VITAMIN MAMA DANISH: breastfeeding tips

Memaparkan catatan dengan label breastfeeding tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label breastfeeding tips. Papar semua catatan

4 Oktober 2016

TEKNIK MARMET BANYAKKAN SUSU IBU DENGAN CEPAT

Assalamualaikum..

hand-expressing1
Teknik memerah menggunakan tangan atau marmet


Dah lama rasanya tak update berkenaan penyusuan susu ibu. Hari ni terasa nak share tentang TEKNIK MARMET. Mesti ada mommy yang tertanya-tanya apa itu marmet? Hahaha..Jangan risau, saya juga seperti anda suatu ketika dulu. Hihihi. 

Saya terjebak dengan teknik marmet ni masa 1st baby dulu. Masa tu puting jadi luka sebab tak pandai susukan baby dengan betul. Makanya, nak gunakan pam susu memang sakit ya amat. Sekali pam siap keluar darah sekali. Susu dah jadi macam air bandung sebab bercampur darah.huhuhuhu

Bila sakit nak pam, breast jadi bengkak dan saya terkena bengkak susu yang teruk. Masa tu la baru nak belajar teknik ni.
Google dan youtube menjadi penyelamat. Tak sangka marmet sangat best dan seronok bila kita tau cara yang betul. Malah, hasil marmet boleh dapat sama macam kita guna pam. Alhamdulillah sangat.


APA ITU TEKNIK MARMET?


Actually, teknik marmet ini adalah teknik pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata tanpa menggunakan alatan lain terutama pam. Jika teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, ianya dapat mengosongkan kilang susu dan mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding pam.

Nak tahu kenapa?

Sebab ada "sentuhan kulit ke kulit" yang dapat merangsang  penghasilan susu.Teknik marmet ini jika tidak diamalkan dengan cara yang betul boleh merosakan aliran-aliran susu pada payudara. So, jom belajar teknik yang betul !!!


CARA MELAKUKAN TEKNIK MARMET


Perkara pertama sebelum memulakan teknik marmet adalah melakukan urutan terlebih dahulu bagi memastikan proses perahan berjalan lancar. 


MENGURUT 



✎ Pastikan tangan anda dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Kemudian, tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Seterusnya, urutlah payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut : 

MassageDengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan. 

Stroke > Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh ‘menyikat’ payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola 

Shake >  Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membantu meransang pengeluaran susu ibu 



MEMERAH


Langkah 1

1) Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah aerola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara) memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payu dara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 64. Letak ibu jari diatas areola, jari telunjuk dan jari tengah dibawah areola.




2)  Tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi

3) Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas

4) Ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan





5) kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9,8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5,4,3, 2 dan1. Lakukan gerakan memerah sama seperti langkah 1-4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya

6) Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpan yang bersih

7) Beralihlah ke payu dara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara. (Saya buat selang-seli bila tangan dah lenguh)




Langkah 2

Melancarkan aliran susu


Tolak dan golek
Tolak dan golek



tolak dan gentel
Golek dan gentel bahagian aerola bagi mempercepatkan LDR


1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain  

2) Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu 


Elakkan pergerakan ini!


 marmet 5

 Jangan picit puting payu dara. Ini akan menyebabkannya lebam 
✘ Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payu dara 
✘ Jangan geselkan tangan anda ke payu dara kerana boleh menyebabkannya melecet  

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit – 30 minit. Perah setiap sebelah payudara antara 5- 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3 – 5minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payu dara Cubalah praktikkannya! InsyaAllah banyak membantu. 

Apa yang ditunjukkan di atas adalah asas dalam teknik marmet. Sekiranya anda sudah lama menggunakan teknik ini, anda akan bertemu formula sendiri untuk mempercepatkan pengeluaran susu, LDR dengan kerap sekaligus meningkatkan hasil tuaian susu. Anda pasti teruja dan jatuh cinta bila susu memancut mancut dan berbuih halus dalam botol. 

Pastikan anda juga jaga menjaga mengamalkan 5 asas penyuusan iaitu minum air kosong dengan banyak, makan makanan berkhasiat, rehat yang secukupnya, menjaga demand & supply dan berdoa agar dicukupkan susu sehingga anak berumur 2 tahun. Anda boleh ambil apa-apa suplemen untuk menampung sebarang kekurangan pada dalam badan.

4 ounce jugak dapat dalam masa 15 minit. Alhamdulillah.

 Ni hasil marmet kelmarin. Kes tertinggal pam susu di rumah. Breast dah bengkak. Makanya lari sekejap ke rumah pengasuh. Pinjam bekas nak isi susu.hihihi. Kebetulan pulak terlupa petangnya ada tuisyen, jadi stok susu untuk anak tak cukup. Haa..bolehlah bekalkan stok perahan marmet ni untuk baby. Mudah kan? Saya selalu gunakan teknik marmet ini waktu kecemasan, macam kes tertinggal pam kelmarin dan juga selepas perah guna pam. Contohnya, dah perah guna pam dapat 4 ounce, jadi nak penuhkan botol supaya dapat 5 ounce..makanya teknik marmet digunakan. Sebabnya masih ada lagi sisa susu yang tak berjaya dikeluarkan menggunakan pam susu.


Senangkan teknik marmet ini? Sudah belajar so boleh lah mommies cuba!!!


Happy Breastfeeding Mommies!

credit : mamaqaireen,healthyvitagarden

Nisak
Pengedar Shaklee Baling
0135074833

















24 Mac 2016

7 Item Asas Penyusuan Yang Wajib Dimiliki


Susu ibu adalah makanan terbaik buat si manja kerana mengandungi pelbagai khasiat.Penyusuan susu ibu secara eksklusif amat digalakkan tanpa mencampurkan bahan lain seperti air kosong atau susu formula.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia sekurang-kurangnya 2 tahun, beberapa kelengkapan asas dan peralatan sokongan diperlukan.

Boleh beli mengikut bajet ibu ya kerana banyak pilihan yang ada dan ini merupakan pelaburan untuk masa depan memandangkan kos yang dikeluarkan hanya sekali seumur hidup. 

Ibu juga boleh baca 13 Perkara Ibu Perlu Tahu Tentang Penyusuan Susu Ibu Eksklusif


1. Pam payudara

Terdapat dua jenis pam payudara, manual dan elektrik. 




Kebanyakan pakar laktasi menyarankan agar ibu-ibu menyusu menggunakan pam payudara yang boleh mengendalikan dua buah corong payudara {double pumping} bagi membolehkan ibu melakukan pengepaman berganda pada satu masa.Jenama pam bergantung kepada keperluan dan bajet disamping, keperluan pemerahan ibu. 

Jika waktu memerah sangat singkat, ibu bolehlah memilih pam elektrik berganda. Jika ibu sering keluar pejabat, pam jenis bateri, USB atau manual lebih sesuai kerana boleh beroperasi tanpa punca elektrik.

Ibu perlu membuat pembelian bijak dengan mengambil kira harga bersesuaian dengan spesifikasi rekaan, mudah digunakan atau dibawa dan mempunyai jaminan daripada syarikat pengeluar.


2.Coli menyusu



Of course, coli menyusu penting untuk daya sokongan yang baik.Pilih coli yang diperbuat daripada kain lembut seperti kain kapas.Elakkan membeli coli berdawai kerana ia boleh menyebabkan saluran susu tersumbat.


3. Pelapik payudara




Pelapik payudara {breast pad} juga perlu untuk menyerap lelehan susu ibu dan mengelakkan pakaian basah atau kotor disebabkan oleh kesan tompokan lelehan susu ibu.


4. Botol dan liner plastik untuk penyimpanan





Pilih botol yang bebas bahan Bisphenol A {BPA }
Mempunyai saiz 5 0z, berleher lebar dan tidak terlalu kecil.Ini supaya ibu mudah untuk memegang botol ketika mengepam.Ibu juga perlu pilih liner plastik yang bebas BPA. Penggunaan liner akan mengurangkan penggunaan ruang kerana boleh dileperkan atau ditindan ketika dibekukan di dalam freezer.

5. Beg pendingin dan pek ais



Pek ais yang baik boleh sejukkan beg pendingin selama 12 jam.Beli 3 pek ais yang boleh dimuatkan dalam beg pendingin bersaiz sederhana. Jika beg bersaiz besar, ibu mungkin memerlukan lebih 3 pek ais.Pek ais ini membantu untuk menjamin suhu dalam beg menjadi sejuk dan susu juga tidak rosak.Bekukan ais selepas pulang ke rumah supaya ia beku dan ready untuk digunakan pada esoknya.


6. Poncho menyusu aka nursing cover



Ibu memerlukan poncho menyusu ketika mengepam di pejabat.Selain itu, poncho boleh digunakan ketika penyusuan di kawasan awam seperti shopping kompleks, taman dan sebagainya


7. Pakaian penyusuan



Pakaian penyusuan yang sesuai memudahkan proses penyusuan dan pemerahan.Dapatkan koleksi pakaian menyusu yang mempunyai ruangan bukaan tertentu bagi membolehkan si kecil menyusu atau mengepam dengan selesa.

Untuk ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif perlu dapatkan items ini. Mudah-mudahan si baby mendapat khasiat susu ibu dan terus membesar sebagai champion!


Semoga Bermanfaat.
Happy Breastfeeding Mommy!







21 Mac 2016

9 KAEDAH BANYAKKAN SUSU IBU


Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Susu ibu merundum? Mesti risau kan bila bekalan susu badan semakin kurang. Tidak dinafikan, penghasilan susu ibu ini bergantung kepada “demand and supply” dan set minda si ibu. Harus fikir yang positif ya ibu-ibu.

Namun begitu, kadang-kadang mami memerlukan makanan yang serasi dengan badan agar membantu meningkatkan lagi penghasilan susu. Stress, letih dan banyak faktor lain menghalang penghasilan susu badan.

Terdapat beberapa kaedah meningkatkan penghasilan susu ibu :

1# Kacang Tanah




★Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus.
★Kandungan protein dalam kacang tanah adalah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya.
★Bagi menambahkan penghasilan susu badan, mami digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.


2# Susu


★Seelok-eloknya mami perlu banyakkan minum susu.
★Ambil 3 hingga 4 hidangan sehari.

3# Halba



★Cuci halba bersih-bersih kemudian keringkan dan simpan dalam bekas tertutup.
★Untuk menggunakannya, rendam 1 sudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit.
★Selepas 15 minit, tapis dan minum airnya.


4# Daun sirih




★Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih.
★Kemudian, layurkan pada api sehingga layu.
★Setelah suam, tekapkan pada payudara.
★Lakukan ini setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.


5# Longan kering




★Untuk meningkatkan penghasilan susu ibu, rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang.
★Kemudian, minum airnya.


6# Daun betik muda




★Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda.Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih.
★Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.


7# Bunga melur dan daun pucuk manis



★Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus.
★Tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi.
★Mami harus cuci bersih kawasan payudara sebelum menyusukan bayi.


8# Lobak putih



★Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana.Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil.
★Selepas itu, kisar sehingga halus.
★Campurkan dengan segelas air suam.Minum sebanyak 2 kali sehari.


9# Nasi panas, halia muda dan air masam




★Makan nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan campurkan dengan air asam.

Mudah-mudahan kaedah ini membantu mami banyakkan susu ibu. Tapi perlu ingat, minum air secukupnya kerana jika air kurang maka kuranglah susu badan.


Sumber: aveheart.com
























7 Mac 2016

Baby Asyik Menyusu Je 24 Jam...Susu Tak Cukup Ke?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kerap kali saya menerima persoalan seperti di atas dari ibu-ibu menyusu.

KES:

Biasanya ibu yang baru bersalin dan sedang berpantang, baby terlalu kerap menyusu, asyik nak melekap saja..sepanjang masa! Sampaikan si ibu ni dah letih dan mula berfikir " susu aku ni tak cukup ke? " atau " baby tak cukup kenyang ke" ..yelah, asyik nak menyusu saja. Banyak persoalan seperti susu tidak keluar, susu tiada kerana bayi asyik menangis dan mahu menyusu sepanjang masa! Akhirnya, jalan pintas ialah bancuh SUSU FORMULA dan legaaa..barulah baby tidur lena kekenyangan.

Betul ke macam tu ?

Jawapannya

1) Baby baru lahir memang macam tu, memang nak melekap sahaja dengan ibu, bukan sahaja untuk menyusu, tapi dia selesa dipeluk, kerana apa yang dia tahu hanya menangis dan menghisap. Sebab dulu dalam rahim kan sempit dan sunyi je, so dia baru nak belajar sesuaikan diri di alam dunia yang luas seluasnya ni..jadi menyusu dan berada di dada ibu memberi ketenangan pada bayi.

2) Normal untuk bayi menyusu dengan kerap 8-12 kali sehari. Susu ibu ni lebih cepat hadam, saiz molekul susu ibu yang kecil dan halus memudahkan penyerapan kerana usus dan perut bayi yang belum matang, jadinya baby cepat lapar balik. Bayi sememangnya MENYUSU DENGAN KERAP kerana saiz perut bayi yang kecil dan susu ibu terhasil pula cukup-cukup saiz perut bayi itu. Malah, ketika ini, bayi baru lahir saiz perutnya sebesar guli, kapasiti 5-7 ml muat muat je dengan kolostrum yang terhasil pula 5-7ml juga dan bayi pula perlukan lebih kurang 25 minit untuk menghisap kolostrum sebanyak 1 sudu teh itu !!

3)Cara nak tau baby kenyang / susu ibu cukup ke tak?

Tengok pada najis baby, kalau baby poo poo 5-6 hari sekali dan warnanya kekuningan terang tu, maksudnya baby memang dah cukup kenyang la tu.Juga tengok pada pertambahan berat. Kalau berat baby bertambah, oklah.

4)Juga, kenapa baby yang minum susu formula tidur lena?

Sebab susu formula susah dihadam. Ini sebab usus baby masih belum matang dan penghadaman baby terpaksa "bekerja keras " untuk hadamkan susu formula tersebut.Atas sebab itu baby jadi letih dan tidur lama.Susu formula bagi bayi tidur lena?

Boleh rujuk sini:-

http://kellymom.com/nutrition/starting-solids/solids-sleep

Cara nak pastikan baby kenyang dengan susu ibu

https://www.breastfeeding.asn.au/bfinfo/my-baby-getting-enough-milk

Simbolik saiz perut bayi dan susu yang dihasilkan





Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Happy Breastfeeding!

Credit sumber: aisyah-alyahya.blogspot.com



26 Februari 2016

Bolehkah Campur Susu Perahan (EBM)?




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Persoalan yang saya terima kali ini ialah tentang mencampurkan 2 susu perahan pada 2 sesi perahan yang berbeza kerana tidak mahu membazir bekas dan tidak mahu membazir ruang dalam peti sejuk.

Tak semua ibu bernasib baik mendapat hasil  yang lumayan apabila mengepam susu. Kadang-kadang ada yang hanya mendapat 2 ounce sahaja setiap kali sesi mengepam. Ada jugak yang hanya dapat 1 ounce saja. Jadi rasa rugi bekas dan ruang peti sejuk untuk menyimpan.

3 kali sesi perahan

Bolehkah Susu Perahan Berlainan Sesi Dicampur Dalam Satu Bekas?

Sebenarnya boleh. Tetapi ada beberapa syarat yang mesti ibu patuhi sebelum mencampurkan kedua-dua susu yang diperah pada waktu berlainan ini.

★Tempoh perahan mestilah dalam 24 jam. Kalau susu semalam nak campur dengan yang hari ni, tak boleh ya.

★Suhu perahan itu perlu dipastikan mempunyai suhu yang sama atau hampir sama. Maksudnya susu yang baru diperah tidak boleh dicampur dengan susu yang sudah disejukkan.Jangan campurkan susu lebihan yang sudah diminum oleh bayi. Enzim dan bakteria daripada mulut bayi boleh merosakkan susu.

Tips Mencampur Susu Perahan

♡♡Contoh #1; Perah jam 8 pagi dapat 2 Oz., perah jam 12 tengahari dapat lagi 3Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.

♡♡Contoh #2: Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah tengahari tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu yang diperah tengahari tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur

Apabila kedua-dua susu tadi sama sejuk, barulah dicampur ke dalam 1 bekas (5 ounce). Labelkan tarikh dan masa (ikut masa perahan pertama iaitu 8 pagi.



Susu perahan saya yang dicampur dalam 1 bekas

Kenapa Perlu Pastikan Suhu Sama Sebelum Dicampurkan?


★Ini untuk memastikan nutrien dan khasiat susu tidak terjejas.
★Jadi, sia-sia sahaja kita menyimpan susu yang tiada khasiat. Takkan nak bagi pada baby jugak. Tak gitu?

Kebanyakan pakar laktasi tidak menggalakkan mencampur susu kerana dikhuatiri nutrien dalam susu akan berkurang jika suhunya tidak sama. Tapi tak bermakna ianya tak boleh diamalkan.

Secara logiknya, takkan la dapat 2 ounce terus nak simpan buat stok? Membazir ruang peti ais dan jugak sukar nak bagi baby minum.
Biasanya saya akan simpan dalam setiap bekas cukup-cukup untuk baby minum.

Semoga perkongsian ringkas ini membantu ibu-ibu ye!


















12 Disember 2015

Kenapa Susu Saya Kejap Cair, Kejap Nampak Pekat.


Dulu selalu tertanya-tanya..

Kadang-kadang bila perah susu, dapat susu pekat.Tapi kadang macam cair je walaupun dah pam dekat setengah jam. Kenapa tak pekat macam selalu? Rupa-rupanya susu ibu ada 2 peringkat iaitu foremilk dan hindmilk.

APA ITU FOREMILK DAN HINDMILK?




Foremilk adalah susu yang keluar dalam jangka masa 10 minit terawal, ianya kelihatan lebih cair sebab kandungannya terdiri dari air

Lepas tu, Hindmilk pulak akan keluar, Hindmilk lebih pekat sebab ia mengandungi protein dan lemak.

Kedua-dua jenis susu ni penting untuk baby.Untuk pastikan baby dapat foremilk dan hindmilk, pastikan baby menyusu sampai breast betul-betul kosong.

FAKTOR MEMPENGARUHI KEPEKATAN SUSU IBU

1)SUHU

Tahap kepekatan susu juga bergantung mengikut suasana persekitaran kita.Kalau suhu persekitaran ibu adalah panas, maka susu yang tubuh ibu hasilkan adalah cair sebab bertujuan nak sejukkan badan baby.Kalau suhu persekitaran ibu adalah sejuk, maka susu yang dihasilkan adalah lebih pekat sebab nak panaskan tubuh baby.

2)PROTEIN

Untuk dapatkan susu yang pekat, ibu perlukan pemakanan yang kaya dengan protein seperti ayam, ikan dan daging. Ibu juga digalakkan untuk amalkan minuman kesihatan seperti ESP Shaklee.



KENAPA ESP SHAKLEE?




ESP (Energising Soy Protein) adalah protein soya yang berkualiti tinggi.

Protein kacang soya adalah bebas dari lemak dan kolesterol, tidak seperti protein haiwan

Berdasarkan pengalaman sendiri, ternyata ESP bukan sahaja membantu menghasilkan susu yang lebih pekat, tapi juga bantu ibu untuk rasa lebih bertenaga dan cergas di samping mengawal rasa lapar ibu.

Ibu berpantang sangat kerap rasa lapar. Jadi, sangat berpuashati dan berbaloi minum ESP. Terbukti susu saya menjadi lebih pekat dan lemak berkrim. Baby juga lebih cepat kenyang.hihi


Perasan tak stok EBM saya yang kuning2 tu? Hasilnya selepas minum ESP.


Malah pengambilan ESP juga mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihat. Kesannya berat badan bayi mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran.



















11 Disember 2015

INFO PENYUSUAN : Euww. .Adik tak mahu susu disimpan!






"Resah seorang ibu apabila anaknya Amani berusia 3 bulan sudah tidak mahu susu perahan yang disimpan lama. Masakan tidak si ibu terpaksa membuang stok susu lama yang sudah tamat tempoh. Hanya susu yang diperah segar dan menyusu terus menjadi pilihan Amani."

Adakah situasi ini biasa berlaku kepada anda dan bagaimana mengatasinya?
Saya sendiri pernah mengalaminya.  Jom ikuti panduan yang disediakan.

Ada sesetengah bayi cerewet untuk meminum susu perahan yang disimpan dalam peti sejuk untuk tempoh masa yang lama. Ada yang mengatakan ia berbau lalu menjadikan si manja menolak. Apakah puncanya dan apakah yang boleh dilakukan?

Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, pakar laktasi IBCLC, susu yang masam dan berbau sabun perlulah dielakkkan daripada diberikan kepada bayi kerana ia sudah rosak dan dikhuatiri memudaratkan kesihatan si manja.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA OLEH IBU

1) Bekas Penyimpanan

★Pastikan susu disimpan dalam bekas   penyimpanan susu perahan yang sesuai.
★Material terbaik ialah bekas plastik gred makanan yang bebas bisphenol A.
★Plastik biasa tidak mampu mengekalkan nutrien dan bahan antibodi.
★Bertukarlah kepada plastik liner khas untuk susu perahan.


2) Cara Kendalian

★Jika anda pasti anda tidak akan menggunakan susu yang diperah dalam masa lima hingga lapan hari, maka terus bekukan selepas perah.
★Gunakan secepat mungkin selepas dicairkan dalam masa 24 jam
★Susu yang terdedah lama kepada suhu bilik yang panas memang lekas rosak
★Rasa dahulu susu sebelum memberikannya kepada si manja kerana ia boleh mengurangkan penolakan.
★Pastikan susu disimpan dalam beg pendingin yang cukup sejuk bagi mengelakkan susu mudah masam. Kuantiti pek ais perlulah seimbang dengan saiz beg pendingin supaya susu kekal sejuk sebelum dipindahkan ke peti sejuk di rumah.





3) Periksa Peti Sejuk

★Suhu peti sejuk memainkan peranan penting dan perlu mengekalkan suhu 3 darjah celcius hingga 7 darjah celcius supaya susu mampu bertahan selama lapan hari
★Periksa bahagian compressor kerana ia mungkin rosak dan menyebabkan suhu di dalam peti sejuk menjadi tinggi.
★Pastikan juga peti sejuk dan tempat pembeku anda tertutup rapat
★Pastikan botol susu penyimpanan atau plastik liner tertutup sempurna supaya susu tidak menyerap bau makanan di dalamnya.
★Simpan di bahagian belakang peti sejuk, bukan di depan atau pada pintu.
★Elakkkan daripada kerap membuka dengan lama kerana suhu dalamannya boleh meningkat.

4) Kebersihan

★Jika susu berbau sabun, besar kemungkinan botol atau perkakas tidak dibersihkan dengan bersih
★Anda juga disarankan menggunakan pencuci botol gred makanan untuk membersihkan botol, corong pam payudara, puting dan botol penyimpanan susu perahan.
★Bilas lebih lama untuk menghilangkan bau
★Jangan sesekali menggunakan sabun biasa kerana ia boleh menyebabkan botol menjadi berminyak.



5) Pemakanan Ibu

★Mama juga perlu meneliti gaya pemakanan dengan mengelakkan makanan tertentu, contohnya produk tenusu
★Elakkan makanan yang berbau seperti petai, durian atau cempedak kerana ia boleh mempengaruhi bau dan rasa susu yang diperah.





TIP KURANGKAN PENOLAKAN SUSU PERAHAN

☆Latih anak menyusu botol empat hari sebelum mula kerja
☆Pada hari pertama, hantar bayi bersama pengasuh selama 2 jam. Puratanya, dalam 2 jam, bayi akan minum 2.5 oz - 3.5 oz susu (bagi bayi berusia 2 bulan)
☆Dalam masa yang sama tingkatkan jumlah jam dan jumlah botol susu perahan yang ditinggalkan
☆Anda perlu mengelakkan memberi susu botol ketika di rumah bersama bayi kerana ini boleh membuatkan bayi menolak
☆Anda perlulah bertenang dan jauhi kerisauan kerana hal ini mungkin akan menyebabkan trauma kepada bayi.
 























6 Disember 2015

DOA DAN ZIKIR PERBANYAKKAN SUSU IBU

Assalamualaikum..

Selalu kita sebagai ibu dah puas berusaha untuk banyakkan susu ibu. Tapi kita terkadang lupa rezeki susu ibu ni datang dengan izin Allah SWT. Sebagai seorang muslimah, kita perlu percaya dengan kuasa doa dan zikir setelah berbagai usaha dan langkah yang diambil untuk banyakkan susu ibu.

Saya sendiri amalkan semasa sesi mengepam stok ebm dan semasa susukan anak saya. Alhamdulillah susu keluar dengan banyak dan murah rezeki susu untuk anak saya. Berjaya susukan secara penuh selama 2 tahun.

Antara doa dan zikir yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu comel di luar sana. Credit tu imuslimshop.com.













VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign