VITAMIN MAMA DANISH: 5 RUTIN PULIH TUBUH SELEPAS MELAHIRKAN

8 Jun 2015

5 RUTIN PULIH TUBUH SELEPAS MELAHIRKAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera my blog readers..hihi

Sibuk sikit tak sempat update baru2 ni kenduri my cousin..so, hari ni nak share sikit tips dan cara pemakanan untuk kesihatan dan mengembalikan berat badan ideal selepas bersalin.

Bagi yang baru sahaja melahirkan anak pertama, perubahan bentuk tubuh menjadi kerisauan. Pastinya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan wanita.

Jom kita semak tips di bawah!! Mungkin berguna untuk anda.

1) Terus Menyusu


Cara paling cepat untuk mencapai berat ideal dan mengembalikan bentuk tubuh ialah rajinkan menyusu anak. Ini memang saya akui sebab saya sendiri dah rasainya. Apabila menyusu secara automatic anda menjaga pemakanan demi kesihatan bayi. Pastinya makanan yang diambil juga kurang berlemak, sejuk dan sebagainya. Jadi secara tidak langsung ia memberikan kebaikan kepada kesihatan dan mengembalikan bentuk tubuh asal anda.

2 ) Gunakan Bengkung



Jangan ambil mudah soal pemakaian bengkung. Pemakaian bengkung yang berterusan boleh mengecilkan otot-otot yang mengembang pada bahagian perut. Ada yang liat untuk memakai bengkung dengan alasan panas dan sebagainya.(Saya salah sorangnya yang malas, sebabnya saya ni czer..mana berani nak berbengkung..saya guna alfafa ja.hihi) Bagi anda yang mahu mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum hamil, rajinkan diri untuk memakai bengkung.

3) Kudapan


Jangan biarkan perut anda kosong. Tabiat suka mengunyah ada baiknya. Namun kunyah makanan yang berkhasiat contohnya buah-buahan dan bukannya snek seperti makanan ringan yang banyak bahan perisa. Apabila anda kerap mengambil buah-buahan, perut akan sentiasa kenyang dan membuatkan anda kurang mengambil makanan berat yang boleh menggemukkan badan.

4) Aktiviti Fizikal


Kebiasaannya selepas melahirkan,  anda tidak digalakkan melakukan aktiviti fizikal yang berat kerana boleh membahayakan diri. Jadi bagaimana untuk mengembalikan bentuk asal badan jika tidak bersenam? Bayi boleh membuatkan anda melakukan aktiviti fizikal dengan bermain bersamanya. Walaupun mengambil sedikit masa, namun itu juga antara aktiviti fizikal yang boleh anda amalkan.

5) Jalan Kaki



Jika anda tidak berkesempatan untuk berjoging, cuba lakukan aktiviti lain seperti berjalan kaki.Dengan mengambil masa hanya selama 15 minit ketika bayi tidur, ia dapat membantu anda menurunkan berat badan.


Anda juga boleh amalkan SET BERSALIN SHAKLEE seperti saya. Insyaallah ikhtiar anda tidak sia2 kerana set ni bukan saja bantu anda kekal cergas bertenaga, susu pun banyak, kulit yg cantik dan PALING BEST badan pun maintain slim..


Happy Reading Guys!!
Selamat Mencuba.

Klik di bawah.
 SET BERSALIN SHAKLEE
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign