VITAMIN MAMA DANISH: MENGAPA IBU GAGAL BREASTFEEDING?

25 Mei 2015

MENGAPA IBU GAGAL BREASTFEEDING?

Mengapa Gagal???





Ramai ibu yang nak BF bayi mereka, tapi tidak berjaya. Ada yang tidak mendapat pendedahan awal, ada yang tidak cukup info, ada yang mendapat info tapi over-confident, dan sebagainya. Saya percaya anda mesti taknak tergolong dalam kumpulan itu kan.

Cuba jangan dengar atau abaikan saja cerita-cerita tentang kegagalan... tentang kecundang... Benar, semuanya terserah kepada takdir Yang Maha Esa, itu tidak perlu dipersoalkan lagi. Namun ingat, Allah tidak akan merubah nasib mereka yang tidak mengubah nasib mereka sendiri. Kalau rasa nak BF tapi tak usaha cari ilmu dan rasa benda itu mudah, jangan nak kaitkan dengan takdir pula kalau tak berjaya.

Kalau bukan sebab takdir pun, memang dah hukum alam kalau tak buat apa-apa, mana nak datang hasilnya, kan. Kebanyakan ibu gagal untuk BF kerana kurang ilmu, tiada keyakinan, tiada sokongan dan tak cukup pendedahan. Kalau cukup semua tu, insya-Allah pasti boleh. Ibu yang ada PCOS pun boleh BF, malah orang yang tak mampu direct feeding pun boleh berjaya bagi EBM saja kepada bayinya, sampai 4 tahun pun ada! Ya lah, kalau kita nak, semua pun tak mustahil kan.

Walau bagaimanapun, tidak semua ibu yang memberi FM adalah kerana mereka tidak berjaya BF. Mungkin dari awal mereka sudah berkira-kira dan ternyata FM adalah pilihan terbaik buat mereka. Tak apa lah, itu mereka, tapi kita bukannya nak bagi bayi kita FM kan?

Faktor-Faktor Di Bawah TIDAK Mengakibatkan Anda Gagal BF


1. Puting tenggelam atau inverted nipple.





2. Menjalani pembedahan Cesarian.
    (Saya juga ibu yang melahirkan anak secara cesarian)

3. Tidak menyusukan bayi sejam selepas kelahirannya.

4. Susu tidak ada di hari-hari awal post-natal.

    
6. Tidak merawat payudara semasa hamil.

Ramai yang berpendapat (termasuk ibu BF sendiri pun), kalau anda ada salah satu benda di atas, anda tak dapat nak BF. Ramai juga yang pernah mengalaminya dan menganggapnya sebagai full stop untuk BF. Sayang sekali sebab perkara kat atas tu BUKAN penyebab seorang ibu tak boleh BF. Kalau anda atau kakak anda pernah mengalaminya, jangan risaulah sebab untuk next baby anda memang tak ada masalah langsung untuk BF.

Masalah yang sebenarnya bukan benda kat atas tu, tapi kurang maklumat YANG TEPAT. Maklumat tu bukan saja dari segi teori penyusuan tapi juga ke mana hendak pergi kalau masalah. Kalau anda ada keazaman kuat untuk berjaya menyusukan bayi, sepatutnya anda kena tahu mencari penyelesaian masalah, bukan terima je keadaan sebagai takdir atau nasib.


All the best Mommy!!




Salam sayang dari saya.
Nisak

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign