VITAMIN MAMA DANISH: DIABETES KETIKA HAMIL?

17 November 2016

DIABETES KETIKA HAMIL?

Assalamualaikum..



Diabetes atau kencing manis salah 1 penyakit yang ditakuti oleh semua. Penyakit ini boleh diwarisi sekiranya terdapat ahli keluarga yang menghidap kencing manis.

Bagaimana pula dengan kencing manis semasa hamil?

♡Ia juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.

♡Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:

~~mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga
~~membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

♡Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi.

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

APA SIMPTOMNYA?

Selalunya, diabetes gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda mungkin mengalami perkara berikut:

★keletihan
★dahaga yang terlampau
★membuang air kecil dengan banyak
★penglihatan kabur.

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

♡Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda. 

♡Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 

♡Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

♡Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetes jenis 2 di kemudian hari nanti. 

Bagaimana diabetes gestasi dirawat?

★Dalam kebanyakan kes, anda boleh mengawalnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam.

★Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan cara:

~~mengamalkan diet seimbang yang sihat
~~mengurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula.

★Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. 

★Doktor akan menerangkan bagaimana cara untuk memantau tahap gula dalam darah. Kemudian anda bolehlah memeriksa sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak. 

★Anda akan ditawarkan imbasan ultrasound tambahan untuk memeriksa tumbesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda. 

Apakah Risiko Yang Terjadi Kepada Ibu Dan Anak?

1) Risiko Pada Ibu

★Mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kencing)
★Jangkitan vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
★Jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
★50% boleh menghidap diabetes tahap kedua di kemudian hari

2) Risiko Pada Bayi

★Bayi mati dalam kandungan
★Saiz bayi terlalu besar
★Berisiko untuk hipogliseme (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
★Bayi kuning (jaundice)
★Bayi sukar bernafas
★Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan
★Lebih mudah mendapat obesiti atau kencing manis ketika dewasa. 

Bagaimana Nutrisi Shaklee boleh bantu Ibu Hamil?

1) ENERGISING SOY PROTEIN (ESP)



Ramai juga yang mengatakan serbuk soya ESP ni tidak mesra pada lidah dan tak boleh diterima tekak. Namun tahukah anda bakal-bakal ibu bahawa protein adalah sangat penting untuk pembentukan dan pertumbuhan bayi di dalam kandungan tau!

ESP mengandungi serbuk protein lengkap dengan asid amino yang diperlukan tubuh tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. 1 hidangan ESP adalah bersamaan dengan 4 kali ganda telur ayam, 6 kali ganda roti bijirin penuh, 2 kali ganda daging dan 12 kali ganda susu yang :

★★ rendah indeks glisemik yang membantu mengawal kadar gula dalam darah

★★memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan lebih lama

★★mengawal berat badan ibu supaya tidak berlebihan sekaligus mengelak risiko diabetis

Yang paaaling best, ESP ni bagi rasa kenyang dan memberi tenaga. Rendah kalori juga. Bila kurang lapar, kuranglah nafsu makan. Jadi dapatlah kita yang mengandung ni kawal berat badan semasa mengandung dengan sihat kan?

Mahu atau tidak, suka atau tidak, bakal-bakal ibu yang menghidap kencing manis mesti menjaga pemakanan ketika hamil bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kehamilan yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi yang dikandung.

2) B Complex



Vitamin penting untuk bekalan vitamin B yang lengkap beserta asid folik

★★Kandungan vitamin B6 membantu mengawal loya dan alahan di awal kehamilan

★★Mengurangkan risiko kecacatan sistem saraf dan tiub neuron bayi di dalam kandungan

★★Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga daripada makanan yang diambil oleh ibu hamil  

3) Vitalea (Multivitamin Shaklee)

Mengandungi zinc untuk membantu pankreas menghasilkan hormon insulin yang bertugas mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Kombinasi lengkap Vitalea, B-complex dan Vitamin C dalam Set Kehamilan Shaklee membekalkan kesemua nutrisi penting yang diperlukan untuk kesihatan ibu hamil dan tumbesaran bayi.  

Jadi, bagaimana ibu-ibu?

Jom dapatkan konsultansi percuma dari saya!

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign