Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kali ni nak share istilah-istilah penyusuan yang ibu menyusu perlu tahu. Masa 1st baby dulu, terpinga-pinga jugak tentang istilah ni semua. Walaupun dah pergi kelas penyusuan dan juga dari pembacaan di google masih tak faham-faham.
Lama-kelamaan dah biasa dengan semua istilah ni. Semuanya perlu dipelajari secara perlahan-lahan dan cuba hadamkan.Ok, jom kita kenali satu persatu ye!
1) BF: Breastfeeding
2)Laktasi:Keseluruhan proses menyusu susu ibu
3)Prolaktin: Hormon yang meningkatkan pengeluaran susu ibu
4)EBM: Expressed Breast Milk
5)FM:Formula Milk
6)Marmet: Teknik perahan susu menggunakan tangan
7)Pumping/ Mengepam: Proses mengeluarkan susu menggunakan pam
8)Tandem pumping: Teknik perahan atau pengepaman sambil menyusukan bayi
9)Power pumping: Teknik pengepaman kedua belah susu selama beberapa minit setiap sebelah sesecara bergilir berterusan sehingga ke satu jam proses dilakukan
10)Demand and Supply: Konsep ada permintaan susu dari bayi@apabila breast dikosongkan, maka akan adalah juga bekalan susu berdasarkan permintaan bayi atau susu baru berdasarkan ruang kosong tersebut.
11)Milkbooster: Agen/ sebarang pemakanan yang membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu
12)Fresh EBM: Susu ibu yang baru diperah
13)Chilled EBM: Susu ibu yang telah diperah dan disejukkan(bukan beku)
14)Frozen EBM: Susu ibu yang telah dibekukan
15)Lekapan: Cara puting susu ibu dimasukkan ke mulut bayi
16)Penyusuan Ekslusif/ Exclusive Breastfeeding:Bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa susu formula atau air.
17)Penyusuan Penuh/ Full Breastfeeding: Bayi mendapat susu ibu bersama makanan lain dan air tetapi tanpa susu formula atau susu alternatif yang lain.
18)Penyusuan Separa/ Half Breastdfeeding: Bayi diberi susu ibu bersama makanan tambahan lain
19)Penyusuan Lanjutan/ Extended Breastfeeding:Bayi masih diberi susu ibu setelah melebihi usia 2 tahun
20)Direct Feeding: Penyusuan secara terus dengan ibu
21)Bottle Feeding: Penyusuan menggunakan botol susu
22)Suction: Hisapan susu bayi
23)Stimulation: Stimulasi atau rangsangan terhadap puting susu
24)Relaktasi: Proses menyambung semula penyusuan susu ibu setelah berhenti seketika untuk suatu tempoh.
25)Areola: Kawasan berwarna gelap pada puting susu ibu
Sumber :mauceriasokmo.blogspot
Salam sayang,
Nisak
SID 1117698
013-5074833
Sumber :mauceriasokmo.blogspot
Salam sayang,
Nisak
SID 1117698
013-5074833