VITAMIN MAMA DANISH: breastfeeding

Memaparkan catatan dengan label breastfeeding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label breastfeeding. Papar semua catatan

24 Mac 2016

7 Item Asas Penyusuan Yang Wajib Dimiliki


Susu ibu adalah makanan terbaik buat si manja kerana mengandungi pelbagai khasiat.Penyusuan susu ibu secara eksklusif amat digalakkan tanpa mencampurkan bahan lain seperti air kosong atau susu formula.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia sekurang-kurangnya 2 tahun, beberapa kelengkapan asas dan peralatan sokongan diperlukan.

Boleh beli mengikut bajet ibu ya kerana banyak pilihan yang ada dan ini merupakan pelaburan untuk masa depan memandangkan kos yang dikeluarkan hanya sekali seumur hidup. 

Ibu juga boleh baca 13 Perkara Ibu Perlu Tahu Tentang Penyusuan Susu Ibu Eksklusif


1. Pam payudara

Terdapat dua jenis pam payudara, manual dan elektrik. 




Kebanyakan pakar laktasi menyarankan agar ibu-ibu menyusu menggunakan pam payudara yang boleh mengendalikan dua buah corong payudara {double pumping} bagi membolehkan ibu melakukan pengepaman berganda pada satu masa.Jenama pam bergantung kepada keperluan dan bajet disamping, keperluan pemerahan ibu. 

Jika waktu memerah sangat singkat, ibu bolehlah memilih pam elektrik berganda. Jika ibu sering keluar pejabat, pam jenis bateri, USB atau manual lebih sesuai kerana boleh beroperasi tanpa punca elektrik.

Ibu perlu membuat pembelian bijak dengan mengambil kira harga bersesuaian dengan spesifikasi rekaan, mudah digunakan atau dibawa dan mempunyai jaminan daripada syarikat pengeluar.


2.Coli menyusu



Of course, coli menyusu penting untuk daya sokongan yang baik.Pilih coli yang diperbuat daripada kain lembut seperti kain kapas.Elakkan membeli coli berdawai kerana ia boleh menyebabkan saluran susu tersumbat.


3. Pelapik payudara




Pelapik payudara {breast pad} juga perlu untuk menyerap lelehan susu ibu dan mengelakkan pakaian basah atau kotor disebabkan oleh kesan tompokan lelehan susu ibu.


4. Botol dan liner plastik untuk penyimpanan





Pilih botol yang bebas bahan Bisphenol A {BPA }
Mempunyai saiz 5 0z, berleher lebar dan tidak terlalu kecil.Ini supaya ibu mudah untuk memegang botol ketika mengepam.Ibu juga perlu pilih liner plastik yang bebas BPA. Penggunaan liner akan mengurangkan penggunaan ruang kerana boleh dileperkan atau ditindan ketika dibekukan di dalam freezer.

5. Beg pendingin dan pek ais



Pek ais yang baik boleh sejukkan beg pendingin selama 12 jam.Beli 3 pek ais yang boleh dimuatkan dalam beg pendingin bersaiz sederhana. Jika beg bersaiz besar, ibu mungkin memerlukan lebih 3 pek ais.Pek ais ini membantu untuk menjamin suhu dalam beg menjadi sejuk dan susu juga tidak rosak.Bekukan ais selepas pulang ke rumah supaya ia beku dan ready untuk digunakan pada esoknya.


6. Poncho menyusu aka nursing cover



Ibu memerlukan poncho menyusu ketika mengepam di pejabat.Selain itu, poncho boleh digunakan ketika penyusuan di kawasan awam seperti shopping kompleks, taman dan sebagainya


7. Pakaian penyusuan



Pakaian penyusuan yang sesuai memudahkan proses penyusuan dan pemerahan.Dapatkan koleksi pakaian menyusu yang mempunyai ruangan bukaan tertentu bagi membolehkan si kecil menyusu atau mengepam dengan selesa.

Untuk ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif perlu dapatkan items ini. Mudah-mudahan si baby mendapat khasiat susu ibu dan terus membesar sebagai champion!


Semoga Bermanfaat.
Happy Breastfeeding Mommy!







11 Disember 2015

INFO PENYUSUAN : Euww. .Adik tak mahu susu disimpan!






"Resah seorang ibu apabila anaknya Amani berusia 3 bulan sudah tidak mahu susu perahan yang disimpan lama. Masakan tidak si ibu terpaksa membuang stok susu lama yang sudah tamat tempoh. Hanya susu yang diperah segar dan menyusu terus menjadi pilihan Amani."

Adakah situasi ini biasa berlaku kepada anda dan bagaimana mengatasinya?
Saya sendiri pernah mengalaminya.  Jom ikuti panduan yang disediakan.

Ada sesetengah bayi cerewet untuk meminum susu perahan yang disimpan dalam peti sejuk untuk tempoh masa yang lama. Ada yang mengatakan ia berbau lalu menjadikan si manja menolak. Apakah puncanya dan apakah yang boleh dilakukan?

Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, pakar laktasi IBCLC, susu yang masam dan berbau sabun perlulah dielakkkan daripada diberikan kepada bayi kerana ia sudah rosak dan dikhuatiri memudaratkan kesihatan si manja.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA OLEH IBU

1) Bekas Penyimpanan

★Pastikan susu disimpan dalam bekas   penyimpanan susu perahan yang sesuai.
★Material terbaik ialah bekas plastik gred makanan yang bebas bisphenol A.
★Plastik biasa tidak mampu mengekalkan nutrien dan bahan antibodi.
★Bertukarlah kepada plastik liner khas untuk susu perahan.


2) Cara Kendalian

★Jika anda pasti anda tidak akan menggunakan susu yang diperah dalam masa lima hingga lapan hari, maka terus bekukan selepas perah.
★Gunakan secepat mungkin selepas dicairkan dalam masa 24 jam
★Susu yang terdedah lama kepada suhu bilik yang panas memang lekas rosak
★Rasa dahulu susu sebelum memberikannya kepada si manja kerana ia boleh mengurangkan penolakan.
★Pastikan susu disimpan dalam beg pendingin yang cukup sejuk bagi mengelakkan susu mudah masam. Kuantiti pek ais perlulah seimbang dengan saiz beg pendingin supaya susu kekal sejuk sebelum dipindahkan ke peti sejuk di rumah.





3) Periksa Peti Sejuk

★Suhu peti sejuk memainkan peranan penting dan perlu mengekalkan suhu 3 darjah celcius hingga 7 darjah celcius supaya susu mampu bertahan selama lapan hari
★Periksa bahagian compressor kerana ia mungkin rosak dan menyebabkan suhu di dalam peti sejuk menjadi tinggi.
★Pastikan juga peti sejuk dan tempat pembeku anda tertutup rapat
★Pastikan botol susu penyimpanan atau plastik liner tertutup sempurna supaya susu tidak menyerap bau makanan di dalamnya.
★Simpan di bahagian belakang peti sejuk, bukan di depan atau pada pintu.
★Elakkkan daripada kerap membuka dengan lama kerana suhu dalamannya boleh meningkat.

4) Kebersihan

★Jika susu berbau sabun, besar kemungkinan botol atau perkakas tidak dibersihkan dengan bersih
★Anda juga disarankan menggunakan pencuci botol gred makanan untuk membersihkan botol, corong pam payudara, puting dan botol penyimpanan susu perahan.
★Bilas lebih lama untuk menghilangkan bau
★Jangan sesekali menggunakan sabun biasa kerana ia boleh menyebabkan botol menjadi berminyak.



5) Pemakanan Ibu

★Mama juga perlu meneliti gaya pemakanan dengan mengelakkan makanan tertentu, contohnya produk tenusu
★Elakkan makanan yang berbau seperti petai, durian atau cempedak kerana ia boleh mempengaruhi bau dan rasa susu yang diperah.





TIP KURANGKAN PENOLAKAN SUSU PERAHAN

☆Latih anak menyusu botol empat hari sebelum mula kerja
☆Pada hari pertama, hantar bayi bersama pengasuh selama 2 jam. Puratanya, dalam 2 jam, bayi akan minum 2.5 oz - 3.5 oz susu (bagi bayi berusia 2 bulan)
☆Dalam masa yang sama tingkatkan jumlah jam dan jumlah botol susu perahan yang ditinggalkan
☆Anda perlu mengelakkan memberi susu botol ketika di rumah bersama bayi kerana ini boleh membuatkan bayi menolak
☆Anda perlulah bertenang dan jauhi kerisauan kerana hal ini mungkin akan menyebabkan trauma kepada bayi.
 























10 Oktober 2014

MENGAPA SUSU IBU?

gambar : ihsan google


Susu ibu bukan hanya susu, tapi makanan yang lengkap dengan segala keperluan yang
diperlukan oleh seorang anak.

Sekian lama, kebanyakan ibu-ibu di kalangan kita atau generasi sebelum kita (mak-mak kita
lah) , telah dibutakan dengan ‘kebaikan’ susu formula yang mengandungi pelbagai khasiat
dan zat untuk tumbesaran bayi. Ye lah, kalau tengok iklan pun, susu formula kan ada DHA
lah, AA lah, SA la, prebiotik lah, pelindungan itu ini, dsb.

Malah susu ibu dikatakan pilihan orang miskin yang tidak mampu membeli susu. Ramai anggota masyarakat ragu-ragu dengan khasiat susu ibu. Malah susu ibu pernah dipinggirkan, dan ibu yang menyusukan anaknya juga dipandang dengan pandangan yang tidak menyenangkan.

Syukur kepada Tuhan, masyarakat hari ni telah kembali kepada fitrah ini, sedikit demi
sedikit. Semakin ramai ibu-ibu moden menyusukan bayinya. Maklumat tentang penyusuan
kini telah tersebar dengan meluas. Malah kerajaan telah menabalkan hospital-hospital awam sebagai ‘rakan bayi’ yang menggalakkan penyusuan ibu dan ‘melarang’ pemberian susu formula terutama kepada bayi baru lahir.


gambar : ihsan google


Sekarang pun ramai orang popular menyusukan anak, contohnya Wardina, Lis Dawati dan Nurul Izzah Anwar. Selebriti Hollywood yang seksi-seksi tu pun menyusukan anak mereka tau! Jessica Alba, Salma Hayek, Angelina Jolie pun BF anak mereka sampai 2 tahun lebih!

menyusu pun vouge aih..hihi
gambar : ihsan google




Keutamaan memberi susu ibu kepada bayi telah dinyatakan di dalam Al-Quran, 



Surah Al- Baqarah ayat 233 : 

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.

Maknanya, tempoh penyusuan yang disyorkan sekurang-kurangnya 2 tahun.

Malah di zaman Rasulullah SAW, bayi-bayi kota dihantar ke desa-desa untuk disusukan,
bukan diberi susu kambing yang amat banyak ketika itu.



VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign