VITAMIN MAMA DANISH

4 Disember 2015

KENALI LECITHIN SHAKLEE


APA ITU LECITHIN SHAKLEE?


Lecithin shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO.



Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.


Soya lecithin merupakan sumber utama kolina yang merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat secara lansung utk menghantar mesej ke otak dan sistem Saraf.

Lecithin Shaklee juga adalahHALAL, tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Lecithin Shaklee juga terkenal sebagai PENGELMUSI SEMULAJADI kerana mampu 'melekat pada lemak'. Lecithin Shaklee menyebabkan lemak terapung dalam darah sekaligus mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran.


11 MANFAAT LECITHIN SHAKLEE



★Menyerap vitamin yang larut lemak- membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E, dan K

★Melindungi hati - menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati

★Pemecahan lemak dan kolestrol- lecithin bertindak sebagai “pembersih” salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.

★Pelangsingan - menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

★Mencantikkan otot dan kulit - membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.

★Memperbaiki alergi -  menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, sterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit – dermatitis, demam alergi.

★Menghalang kejadian batu karang –-  90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

★Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress -  mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

★Menghalang tekanan darah tinggi - memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.

★Memperbaiki prostat lelaki- kajian telah membuktikan masalah prostat dan uretha lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.

★Meringankan sembelit - lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Berminat untuk ketahui lebih lanjut? Cari saya di sini untuk bantu anda dan terangkan anda dengan lebih terperinici lagi...


Puan Khairunnisak
Pengedar Shaklee Baling/ 1Malaysia
Call / wasap di 013-5074833
FB : NISAK ABU HASAN
















21 November 2015

KEK SPAN GEBU GEBAS STEP BY STEP!!

Assalamualaikum..


Lama betoi blog ni bersawang.huhu. So, hari ni nak share resepi kek span dari ibu mertuaku. sangat gebu dan lembut.Resepi ni mudah ja, tapi kalau tak ajar detail tak jadi, kek tak naik, tak lembut n tak masak. tu yang frust.saya dah beberapa kali buat. At last, dah tau tips2 dari ibu mertua bila tanya detail. ok jom layan resepi kat bawah k.

Bahan-bahan :


~ 5 biji telur
~ 120gm gula castor/gula halus
~ 120gm tepung naik sendiri
~ 1/2 sudu teh cream of tartar
~ 3 sudu besar minyak jagung
~ perisa (saya suka pandan n oren)

    **pandan - 2 sudu teh pandan paste + 1/2 cawan air..dibancuh. tambah 1 sudu teh santan
    **oren - 2 sudu besar oren sunquick + 1/2 cawan air dibancuh


Langkah-langkah :


1) Asingkan kuning dan putih telur dalam 2 bekas iaitu A dan B. Pastikan kuning telur tak termasuk dalam adunan telur putih. nanti meringue anda tak jadi dan kek tak naik.Saya guna egg strainer.


Adunan A
Adunan B
    
2)Masukkan 60gm gula castor dan  cream of tartar dalam adunan A. Masukkan 60 gm lagi dalam adunan B.

A


B



















3) Putar adunan A menggunakan kelajuan maksima selama 5 minit tanpa henti.



4) Sementara tunggu adunan A siap 5 minit, kacau adunan B sehingga gula hancur.



5) Adunan A dah jadi meringue. Cara nak tau dah jadi, cuba tungging bekas tersebut dan kira sampai 10.  Kalau adunan tak jatuh, maksudnya meringue anda menjadi. Ketepikan dahulu.



6) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dalam adunan B dan kacau sampai sebati.





7) Masukkan minyak jagung dan kacau lagi



8) Masukkan perisa kesukaan anda dan kacau lagi sehingga sebati.























9)Sebelum masukkan adunan terakhir, preheat oven anda pada suhu 175 selama 10 minit.




10) Lastly,masukkan adunan meringue (A)  tadi ke dalam adunan B dan kacau lembut.




11) Tambahkan pewarna jika adunan anda kelabu dan kacau sebati.





12) Dah siap!!




13) Masukkan adunan ke dalam loyang. sapu sedikit minyak di keliling loyang. saya guna loyang yang berlubang. senang nak tanggal kek.




14 ) Bakar kek selama 28-30 minit. Pastikan loyang anda berada di tengah-tengah oven untuk pastikan kek masak dengan elok.




15) Bila dah masak, keluarkan dari oven.. terus terbalikkan loyang. Tujuannya supaya kek anda tak turun/bantat.hihi                                                                                                                                                                                                                                




16) Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan. Tunggu sehingga kek tersebut lekang sendiri dari loyang.Kita just cungkil perlahan-lahan dengan pemotong kek. Jangan ketuk loyang untuk keluarkan kek semasa panas.


 




TIPS!!

-----Pastikan guna telur suhu bilik. jangan guna telur sejuk dari peti ais.
-----Kuning telur tak boleh bercampur dengan putih telur
---- Jangan pukul adunan meringue terlalu lama. setakat lebih 1-2 minit ok lagi.



Ok, penat dah menulis. Selamat Mencuba ye semua!!

Pleaseeee!! Kasi like sikit.hihi.
Bye.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign