerlukan poncho menyusu ketika mengepam di pejabat.Selain itu, poncho boleh digunakan ketika penyusuan di kawasan awam seperti shopping kompleks, taman dan sebagainya


7. Pakaian penyusuan



Pakaian penyusuan yang sesuai memudahkan proses penyusuan dan pemerahan.Dapatkan koleksi pakaian menyusu yang mempunyai ruangan bukaan tertentu bagi membolehkan si kecil menyusu atau mengepam dengan selesa.

Untuk ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif perlu dapatkan items ini. Mudah-mudahan si baby mendapat khasiat susu ibu dan terus membesar sebagai champion!


Semoga Bermanfaat.
Happy Breastfeeding Mommy!







21 Mac 2016

9 KAEDAH BANYAKKAN SUSU IBU


Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Susu ibu merundum? Mesti risau kan bila bekalan susu badan semakin kurang. Tidak dinafikan, penghasilan susu ibu ini bergantung kepada “demand and supply” dan set minda si ibu. Harus fikir yang positif ya ibu-ibu.

Namun begitu, kadang-kadang mami memerlukan makanan yang serasi dengan badan agar membantu meningkatkan lagi penghasilan susu. Stress, letih dan banyak faktor lain menghalang penghasilan susu badan.

Terdapat beberapa kaedah meningkatkan penghasilan susu ibu :

1# Kacang Tanah




★Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus.
★Kandungan protein dalam kacang tanah adalah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya.
★Bagi menambahkan penghasilan susu badan, mami digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.


2# Susu


★Seelok-eloknya mami perlu banyakkan minum susu.
★Ambil 3 hingga 4 hidangan sehari.

3# Halba



★Cuci halba bersih-bersih kemudian keringkan dan simpan dalam bekas tertutup.
★Untuk menggunakannya, rendam 1 sudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit.
★Selepas 15 minit, tapis dan minum airnya.


4# Daun sirih




★Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih.
★Kemudian, layurkan pada api sehingga layu.
★Setelah suam, tekapkan pada payudara.
★Lakukan ini setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.


5# Longan kering




★Untuk meningkatkan penghasilan susu ibu, rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang.
★Kemudian, minum airnya.


6# Daun betik muda




★Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda.Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih.
★Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.


7# Bunga melur dan daun pucuk manis



★Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus.
★Tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi.
★Mami harus cuci bersih kawasan payudara sebelum menyusukan bayi.


8# Lobak putih



★Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana.Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil.
★Selepas itu, kisar sehingga halus.
★Campurkan dengan segelas air suam.Minum sebanyak 2 kali sehari.


9# Nasi panas, halia muda dan air masam




★Makan nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan campurkan dengan air asam.

Mudah-mudahan kaedah ini membantu mami banyakkan susu ibu. Tapi perlu ingat, minum air secukupnya kerana jika air kurang maka kuranglah susu badan.


Sumber: aveheart.com
























18 Februari 2016

25 Istilah Penyusuan Yang Ibu Menyusu Perlu Tahu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Kali ni nak share istilah-istilah penyusuan yang ibu menyusu perlu tahu. Masa 1st baby dulu, terpinga-pinga jugak tentang istilah ni semua. Walaupun dah pergi kelas penyusuan dan juga dari pembacaan di google masih tak faham-faham.

Lama-kelamaan dah biasa dengan semua istilah ni. Semuanya perlu dipelajari secara perlahan-lahan dan cuba hadamkan.Ok, jom kita kenali satu persatu ye!

1) BF: Breastfeeding

2)Laktasi:Keseluruhan proses menyusu susu ibu

3)Prolaktin: Hormon yang meningkatkan pengeluaran susu ibu

4)EBM: Expressed Breast Milk

5)FM:Formula Milk

6)Marmet: Teknik perahan susu menggunakan tangan

7)Pumping/ Mengepam: Proses mengeluarkan susu menggunakan pam

8)Tandem pumping: Teknik perahan atau pengepaman sambil menyusukan bayi

9)Power pumping: Teknik pengepaman kedua belah susu selama beberapa minit setiap sebelah sesecara bergilir berterusan sehingga ke satu jam proses dilakukan

10)Demand and Supply: Konsep ada permintaan susu dari bayi@apabila breast dikosongkan, maka akan adalah juga bekalan susu berdasarkan permintaan bayi atau susu baru berdasarkan ruang kosong tersebut.

11)Milkbooster: Agen/ sebarang pemakanan yang membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu

12)Fresh EBM: Susu ibu yang baru diperah

13)Chilled EBM: Susu ibu yang telah diperah dan disejukkan(bukan beku)

14)Frozen EBM: Susu ibu yang telah dibekukan

15)Lekapan: Cara puting susu ibu dimasukkan ke mulut bayi

16)Penyusuan Ekslusif/ Exclusive Breastfeeding:Bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa susu formula atau air.

17)Penyusuan Penuh/ Full Breastfeeding: Bayi mendapat susu ibu bersama makanan lain dan air tetapi tanpa susu formula atau susu alternatif yang lain.

18)Penyusuan Separa/ Half Breastdfeeding: Bayi diberi susu ibu bersama makanan tambahan lain

19)Penyusuan Lanjutan/ Extended Breastfeeding:Bayi masih diberi susu ibu setelah melebihi usia 2 tahun

20)Direct Feeding: Penyusuan secara terus dengan ibu

21)Bottle Feeding: Penyusuan menggunakan botol susu

22)Suction: Hisapan susu bayi

23)Stimulation: Stimulasi atau rangsangan terhadap puting susu

24)Relaktasi: Proses menyambung semula penyusuan susu ibu setelah berhenti seketika untuk suatu tempoh.

25)Areola: Kawasan berwarna gelap pada puting susu ibu

Sumber :mauceriasokmo.blogspot

Salam sayang,
Nisak
SID 1117698
013-5074833


17 Februari 2016

Cara Uruskan Stok Perahan Susu Ibu ( EBM )


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Lama tak update entry terbaru. Baru saja lepas bersalin dan sekarang tengah berpantang hari ke 8. Alhamdulillah.. belanja gambaq baby 1.hihi




Macam biasa, bila berpantang inilah masa yang sesuai untuk mak tang membuat stok susu apabila kembali bekerja nanti. 1st baby dulu mak tang berjaya kumpul stok susu yang banyak dan berjaya susukan baby dengan susu ibu sepenuhnya hingga 2 tahun.
Jadi kali ni mak tang akan teruskan jugak perjuangan penyusuan penuh susu ibu.

Seringkali mak tang dapat pertanyaan dari kawan-kawan di facebook dan sebagainya macam mana nak uruskan stok susu. Nampak macam leceh ja sebab nak kena label bagai, lepas pam tu nak bekukan terus ke macam mana dan macam-macam lagi.

Ok, oleh kerana dah ada pengalaman untuk 1st baby jadi bolehla berkongsi serba sedikit ilmu yang ada.Mak tang belajar dari google, kawan-kawan dan ada jugak join klas sebelum bersalin 1st baby.


CARA SIMPAN STOK PERAHAN SUSU


Alatan dan aksesori yang perlu adaa


1) Selepas tamat sesi mengepam susu, pastikan anda labelkan tarikh dan masa. Ini umemudahkan anda track "expiry" stok susu tersebut. Selain itu memudahkan anda untuk membekalkan stok susu kepada pengasuh. (Gunakan konsep FIFO). Susu yang disimpan awal (First In)akan digunakan dulu (First Out) mengikut tarikh yang dilabel.



2) Simpan stok susu dalam botol mengepam terus atau pindahkan susu tadi plastik liner atau bekas plastik dadih. Saya lebih suka gunakan plastik liner  kerana ia menjimatkan ruang peti sejuk. Melainkan anda ada peti sejuk khas untuk menyimpan stok perahan.





3) Gambar di bawah menunjukkan panduan ringkas cara penyimpanan susu perahan.
Credit tu naturavitamina untuk gambar tersebut.


♡Selepas mengepam, anda boleh membiarkan susu perahan tersebut pada suhu bilik sehingga 3 jam sahaja.

♡Simpan susu tersebut di bahagian chiller (sejuk)terlebih dahulu. Jangan dibekukan terus.  Ia bagi mengelakkan susu terkejut disebabkan perubahan suhu. Susu di bahagian sejuk hanya bertahan sehingga 4-5 hari. Sekiranya susu tidak digunakan dalam tempoh tersebut, ianya hendaklah dipindahkan ke bahagian beku.

♡Susu di bahagian beku boleh bertahan dengan lebih lama mengikut jenis peti sejuk anda.
   
       ★Peti sejuk 1 pintu - susu beku hanya boleh bertahan sehingga 1 bulan
       ★Peti sejuk 2 pintu - susu beku hanya boleh bertahan sehingga 3 bulan.
       ★Deep Freezer - susu beku hanya boleh bertahan sehingga 6 bulan atau lebih.


MENGEPAM DI TEMPAT KERJA/HOTEL

Ibu bekerjaya terpaksa mencari masa terluang untuk mengepam susu. Ini bagi mengelakkan payudara anda bengkak susu dan penghasilan susu ibu berkurang disebabkan anda tidak mengosongkan payudara anda. Tuntutan kerja jugak menyebabkan anda terpaksa menginap di mana-mana hotel. Jadi itu bukan alasan untuk anda tidak melakukan aktiviti mengepam susu.


1) Pastikan anda sentiasa bawa cooler bag (Beg Penyejuk) dan Ice Brick/Ice Pack


   
      ★Sekiranya anda mengepam di tempat kerja atau outstation di hotel mana-mana,      simpan susu perahan dalam cooler bag yang diisi dengan ice brick.

       ★Susu yang disimpan dalam cooler bag boleh bertahan sehingga 12 jam.

       ★Ice brick/ice pack perlu dibekukan terlebih dahulu srperti anda membuat air batu



Semoga perkongsian ini membantu ibu-ibu menjayakan Penyusuan Penuh Susu Ibu.
Happy Breastfeeding and Good Luck guys!


Salam Sayang,

Nisak
SID 1117698
013-5074833


VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign