VITAMIN MAMA DANISH

24 Mac 2016

7 Item Asas Penyusuan Yang Wajib Dimiliki


Susu ibu adalah makanan terbaik buat si manja kerana mengandungi pelbagai khasiat.Penyusuan susu ibu secara eksklusif amat digalakkan tanpa mencampurkan bahan lain seperti air kosong atau susu formula.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia sekurang-kurangnya 2 tahun, beberapa kelengkapan asas dan peralatan sokongan diperlukan.

Boleh beli mengikut bajet ibu ya kerana banyak pilihan yang ada dan ini merupakan pelaburan untuk masa depan memandangkan kos yang dikeluarkan hanya sekali seumur hidup. 

Ibu juga boleh baca 13 Perkara Ibu Perlu Tahu Tentang Penyusuan Susu Ibu Eksklusif


1. Pam payudara

Terdapat dua jenis pam payudara, manual dan elektrik. 




Kebanyakan pakar laktasi menyarankan agar ibu-ibu menyusu menggunakan pam payudara yang boleh mengendalikan dua buah corong payudara {double pumping} bagi membolehkan ibu melakukan pengepaman berganda pada satu masa.Jenama pam bergantung kepada keperluan dan bajet disamping, keperluan pemerahan ibu. 

Jika waktu memerah sangat singkat, ibu bolehlah memilih pam elektrik berganda. Jika ibu sering keluar pejabat, pam jenis bateri, USB atau manual lebih sesuai kerana boleh beroperasi tanpa punca elektrik.

Ibu perlu membuat pembelian bijak dengan mengambil kira harga bersesuaian dengan spesifikasi rekaan, mudah digunakan atau dibawa dan mempunyai jaminan daripada syarikat pengeluar.


2.Coli menyusu



Of course, coli menyusu penting untuk daya sokongan yang baik.Pilih coli yang diperbuat daripada kain lembut seperti kain kapas.Elakkan membeli coli berdawai kerana ia boleh menyebabkan saluran susu tersumbat.


3. Pelapik payudara




Pelapik payudara {breast pad} juga perlu untuk menyerap lelehan susu ibu dan mengelakkan pakaian basah atau kotor disebabkan oleh kesan tompokan lelehan susu ibu.


4. Botol dan liner plastik untuk penyimpanan





Pilih botol yang bebas bahan Bisphenol A {BPA }
Mempunyai saiz 5 0z, berleher lebar dan tidak terlalu kecil.Ini supaya ibu mudah untuk memegang botol ketika mengepam.Ibu juga perlu pilih liner plastik yang bebas BPA. Penggunaan liner akan mengurangkan penggunaan ruang kerana boleh dileperkan atau ditindan ketika dibekukan di dalam freezer.

5. Beg pendingin dan pek ais



Pek ais yang baik boleh sejukkan beg pendingin selama 12 jam.Beli 3 pek ais yang boleh dimuatkan dalam beg pendingin bersaiz sederhana. Jika beg bersaiz besar, ibu mungkin memerlukan lebih 3 pek ais.Pek ais ini membantu untuk menjamin suhu dalam beg menjadi sejuk dan susu juga tidak rosak.Bekukan ais selepas pulang ke rumah supaya ia beku dan ready untuk digunakan pada esoknya.


6. Poncho menyusu aka nursing cover



Ibu memerlukan poncho menyusu ketika mengepam di pejabat.Selain itu, poncho boleh digunakan ketika penyusuan di kawasan awam seperti shopping kompleks, taman dan sebagainya


7. Pakaian penyusuan



Pakaian penyusuan yang sesuai memudahkan proses penyusuan dan pemerahan.Dapatkan koleksi pakaian menyusu yang mempunyai ruangan bukaan tertentu bagi membolehkan si kecil menyusu atau mengepam dengan selesa.

Untuk ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif perlu dapatkan items ini. Mudah-mudahan si baby mendapat khasiat susu ibu dan terus membesar sebagai champion!


Semoga Bermanfaat.
Happy Breastfeeding Mommy!







21 Mac 2016

9 KAEDAH BANYAKKAN SUSU IBU


Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Susu ibu merundum? Mesti risau kan bila bekalan susu badan semakin kurang. Tidak dinafikan, penghasilan susu ibu ini bergantung kepada “demand and supply” dan set minda si ibu. Harus fikir yang positif ya ibu-ibu.

Namun begitu, kadang-kadang mami memerlukan makanan yang serasi dengan badan agar membantu meningkatkan lagi penghasilan susu. Stress, letih dan banyak faktor lain menghalang penghasilan susu badan.

Terdapat beberapa kaedah meningkatkan penghasilan susu ibu :

1# Kacang Tanah




★Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus.
★Kandungan protein dalam kacang tanah adalah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya.
★Bagi menambahkan penghasilan susu badan, mami digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.


2# Susu


★Seelok-eloknya mami perlu banyakkan minum susu.
★Ambil 3 hingga 4 hidangan sehari.

3# Halba



★Cuci halba bersih-bersih kemudian keringkan dan simpan dalam bekas tertutup.
★Untuk menggunakannya, rendam 1 sudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit.
★Selepas 15 minit, tapis dan minum airnya.


4# Daun sirih




★Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih.
★Kemudian, layurkan pada api sehingga layu.
★Setelah suam, tekapkan pada payudara.
★Lakukan ini setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.


5# Longan kering




★Untuk meningkatkan penghasilan susu ibu, rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang.
★Kemudian, minum airnya.


6# Daun betik muda




★Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda.Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih.
★Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.


7# Bunga melur dan daun pucuk manis



★Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus.
★Tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi.
★Mami harus cuci bersih kawasan payudara sebelum menyusukan bayi.


8# Lobak putih



★Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana.Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil.
★Selepas itu, kisar sehingga halus.
★Campurkan dengan segelas air suam.Minum sebanyak 2 kali sehari.


9# Nasi panas, halia muda dan air masam




★Makan nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan campurkan dengan air asam.

Mudah-mudahan kaedah ini membantu mami banyakkan susu ibu. Tapi perlu ingat, minum air secukupnya kerana jika air kurang maka kuranglah susu badan.


Sumber: aveheart.com
























VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign