VITAMIN MAMA DANISH: TIPS MEMILIH PAM SUSU BAGI IBU BEKERJA

10 Oktober 2014

TIPS MEMILIH PAM SUSU BAGI IBU BEKERJA

Assalamualaikum semua. .

Ok, hari ni saya nak share tips untuk memilih pam susu yang sesuai.lately ramai ibu2 yang sedar tentang penyusuan susu ibu dan berniat untuk menjayakan penyusuan eksklusif susu ibu..
alhamdulillah anda adalah ibu yang hebat dan terpilih kerana anda dah buat keputusan yang terbaik.
Salah satu komponen yang penting dalam menjayakannya adalah Pam Susu/breastpump.
Ni especially utk ibu2 yang bekerja la..sebab perlu buat stok apabila kembali bekerja selepas berpantang. .




TIPS MEMILIH BREASTPUMP
(Sumber:http://soleh.net)


Oleh itu, saya nak share tips untuk memilih pam susu/breastpump.ini berdasarkan pengalaman sendiri yang masih lagi menyusukan sepenuhnya anak yang berusia 1 tahun 5 bulan 19 hari..hihi.. insyaallah masih kuat untuk teruskan misi sehingga 2 tahun..doa2kan ye!!

1. Mengapa Ibu Perlukan Pam Menyusu

.✓ Pam menyusu memudahkan ibu membuat simpanan susu untuk anaknya apabila berjauhan.Bagi ibu bekerja, cuti berpantang adalah suatu tempoh masa yang baik untuk penuhkan stok susu menggunakan pam menyusu.
✓ Dalam sesetengah keadaan, ada juga bayi tak cukup bulan atau bayi sakit yang tidak dapat menghisap susu dada, hanya mengharapkan pam menyusu untuk merasa susu ibunya. Dalam keadaan ini, ibu disyorkan untuk menggunakan pam elektrik dengan double-pumping yang kerap untuk meningkatkan penghasilan susu.
✓ Ada sesetengah kes, pam elektrik digunakan untuk mendorong laktasi untuk anak angkat.Bengkak susu juga boleh diatasi dengan mengepam susu sedikit, dengan tujuan melembutkan areola bagi memastikan lekapan bayi yang sempurna semasa menyusu.
✓ Apa pun, berapa kerap ibu memilih untuk mengepam susu untuk anaknya akan menentukan jenis pam yang mana paling sesuai untuknya.


2. Keperluan Ibu & Ciri-Ciri Pam

✓ Berapa kerap ibu bercadang mengepam susu adalah faktor utama pemilihan pam menyusu.
✓ Kemudian, pastikan harga pam adalah berada di dalam bajet ibu, biarlah berpatutan dengan kemampuan.
✓ Ibu yang bercadang untuk mengepam kerap pastinya memerlukan pam elektrik, walaupun harganya lebih mahal berbanding pam manual.
✓ Ibu yang bercadang untuk mengepam secara berkala boleh dapatkan pam manual untuk mudahkan pergerakan.
✓  Bagaimanapun kini dengan adanya pam yang menggunakan bateri atau powerbank, kadangkala ibu perlu memilih untuk selesa daripada lenguh tangan sewaktu mengepam.
✓ Faktor mudah dicuci dan dikeringkan juga perlu dititikberatkan bagi ibu yang mempunyai masa yang terhad. Mujurlah majoriti pam di pasaran sekarang mudah untuk dicuci dan dikeringkan.

Bagi ibu bekerja, faktor yang penting dalam memilih pam ialah:

      * berat pam
      * tahap kebisingan pam
      * capaian punca elektrik di tempat      kerja
      * kebolehan double pumping

✓ Double pumping sangat penting bagi ibu bekerja yang mempunyai masa yang terhad.
✓ Selepas membuat pembelian, untuk mengetahui ibu memilih pam yang betul atau tidak, amaun susu yang berjaya dipam adalah tali pengukur kepada tahap kesesuaian pam terhadap si ibu.


3. Ikut Bajet


✓ Jangan ingat pam yang paling mahal adalah pam yang paling baik untuk anda.
✓ Jika bajet anda kurang, anda boleh membeli pam jenis manual dahulu.Usah risau, ramai jer ibu-ibu yang berjaya menyusui anaknya sehingga 2 tahun dengan hanya menggunakan pam jenis manual.
✓Saya syorkan anda guna Unimom Mezzo. Harganya berpatutan dan tidak membebankan. Sedutannya lembut menyamai jenama Avent.
✓ Selain Unimom Mezzo, ibu-ibu boleh mencuba pam manual jenis Medela Harmony, Autumnz Joy, Rumble tuff dan Avent. 




4. Jenis Pam (Elektrik Single/Double)

✓ Dengan bajet yang ada, pilih pam paling meniru gaya hisapan bayi.Cuba dapatkan pam yang sedutan awalnya pendek dan cepat, diikuti kemudian disusuli hisapan yang dalam dan perlahan.
✓ Antaranya Medela Freestyle, Maxi Swing dan Swing, Eve Love, Unimom Allegro, Rumble Tuff Duo, Autumnz Bliss, Snow Bear, Spectra 3, Spectra M1, Spectra Dew 300 dan sebagainya.   
✓ Pam yang baik ialah pam yang dikelaskan sebagai hospital grade, iaitu yang diiktiraf sebagai selamat, kukuh, lasak serta berkesan, sepertimana yang terdapat di Moms Basic.


5.  Situasi kerja

✓ Ibu-ibu juga perlu tahu keperluan jenis pam mana yang diperlukan, sesuai dengan situasi kerja anda.
✓ Contohnya, ibu selalu kerja di luar iaitu selalu memandu dan tiada punca elektrik atau tempat sesuai untuk ibu pam susu.Ibu boleh mengempam di dalam kereta dengan menggunakan car adapter.
✓ Jika ibu bekerja ofis, ibu boleh mengempam di tempat duduk ibu itu sendiri sambil melakukan kerja dengan menggunakan blaser untuk menutup aurat sewaktu aktiviti mengempam dijalankan, selain ‘bersembunyi’ sebagai tanda low profile, elak dari pandangan umum. Mudah kan?


6. Keselesaan


✓ Pam yang dipilih mestilah selesa dengan payudara ibu. Setiap ibu mempunyai puting  dan saiz payudara yang berbeza-beza.
✓ Ada ibu yang mempunyai jenis puting sensitif, maka ibu memerlukan sedutan pam yang lembut.


Bagi ibu2 yang baru lepas bersalin,  jangan berharap susu anda akan mengalir macam air ye! Penyusuan menjadi mudah sekiranya anda faham konsep supply vs demand..

Kerapkan menyusu baby/kosongkan breast sekiranya baby tidak menyusu..ini untuk merangsang penghasilan susu ibu yang lebih banyak..

Kunci utama adalah KONSISTEN!!!

Saya harapkan entry ini berguna untuk ibu2 dalam memilih pam susu yang sesuai dengan anda..

Doa saya semoga impian ibu2 untuk menyusukan sepenuhnya dipermudahkan oleh Allah amin..


Salam sayang,
Nisak
Pengguna dan pengedar Shaklee Baling


Sebarang pertanyaan/konsultansi boleh hubungi saya melalui:


Sms/whatssap :013-5074833.


Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign