VITAMIN MAMA DANISH

19 Mac 2017

14 TANDA KOLESTEROL TINGGI



Memang kolesterol ni pembunuh yang senyap kalau tak dirawat, tapi takpa, bukan bermakna kita tak boleh tahu badan kita ni banyak kolesterol ke tidak. Janji baca kat bawah ini, 14 tanda kolesterol korang makin tinggi dan tinggi. Jawabnya kena berubat.


1. Sakit pada kaki

Gejala umum dari kolesterol sakit pada bahagian kaki atau timbul rasa tidak selesa di bahagian kaki. Hal ini disebabkan oleh tersumbatnya arteri sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki menjadi terbantut. Rasa sakit boleh merebak di seluruh kaki, seperti betis, paha, bahkan hingga ke punggung.

2. Kram di malam hari

Menurut Dr. Darren Schneider, ketika tidur, orang-orang dengan kolesterol tinggi mungkin merasakan kram di bahagian tumit, jemari kaki, atau kaki bahagian bawah. Rasa sakit akan hilang jika kedudukan kaki digantung atau berada lebih tinggi dari kedudukan badan. Mudahnya, anda hanya perlu mengangkat kaki ketika tidur selama beberapa minit hingga kejang yang muncul hilang secara perlahan. Kaki boleh anda sandarkan pada dinding.

3. Kuku berubah

Kerana kuku tidak mendapat bekalan darah yang cukup akibat peredaran darah terganggu, akan berlaku perubahan seperti kuku menebal dan tumbuh lebih lambat ketika anda potong.

4. Kulit ikut berubah

Doktor sering melakukan pemeriksaan kolesterol pada seseorang yang telah mengeluh merasakan beberapa gejala kolesterol tinggi lain untuk memastikan dengan cara mengangkat atau menggantung atau meletakkan kaki di atas meja / bangku.Pada awalnya, kaki akan berwanra putih kerana aliran darah terganggu. Tetapi, lama kelamaan terjadi perubahan warna menjadi kemerahan atau keunguan sebab pembuluh darah mengalami pelebaran dan darah mula teralir ke kaki. Dr. Schneider juga mengatakan bahawa pesakit kolesterol akan melihat jari-jari kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran.

5. Kaki menjadi sejuk

Penunjuk yang satu ini tidak boleh menentukan secara pasti, kerana pada beberapa orang juga sering merasakan kedua kakinya sejuk apabila disentuh, meski tidak sedang sakit (mungkin faktor cuaca di kawasan tempat tinggal).Tetapi, Dr. Schneider menyeru semua orang untuk lebih berhati-hati apabila rasa dingin hanya terdapat pada satu kaki saja, kemungkinan besar itu tanda-tanda jumlah lipid dalam darah berlebihan. Jika anda mengalami gejala yang satu ini, langsung rujuk pada doktor untuk mendapat maklumat dan kepastian lebih lanjut.

6. Proses pemulihan luka yang lambat

Gejala kolesterol yang satu ini berkaitan dengan ciri-ciri pesakit diabetes, luka (terutama di bahagian kaki) akan lama sembuhnya. Penurunan edaran menjadi penyebab luka lambat pulih, atau meski cepat tapi tidak langsung sembuh total.

7. Mati rasa

Seorang wanita pernah mengeluh bahawa beberapa jari tangannya mengalami mati rasa, dan dirinya menganggap hal tersebut adalah tanda tingginya zat purin penyebab asam urat. Tetapi, setelah berkunjung ke doktor, ternyata mati rasa tersebut adalah kesan sekaligus gejala kolesterol tinggi.

8. Diare

Dalam memetabolismekan lemak, tubuh mempunyai keupayaan menyerap pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan. Secara semula jadi, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan tubuh, tetapi pada keadaan tertentu hati tidak mampu mengenali keperluan tersebut sehingga mengalami masalah dalam memetabolismekan lemak.Pada keadaan atau keadaan di mana tubuh tidak mampu memetabolismekan lemak secara sempurna, akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan dan penyerapan, sehingga gejala cirit-birit yang berlebihan merupakan salah satu kesannya.

9. Lesu disertai migrain

Meski bukan gejala yang pasti berlaku, tetapi jika dilihat dari pemicunya iaitu terganggunnya proses metabolisme lemak tentu juga memberi kesan pada sistem pencernaan. Makanan yang dimakan tidak berjaya dicerna dengan baik sehingga terkumpul pada saluran pencernaan. Rasa kenyang yang timbul akan menghantar isyarat pada otak untuk tidak menambah pengambilan dari luar, sehingga muncul lesu dan bahkan disertai migrain kerana sebetulnya tubuh dalam keadaan kekurangan tenaga.

10. Mengganggu otak, mengundang emosi, dan penurunan kemampuan memori

Otak adalah bahagian tubuh yang menjadi tempat simpanan kolesterol paling banyak, kira-kira 25%. Oleh sebab itu, tidak bersungguhnya proses metabolisme lemak membuat pengeluaran kolesterol darah terganggu. Apabila kadar kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, otak akan menerima kesan seperti berkurangnya daya ingat, mudah emosi, dan mencetuskan penyakit Alzeimer beserta penyakit neurologi lain.

11. Perut kembung

Kerana berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme lemak, saluran pencernaan akan menyimpan kelebihan gas yang terbantut pada saluran usus yang mengarah ke kawasan perut. Dari situlah awal mula timbul masalah seperti perut atau dada kembung.

12. Kelebihan berat badan

Selain gas, tentu lemak juga ikut terkumpul di kawasan perut sebagai kesan sampingan dari gangguan metabolisme lemak. Dengan begitu, berat badan akan meningkat dan mengakibatkan kegemukan kerana sel-sel lemak semakin banyak, bahkan berpotensi terhadap obesiti.

13. Jantung terasa sakit atau mengalami palpitasi (berdebar-debar)

Berlebihnya kolesterol akan menghambat peredaran darah kerana terjadi penyempitan pembuluh darah pada bahagian badan yang mempunyai kolesterol tinggi. Kerana aktiviti tersebut akan memberikan isyarat ke jantung untuk bekerja mengepam darah lebih keras agar mengalir secara normal. Kesan sampingan yang dirasakan oleh pesakit adalah rasa sakit di jantung dan terkadang merasa berdebar-debar seperti orang panik.

14. Muncul lebam pada beberapa bahagian badan

Keadaan dimana terjadi penumpukan lemak mengakibatkan terbentuknya ketulan yang terletak di antara otot dan kulit yang secara perubatan mendapat sebutan lipoma. Ketulan ini biasanya muncul di daerah leher, tangan, perut, dan kaki dengan bentuk kecil dan lembut, berdiameter kira-kira satu inci, dan pusat tumor di bawah kulit.

Sumber:dietdietsihat.blogspot

21 Februari 2017

25 KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KULIT, RAMBUT DAN BADAN




Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.

Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalammerawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen,struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesandengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.



5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadakKeracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.

Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dantekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal.Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. 



Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C bolehmerendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasitekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi bolehmenghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C bolehmelindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.

Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.

Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.



13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma

Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit



15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebasyang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikatmolekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.



18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utamapenghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin Cmemperbaiki rupa dan tekstur kulit.


Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Kebaikan Vitamin C Untuk Rambut




20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikalbebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.



24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia danmasalah botak bagi lelaki.

25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

Sumber:tipsihatselalu.blogspot

Vitamin C Shaklee



Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.

Apa itu sustained release? 

Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam.

Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.

Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Dapatkan konsultansi PERCUMA dari saya.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign