VITAMIN MAMA DANISH: 3 Tips "SIMPLE" Banyakkan Susu Ibu

18 Disember 2014

3 Tips "SIMPLE" Banyakkan Susu Ibu



"Tiada susu, susu tak keluar atau susu keluar sedikit"..


Don't be sad mom!!


Itu lah rungutan yang biasa diluahkan oleh ibu-ibu yang baru bersalin. Tambah-tambah ibu yang kali pertama bersalin dan tiada pengalaman menyusukan bayi mereka.Lantas terus mengambil keputusan memberikan susu formula kepada bayi anda.

Pengalaman menyusukan anak saya kali pertama penuh dengan pahit manis.. ianya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi taw. Tapi nasib baik saya dah bersedia seawal mengandung dengan membaca info-info penyusuan di MR GOOGLE. 

Saya juga bertanyakan kawan-kawan yang sudah mempunyai pengalaman dan menghadiri kelas penyusuan. Semasa mengandung lagi dah niat nak menyusukan sepenuhnya anak saya. Alhamdulillah berjaya sehingga hari ini dengan tenang setelah mengamalkan tips-tips penyusuan yang akan dikongsikan. Tanpa disedari sudah masuk 1 tahun 7 bulan lebih..Doakan saya ye kawan-kawan.. MISI PENYUSUAN SEHINGGA 2 TAHUN.


Saya juga mengambil supplement Shaklee sebagai salah satu usaha memastikan susu saya kekal meriah dan banyak.


DISCLAIMER: Sebelum kita ambil mana-mana makanan tambahan atau supplement penyusuan, kita perlu memahami dan amalkan beberapa perkara asas penyusuan. Tanpa melakukan perkara asas ini terlebih dahulu, tolong jangan cuba apa-apa suplemen yang boleh membanyakkan susu badan.


Berdasarkan pengalaman sendiri sepanjang menyusukan anak, saya nak kongsikan beberapa tips yang saya amalkan untuk pastikan susu kekal meriah, anak pun cepat kenyang dan ibu juga kekal cergas bertenaga.Mungkin ada tips yang dirasakan ‘simple’, tapi sebenarnya tips yang simple inilah yang kita kadang-kadang terlupa.

Ibu mana yang tak nak susukan anak sendiri?betul tak?

Tambah sekarang ni saya tengok ramai ibu-ibu muda sudah mempunyai kesedaran tentang khasiat susu ibu.TAHNIAH kerana anda telah memilih yang terbaik untuk anak anda.


ok lah, teruskan pembacaan anda sehingga habis ye!!



3 PERKARA ASAS PENYUSUAN YANG SIMPLE TAPI "POWER"





Di bawah ini saya kongsikan 3 perkara asas penyusuan yang ibu-ibu wajib amalkan untuk memastikan susu kekal meriah demi si manja anda


1. KERAPKAN PERAH ATAU PAM SUSU





Perkara paling asas untuk tambah dan pastikan susu badan meriah adalah dengan kerapkan sesi perah susu. Sebaiknya pam susu setiap 2-3 jam sekali. Lagi bagus kalau anak kita kerap nak menyusu. 
Susu terhasil dengan konsep “supply and demand”. Kalau demand tinggi, supply pun akan tinggi.
Demand = kekerapan bayi menyusu, atau kekerapan ibu memerah susu
Supply = kuantiti susu yang dihasilkan oleh ibu



Lagi kerap kita pam/kosongkan payudara, lagi banyaklah susu yang terhasil. 
Kalau masa mula-mula pam nampak susu yang keluar tu sikit, teruskan pam dengan konsisten. Insya-Allah semakin kerap di pam, susu yang terhasil akan semakin banyak. Yang penting kena konsisten.

2. BANYAKKAN MINUM AIR




Salah satu komponen utama susu ibu adalah air. jadi kalau badan anda tak cukup air, macam mana susu nak cukup?

Jadi ibu kena pastikan minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Minum air juga membantu ibu untuk kekal hydrated. Bila ibu kekal hydrated, ibu akan kekal cergas bertenaga, susu pun makin mudah nak keluar dan lancar je..



3. PASTIKAN ANDA SENTIASA CERIA

Cuba ceria macam danish..hihi

Cuba ceria macam danish..hihi

Flow susu hanya akan lancar apabila anda tenang dan ceria. Kalau anda selalu sangat stress, kelam kabut dan serabut, memang penghasilan susu akan terbantut.

Penghasilan susu berkait rapat dengan penghasilan hormon oxytocin. Hormon oxytocin ini hanya boleh dihasilkan bila ibu ceria dan sentiasa tersenyum

Hormon oxytocin akan seterusnya merangsang penghasilan hormon prolaktin, yang juga digelar sebagai hormon keibuan. Hormon oxytocin + Hormon prolaktin bantu merangsang penghasilan susu melimpah-ruah


Salah satu tips untuk banyakkan susu ketika pam ialah
 dengan menatap gambar bayi comel anda. Saya pasti handphone anda mesti penuh dengan gambar baby?

SERIUS!!Ia sangat membantu badan menghasilkan hormon ceria.Tak Caya? Mesti cuba tau.. 









Dah buat kesemua kat atas, tapi susu masih tak banyak.. Apa kata anda cuba SET PENYUSUAN SHAKLEE. Supplement pilihan saya dari berpantang hingga la sekarang.

sebabnya? Ia sangat membantu penghasilan susu saya melimpah ruah.sekarang pun kakak saya tengah guna taw.


Set Penyusuan Lengkap
Antaranya ialah :
  •  ESP sangat penting kerana ia mengandungi protein. Protein merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. ESP juga penting untuk susu yang lebih pekat dan tubuh ibu yang lebih cergas.
  • Alfalfa pula bertindak seperti perangsang susu ibu. Biasanya kita ambil Alfalfa selepas waktu penyusuan untuk refill payudara yang telah kosong
  • Ostematrix penting untuk membekalkan kalsium yang cukup untuk ibu. Kalsium merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu.
  • Selain itu, Ostematrix juga sangat best untuk melegakan sakit pinggang dan lenguh badan. Ia juga membantu ibu mendapatkan tidur yang berkualiti dan secara tidak langsung bangun segar pada esok pagi :D
  • B Complex merangsang penghasilan hormon serotonin, iaitu sejenis hormon yang membantu ibu untuk kekal ceria. Bila ibu ceria, susu lebih mudah terhasil.
  • Vitamin C pula mengelak kelenjar susu dari terluka. Kalau kelenjar terluka, susu pun akan effected. Umpama paip pembekal air bocor, kalau paip bocor, air kat rumah kita pun akan slow kan?



Ada yang nak cuba?
Izinkan saya membantu. Hubungi saya segera untuk mendapatkan konsultasi percuma :)



COD Area: Kupang - Baling - Tawar - Kuala Ketil
Call/Whatsapp/Sms : 013-5074833
Facebook: Nisak Abu Hasan





Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign