Assalamualaikum..
Bulan Ramadan kini kembali..bulan ini juga mengimbau kenangan saya kembali bekerja selepas bersalin. Dalam masa yang sama, saya menyusukan anak saya sepenuhnya dengan susu ibu. Ia menjadi sedikit cabaran kerana ianya merupakan pengalaman pertama menyusukan anak di bulan puasa.
Di samping itu juga, saya juga terpaksa mencuri masa sewaktu bekerja untuk mengepam bagi memastikan STOK EBM saya sentiasa mencukupi.
Saya bernasib baik juga kerana saya telah membuat STOK EBM yang banyak sewaktu berpantang.
Stok EBM Waktu Pantang..lebih kurang 60 bekas yang berjumlah 180 ounce. |
Ok, Berbalik kepada tajuk kita, Bagaimana dengan Ibu Menyusu Berpuasa??
Puasa boleh menyebabkan ibu menyusu mengalami dehidrasi kerana kekerapan bayi menyusu setiap dua hingga tiga jam.Bagi ibu menyusu yang ingin berpuasa, jangan risau. Selagi keadaan ibu dan bayi sihat, ia tidak mendatangkan masalah. Namun jika dikhuatiri berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti kekurangan gizi, penghasilan susu yang berkurang, sakit dan lain-lain, anda tidak digalakkan berpuasa.
Paling penting ibu menyusu tetap makan tiga kali sehari dan secara disiplin mengambil makanan berkhasiat yang seimbang iaitu dengan komposisi 50 % karbohidrat, 30% protein dan 20 % lemak.
Usaha berikut dapat dilakukan untuk memastikan bahawa penghasilan susu selama ibu berpuasa tetap lancar dan berkualiti. Moga berkat susu ibu di bulan puasa si kecil anda kenyang dan membesar sihat.
1) Makanan Berkhasiat
Ibu yang sedang menyusui memerlukan tambahan sekitar 700 kalori per hari, iaitu 500 kalori diambil dari makanan ibu dan 200 kalori diambil dari cadangan lemak dalam tubuh ibu. Penting bagi ibu menyusui yang sedang berpuasa untuk mempertahankan pola makan tiga kali sehari dengan hidangan gizi seimbang ketika sahur, berbuka puasa dan menjelang tidur. Makan sahur akan menghasilkan tenaga yang berguna untuk aktiviti pada hari itu.
2) Banyak Minum Air
Minum air putih sebanyak 2 liter, ditambah dengan cecair lain seperti jus buah dan susu. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangi ancaman anemia bagi ibu menyusui. Berbuka puasa dengan minuman suam akan merangsang kelancaran susu bagi ibu menyusui.
3) Beristirehat
Merasa lemah ketika berpuasa adalah lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusui. Cuba beristirehat sejenak dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusui perlu mengetahui bahawa semakin sering payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu ibu semakin banyak. Jadi, bila selama puasa ibu tetap rajin menyusui, susu akan tetap lancar.
4) Pam dan Susui Dengan Kerap Pada Malam Hari
Kemungkinan penghasilan susu ibu akan berkurang pada siang hari. Oleh itu manfaatkan malam hari untuk mengepam susu dan menyusui semaksimum mungkin. Stok susu ibu diperah dapat digunakan pada siang hari.
5) Berbuka Bila Keadaan Tidak Mengizinkan.
Jangan memaksa diri untuk terus berpuasa bila ibu tidak berkemampuan atau merasa khuatir dengan kesihatan diri mahupun bayi. Anda boleh berbuka dengan kurma untuk mendapatkan kembali tenaga.
5) Berbuka Bila Keadaan Tidak Mengizinkan.
Jangan memaksa diri untuk terus berpuasa bila ibu tidak berkemampuan atau merasa khuatir dengan kesihatan diri mahupun bayi. Anda boleh berbuka dengan kurma untuk mendapatkan kembali tenaga..