VITAMIN MAMA DANISH

27 Disember 2014

JOM DETOKS DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Kali ni saya nak share produk detoks yang shaklee tawarkan kepada anda di luar sana..



Kenapa perlu Detox?

Jom baca petikan info saya ambil dari blog mamafaiz..(saya copy terus kat sini ye)..hihi

"Rugi telan supplement banyak2 kalau anda tak detoks terlebih dahulu.

KALAU TAK DETOKS, sia-sia je kita semua  telan VITAMIN CANTIK banyak-banyak setiap hari, sebab detoks ini sebenarnya  membantu badan kita MENYERAP NUTRIEN pada tahap OPTIMUM.

Bila usus dah bersih, maka vitamin2 yang anda makan untuk cantik berseri mulus gebus tu semua akan diserap pada kadar optimum. Best kan?

Saya kongsi info ini sebab saya percaya ramai yang nak kesan yang best bila makan suplemen untuk cantik , untuk slim or untuk apa-apa pun tapi mereka terlupa mereka perlu detoks terlebih dahulu. Barulah kesannya best.

" Korang tahu tak kalau jerawat tumbuh sekitar bawah dagu, maksudnya ada masalah berkaitan perut (digestion).

Maksudnya banyak toksin gak sebab tu stress,kurang tidur, letih terlampau.

Semua punca dari toksin yang banyak dan sebab tu jerawat pun muncul kat dagu. Ini fakta yer bukan saya saja- saja reka.

Nak ambil apa untuk detoks?

Detoks terbaik, setiap hari anda perlu ambil 10biji Alfalfa, 3biji DTX dan 2biji Garlic. Kalau ada Vivix lagi bagus, add on 1-2 sudu besar Vivix sebelum tidur. Dan pastikan anda minum air putih dengan banyak setiap hari.


Jom Detoks Dengan Shaklee!!


Ada 3 produk yang di tawarkan iaitu Alfalfa,  herblax dan Dtx.

1. ALFALFA COMPLEX



Mencuci darah, hati dan usus. 
Alfalfa ini sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan tubuh badan yang berasid,menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2. HERBLAX


Mencuci perut dan usus - Membersihkan najis yang tersekat dan meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama atau tersekat. Sangat disyorkan pada mereka yang
sembelit..

3.DTX Complex

sumber:sihatgojes

Mencuci hati dan membina semula hati yang semakin rosak. Salah satu penyingkir toxin pada hati yang paling baik di pasaran. Hati merupakan kilang industri pemprosesan dalam tubuh manusia yang menyaring semua air dan darah yang masuk ke tubuh badan. 

Hati juga merupakan satu-satunya organ yang berupaya baik dan membina semula sistemnya. 

DTX juga membantu melindungi hati, menggalakkan pertumbuhan sel hati dan memperbaiki fungsi hati.

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati. Amat penting untuk  merawat hati dengan DTX untuk memastikan sistem badan dapat berjalan dengan lancar.


Pilihan saya??


Semestinya alfalfa Shaklee. Sesuai untuk ibu menyusu macam saya..confirm membuang hari2. .hihi..bukan setakat susu banyak,  tetapi perut buncit tak buncit lagi..wow!! ! Best kan??

Suami saya?

Herblax sangat2 membantu masalah sembelitnya..ye la..berak pun seminggu sekali..macam mana la nak kurus.. hahaha..perut pun buncit ja.


Nak Cuba??


Hubungi saya untuk sebarang konsultansi percuma..



COD Area: Kupang - Baling - Tawar 
Call/Whatsapp/Sms : 013-5074833
Facebook: Nisak Abu Hasan

26 Disember 2014

7 TIP LINDUNGI TULANG DARIPADA OSTEOPOROSIS



Apa itu Osteoporosis?

Ia adalah penyakit tulang di mana tulang menjadi lemah atau rapuh dan lebih mudah untuk retak atau patah jika mengalami sebarang kemalangan.

Ia juga dikenali sebagai penyakit senyap (silent disease)  kerana tidak mempunyai sebarang simptom sehinggalah berlaku sebarang keretakan pada tulang.


Siapa lebih berisiko?

Wanita lebih kerap dilaporkan mengalami penyakit osteoporosis dengan nisbah 1 daripada 4 lelaki.

Faktor Osteoporosis

Terdapat beberapa faktor yang tidak dapat diubah iaitu genetik, jantina, umur dan bangsa.

Mereka yang paling berisiko mendapat osteoporosis adalah mereka yang berumur lebih 50 tahun (wanita khususnya), mereka yang mempunyai berat badan yang rendah, merokok, mempunyai tabiat minum alkohol yang berlebihan dan mereka yang mempunyai srjarah patah tulang.

Terdapat juga beberapa keadaan kesihatan yang berisiko mendapat osteoporosis termasuk rheumatoid arthritis,  hipertiroid dan penyakit paratiroid.

2 Cara Melindungi Tulang Kita dan Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Melalui:
-  pemakanan
-  senaman

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2008 mendapati bahawa kadar pengambilan kalsium di kalangan rakyat Malaysia adalah di bawah 50 peratus daripada saranan pengambilan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 2005

3 elemen penting dalam pemakanan untuk mendapatkan tulang yang kuat iaitu ; kalsium, protein dan Vitamin D.

Sebahagian besar tulang terbina daripada protein (kolagen) dan diikat bersama kalsium dan mineral yang lain.

Vitamin D diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang untuk mendapatkan tulang yang lebih kuat.


7 Tip Untuk Melindungi Tulang Daripada Osteoporosis


1) Dapatkan kalsium yang cukup setiap hari

Tulang diperbuat daripada kalsium. Cara terbaik untuk mencegah osteoporosis adalah dengan mendapatkan kalsium yang cukup dalam diet anda pada setiap hari. Anda boleh mendapatkannya melalui makanan atau minuman atau pil kalsium untuk melihat jenis yang terbaik untuk anda.



2) Dapatkan Vitamin D yang cukup setiap hari

Mendapatkan vitamin D yang cukup akan membantu anda menyerap kalsium yang mencukupi.  Anda boleh mendapatkan vitamin D melalui cahaya matahari dan makanan.  Anda perlu 10 hingga 15 minit cahaya matahari pada tangan,  lengan dan muka,  2 hingga 3 kali seminggu untuk mendapatkan cukup vitamin D.
Jumlah masa bergantung kepada berapa sensitif kulit anda kepada cahaya, penggunaan perlindung matahari,  warna kulit dan pencemaran.

Golongan warga emas yang tidak boleh bergerak, kurang pendedahan dengan aktiviti luar dan pengambilan makanan yang tidak seimbang disarankan untuk mendapatkan vitamin D dengan memakan makanan yang mengandungi vitamin D atau pil vitamin.




3) Makan makanan yang sihat

Nutrien lain seperti vitamin A,  vitamin C,  magnesium dan Zinc,  serta protein juga berperanan dalam membantu membina tulang yang kuat. Nutrien yang berkhasiat ini bukan sahaja boleh didapati dari susu tetapi juga daripada daging tanpa lemak, ikan,  sayur-sayuran berdaun hijau dan oren serta buah-buahan daripada pelbagai warna.



4) Bergerak

Menjadi aktif dapat membantu tulang anda dengan:
   - melambatkan proses kerapuhan tulang
   - meningkatkan kekuatan otot
   - membantu keseimbangan badan anda

Melakukan aktiviti fizikal yang menanggung berat (weight-bearing), iaitu apa-apa aktiviti di mana badan anda menentang graviti.

Contoh perkara yang boleh anda lakukan: berjalan, menari, berlari, memanjat tangga, berkebun, melakukan yoga atau tai chi, berjoging, mendaki, bermain tenis atau mengangkat berat.

Kajian membuktikan wanita yang berjalan kaki sekurang - kurangnya 4 jam seminggu akan mengurangkan risiko mengalami keretakan pinggul sebanyak 40 peratus.





5) Berhenti mengambil alkohol dan merokok

Pengambilan alkohol akan menghalang penyerapan kalsium di dalam badan manakala merokok merosakkan tulang dan merendahkan kandungan hormon estrogen dalam badan.  Estrogen adalah hormon yang diperlukan untuk membantu melambatkan proses pereputan tulang.




6) Kurangkan pengambilan kafein

Buang ketagihan anda terhadap minuman berkafein. Ini kerana kafein akan menghalang penyerapan kalsium ke dalam badan anda. Usah terpedaya dengan sebarang produk minuman kafein yang menyatakan kandungannya tinggi kalsium!




7) Pastikan rumah anda selamat

Kurangkan risiko daripada terjatuh dengan menjadikan keadaan rumah selamat dan
selesa. Contohnya,  menggunakan lapik getah di bilik air untuk mengelakkan kelicinan.


Sumber: ANIS, OCT 2013


VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign