AMARAN: Entry kali ini mengandungi gambar yang tidak sesuai bagi budak bawah umur.
KHAS UNTUK IBU-IBU YANG MENYUSUKAN ANAK
Kelebihan urutan payudara:
- meningkatkan peredaran darah di payudara serta aliran susu dengan baik
- mempunyai pengaruh positif terhadap pengeluaran susu
- urutan harus dilakukan sebelum sesi menyusu atau memerah untuk:
- langkah pencegahan radang payudara.
Sebelum mengurut:
Ibu-ibu diingatkan, mencuci tangan dengan bersih dan teliti sebelum memulakan aktiviti urutan, penyusuan atau memerah susu
Urutan payudara harus dilakukan dengan lembut dan tidak boleh menyakitkan
Pict. 1
Letakkan tapak tangan di antara payudara (seperti di dalam gambar)
Buat gerakan secara melintang sambil menggerakkan kelenjar payudara dari belakang ke depan
Pict. 2
Sama macam Step 1 tapi dilakukan secara menegak pulak
Pic. 3
Satu tangan kat bawah payudara (utk beri sokongan kat payudara)
Gunakan 3 atau 4 jari utk mengurut payudara dgn pergerakan melingkar
Setiap jari digerakkan lebih kurang 3-4 cm
Buat teknik yang sama sampai habis seluruh payudara
Pict. 4
Belai pangkal areola hingga ke puting dengan lembut menggunakan jari
Dengan gerakan ini, korang boleh membawa susu untuk mengalir keluar
Pict. 5 & Pict. 6
Langkah kali ni utk cuba mengeluarkan setitik susu
Letakkan ibu jari di belakang areola dan tekan sikit ke arah dada
Kemudian, dengan menerapkan tekanan lembut, gerakkan ibu jari dan jari ke arah puting tanpa menggosok kulit
Korang akan rasa yg puting payudara akan mengeluarkan susu (mula-mula setitis pastu boleh keluar banyak lagi)
Pengeluaran susu ini akan menggalakkan bayi utk menghisap payudara
Selamat Mencuba!!
credit : ayusihatanggun